Monday, December 29, 2008

Selamat tinggal Celcom 3G

PC176360

Akhirnya, hari ini 29.12.2008(Ahad) dapat juga aku meng upload pics2 yang diambil masa di KL ari tu ke Flicks, tu pun selepas aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke restoren vanggey belakang kuarters aku ni. sekali-sekala lepak kedai mamak sambil menggunkaan kemudahan yang di berikan secara percuma.

Hari ini, tiada aktiviti yang menarik, selain paginya aku menonton movie keanu Reave yang baru, '
'The Day The Earth Stood Still ', movienyer ala-ala ok jer. Takder la hebat sangat. Makan Prosperity Bunger di Mc Donald.... Ok la, lama aku tunggu, satu-satunyer bunger lembu yang ada rasa kat Mc D. Petangnya mula berjinak-jiknak kembali ke Gym, nak mulakan azam baru di tahun 1430 hijrah ni. Untuk kehidupan yang lebih beramal dan sihat..Amin.


My creation

Semalam, sempat menjadi jurugambar tidak bertauliah Syed Faisal, walaupun dia tak nak wa warkan kat mana2 net, aku pecahkan lobang dia laa dulu, picnya tak sempat nak upload ke PC dan di touchup lagi. InsyaALLAh, sok atau lusa, lepas aku siapkan asignment PTK aku, bolehlah sambung menulis blog or lebih tepat diari harian aku ni.

My creation

Saja letakkan pics masa ptk last week untuk tantapan kekawan, something to share. Anyway, lepas ni maybe kurang la aku ke udara selepas aku mengambil keputusan untuk terminate thz Celcom 3G yang telah aku guakan selama lebih satu tahun yang lalu. Lepas ni lepak kat tempat ada wifi jer la.. lagi laju.

Saturday, December 27, 2008

2,228km

PC176347

27.12.2008 (Saturday)- bermula pada jam 5.30pm 11.12.2008 perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, diteruskan ke Shah Alam dan seterusnya Johor Bahru selama 3 malam. 15.12.2008 (Monday) Checkin di Hotel Putra KL jam 4.30pm dan berhybinate selama 8 hari sehingga 23.12.2008 (Selasa) checkout. Selamat menjalani exam dan presentation. Sekarang hutang paperwork jer lagi yang kena hantar 05.01.2008 ni.

Hari yang sama aku bergegas ke Rompin, sempat singgah di Seremban bertemu mak-mak mertua xjadi kat sana (perasan lak), sempat singgah servis aircond keta yang tak berapa nak berfungsi sejak perjalanan ke Johor. Jam 2.30pm selepas makan nasi ayam hainan di Kg Paroi, aku meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah. Sempat makan cengdoi Stesen Bas kuala Pilah dengan En. Azar kita, sory, CT, jajahan takluk mike tak lalu, jadi xsempat jumper la.

Jam 3.45pm, diteruskan perjalanan dan singgah di Bandar Sri jempol untuk menikmati kopi tongkat Ali. kali ini Pow En. Rafis lak. Tu ambik masa 10 jam dari Kl balik Rompin. banyak tempat yang kena singgah sambil di Pow atau mengepow. Aku sampai Rompin jam 7.00pm. Terasa sunyi lak, dah seminggu lebih bersama rakan baru dan lama. Sunyi jer. Malam, keluar minum kopi jantan dengan Ramdan & Cikgu Pouzi.

24.12.2008 Aku tido jer seharian, tak tau menda nak buat, ingat nak pergi Mersing main bowling, tetapi hujan telah bermula. 25.12.2008 (Khamis) bersama bapak & adik aku bergerak ke Dungun, hujan sepanjang jalan. Sempat singgah ke Indera mahkota kuantan, bertemu jiran bilik semasa di ITM Arau dulu. Khairul Nizam atau Playboy, dah 10 tahun aku tak jumpe. Dalam hujan, sempat singgah di Mesra Mall di Kemasik. Satu-satunya Hiper Mall kat terengganu kot, yang ala2 canggih skit la. Sampai Dungun dah hampir magrib, kira-kira 6.30pm.

26.12.2008 (Jumaat)-Ke pasar kedai Payang. Pics akan diupload lain. Sebab 3G Celcom sangat la teruk. dah sebulan cam ni. Petang jejalan di Pantai teluk Lipat.

Hari in, perjalanan di mulakan jam 8.30am dari Dungun, singgah di Kuantan untuk hantar bapak & adik ke Stesen bas. Sampai di Ipoh jam 5.30pm. Ramainye orang masuk Ipoh hari ini, pasal ada Sua Rasa TV9 kot...

Sunyi lak bila dok sesorang ka rumah ni, aku balik awal pun kerana nak menghadiri majlis pertunangan Syed Faisal esok. Klu tak mesti lepak kat kampung lagi. tak buat per pun... just tido jer. Jadi katam lah perjalanan 2,228 km aku untuk tempoh 17 hari. Ini adalah rekod untuk kereta kau yang telah mengeluarkan pelbaga bunyi, dan aircond nya dah tak berfungsi balik. Kena kencing di Cina aircond Seremban gaknya. dah la pow aku RM150, cuma boleh pakai 2 hari jer... bengang....

Saturday, December 20, 2008

Mudah dapat Mudah bayar di Pulai Spring Resort, Johor Bahru

My creation

Lani (20.12.2008), pada jam 11.30 pagi di Putra Hotel Kuala Lumpur, semua colleques bZZ dengan study. Diorang bengang tengok aku sipa main internet lagi. Aku dah rehat hampir sejam ni. Nak kata kepala Tepu tak la jugak. Tapi seperti kata AzKamal, budak akaun ni memang suka study sesorang. Aku antaranya la. lebih suka study sesorang... g kelas cuma nak dapat tips jer...

Balik cerita Johor Bahru minggu lepas (13-14.12.2008), walaupun penempatan kami di Sofitel Palm & Goft Resort, tetapi program kami di adakan di PulaiSpring Resort kat belakang UTM tur. Cantik tempatnya, ala-ala exclusive gitew. dan, tentunya penjunjungnya adalah terdiri dari rakyat Singapore yang memakmurkan bumi Johor. Mempunyai Padang Golf 36 lubang.

Seminar aku kali ini di anjurkan oleh MECD, mengambungkan semua agensi pemberi biaya seperti TEKUN, MARA, Bank Rakyat, SME Bank, SKM,dan agensi jemputan AIM dan Bank AGRO. Pembentang jemputan BRI Indonesia. Tak sangka sistem yang di adakan di Indonesia lebih baik dari kita.... Slogan program-MUDAH DAPAT MUDAH BAYAR. Susah benar orang kita nak bayar Hutang yerk:-P

Sempat juga melawat pekan Francais di Johor Baru. Aku pun tak tau mana lokasi sebenar. Tapi dapat juga melihat prosuk tempatan yang dipamerkan di situ, terutamanya produk nenas. Siap dapat minum kopi nenas kacip fatimah...ops tongkat Ali la...

Program ini di tutup oleh YB Menteri MECD dengan kelewatan hampir 2 jam dari jadual (seperti biasa) dan program tamat jam 12am. tu pun sebab menteri ada program lain dengan UMNO tempatan... Isninnya, aku balik dari Johor Bahru terus ke Kuala Lumpur setelah singgah di Tol Seremban dan ke Giant Shah Alam beli alatan untuk kursus PTK dan Exam nanti.

My creation

Ok, dah nak sambung study balik, esok aku Exam, lusa presentation, 05.01.2009 kena hantar report. Kawan2 doakan kami disini memdapat 4++ dalam PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) ini. Boleh lah menjadi motivasi kepada kami untuk berbakti dengan lebih tekun lagi.

Wednesday, December 17, 2008

Sofitel Palm Resort, Johor Bahru & Senibong, Johor Bahru

PC126084

Tamat program korban di kuarters aku, 11.12.2008 (Khamis) selepas waktu pejabat aku meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, transit 1 malam di Wangsamaju. Paginya 12.12.2008 (Jumaat) jam 7.30am, aku meneruskan perjalanan ke Shah Alam untuk mengambil Colleque yang bertugas disana. Perjalanan mengambil masa 3 jam, aku sampai jam 10.45 am di Shah Alam. Kalau lah aku tau perjalanan Kl-SA sama macam Ipoh-KL, mau aku pickup dia kat Sentral sahaja.
PC126089

Setelah makan tengahari, jam 11.30am, dari tol batu 3 Shah Alam, terus ke Seremban, pick 1 mak cik lagi dan terus ke Johor Bahru. jam 1630 sampai ke Sofitel Palm Resort,Senai. Sebelah Airport Senai jer).

PC126095PC126093

Berehat seketika dan malamnya aku ke Senibung bersama Mie ke Senibong perkena makanan laut, . Aku dah lama teringin nak makan ketam nipah. Malam tur kena charge RM65/2 person. Makanannya? ala2 oK jer...

PC126115

PC126124PC126128
PC126107PC126105

Malamnya, Mie membawa aku mengelilingi Bandaraya Johor Bahru, memandangkan aku masih kepenatan dan tiada mood untuk mengambil lebih gambar. Jadi aku memandang dengan kejauhan sahaja. Esoknya, aku akan menghadiri Seminar Agensi Pembiaya dibawah MECD sengan tema 'Mudah Dapat, Mudah Bayar' di Pulai Spring, Kulai.

PC126127

Hari ini, Aku masih berada di Kuala Lumpur, untuk program PTK di Putra KL. Program agak pack but atleast till now im enjoy its...

Wednesday, December 10, 2008

Korban

PC105881
Hari ini, 10.12.2008 (Rabu) seperti yang dirancang beberapa bulan yang lalu terlaksana sudah. Semalam 09.12.208, seekor lembu jantan yang cukup umur telah sampai, dan sepanjang malam kami tak dapat tido. Entah dari mana datangnya anjing yang di utuskan telah menjaga lembu sepanjang malam. Tak dapat kami tidur semalaman. Anjing ni dok pakat2 menyalak ke lembu tur. Tapi bila aku pasang spotlight senyap lak, bangun subuh baru la berhenti menyalak dan terus menghilangkan diri....

PC105891PC105919

Program bermula pada jam 7.30am, dengan upacara menunggu peserta yang mengambil bahagian, 5 bahagian korban dan 2 bahagian aqiqah. 8.00am, upacara menumbang lembu, selepas itu breakfast nasi lemak, melapah, memotong dan siap pada jam 10.00am. Part lain lak, di dapur dengan acara menyiapkan bahan-bahan masakan. Menunya, Sup Lembu, Daging Goreng, hati masak kicap. Menu tambahan, kerabu mangga, air asam, sambal belacan, sambak kicap dan meehoon sop. Buntat gak kami. 1/3 sahaja untuk di kenduri, 1/3 untuk peserta dan 1/3 untuk sedekah.

Acara tamat, selepas membersihkan apa2 yang patut, semua tetamu balik jam 3pm. Acara diteruskan oelha kamu, tuan rumah untuk membersihkan segala periuk belanga. semuanya siap kira-kira jam 5pm. Hari unhujan...kami pun dah flat. Apa2 program pun, tan rumah yang penat Ooo. Anyway aku penat tetapi sangat seronot, lama dah nak buat program sedemikian ini, sejak aku bekerja di Seremban lagi. Setelah 4 tahun 1/2 baru la tercapai,tetapi di Ipoh.. Thanks bagi yang terlibat secara lansung dan tak lansung.

Tak banyak pics yang dapat diuploadkan, sebab 3G Celcom kat Ipoh ni makin teruk dan teruk, macam kat KL gak.Klu berterusan macam ini, aku terminate 3G ni baru padam muka aku. lepak kat vanggey tiap2 hari update blog. Xdapat la RM68 dari aku Celcom Ooooik!!!

Esok petang akan memulakan perjalanan ke PulaiSpring di Johor Baru. Trasit KL semalaman, penat hari ini tak abis lagi, sok nak drive lagi. Banyak tempat perlu di singgah. Antaranya Shah Alam dan Seremban nak abik passanger:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com