Saturday, November 29, 2008

Khaled & I - Batu Cave n KL

My creation

Baru jer kembal dari Cherating setelah berada 4 hari 3 malam di sana. Bermesyuarat hingga lewat malam dengan pelbagai agenda dan berita terkini. Maklumlah tahun depan adalah tahun yang mencabar bagi kami. Walaupun pada hakikatnya cabaran itu memang ada dalam kerjaya yang tercabar dan dicabar ini. Cerita pasal meeting akan dimasukkan dalam entry yang berlainan.

Kedudukan Best Westen Seuria Cherating yang berada di Sempandan Kemaman-Kuantan, just 8km dari bandar Chukai, amat menyedihkan. Sepanjang seminggu amatlah susah nak online. Celcom 3G memang lah hampeh di Kl ni dan juga di Cherating nun. Dah la WiFi di dikenakan bayaran RM5 sejam, 6 jam RM15, tapi kena guna berterusan. Macam Takder kerja lain nak buat selain ngadap internet kot.

Badan aku naik lunyai, ala2 nak demam jer. Bila berada dalam Air cord dalam tempoh yang lama, mesti aku rasa lain macam. Esok akan ku teruskan perjalanan dari Wangsa Maju Kl ke Ipoh. Another 2 1/2 hours drive:-(

My creation

24.11.2008 (Monday)- Selepas menghadiri perkahwinan dan hutan Lipur Lentang, Khaled dah naik shok, dan bila melalui Batu Cave dia pun gatal nak pergi situ. So hari Isnin tur terkial-kial la aku mencari jalan untuk ke Batu Cave. Thanks Khaled to show the road (bahasa apa aku guna ni?). Selepas 1 jam dari Hotel Istana, baru dapat menjejak kaki ke Batu Cave ni. Sempat lah menaiki 200++ anak tangga yang ada di sana dan melihat ritual2 agama Hindu di situ. Agak betuah, kerana ada pasangan Hindu yang melansungkan perkahwinan pada masa yang sama. dengan pantasnya aku menukar lensa kamera untuk mengambil potret-2 yang bersesuaian...

My creation

My creation


Tamat acara di Batu cave, kami ke KLCC untuk pemeriksaan darah, kata Khaled murah buat di Malaysia, just RM25 untuk HIV test. Aku pun buat sama la, senang aku kawin tahun depan takyah buat lagi (Wah! Statement!!!). Ala-2 berdebar walaupun suci gitew. AlhamdulLLAH, masih suci. Boleh la kawin nex year...Sapa-2 nak masuk meminang? TnC applied:-P

Lepas lunch yang agak lewa dan aku pun lapar yang amat, kami ke KL Tower, puas gak aku cuba upload pics kat blog ni, tapi asyik DC jer... bengang gak aku. Jadi yang selebihnya boleh tengok kat flick aku la yer...

Thursday, November 27, 2008

Khaled & i -Jelebu dan Hutan Lipur lentang

26.11.2008 (Rabu)- hari ini genap aku 31 tahun (tua daa..), paginya aku merasa dah nak demam. Semlam tido lewat kerana menghantar sahabat Mesir yang berkerja di Libya ke KLIA. Sekarang waktu Malaysia dah 27.11.2008 jam 12.24am. Sepanjang minggu ni capaian 3G memang teruk, terutamanya di KL dan wangsa Maju. di Cherating ni pun teruk. Sekarang menggunakan Wi fi Hotel yang di charge RM5 sejam...kejamnya, kalau laju ok gak... ni slow jugak. lepas 12 pm baru laju capaiannye:-(

23.11.2008 (Ahad)- aku bersama-sama Khaleb ke Simpang Durian melalui Seremban dan Kuala Kelawang. Menghadiri kenduri rakan baru yang ku kenali setahun yang lalu. Tak leh cerita lebih2 nanti laki dia marah. Syed Munir dan sharipah Najaah (Klu salah Sori yerk)....

Selamat Pengatin Baru!!!
Kekallah hendaknya hingga ke Syurga nanti K


My creation


Abis program makan nasi minyak, kami menggunakan jalan Simpang Durian-Karak dan memasuki hiway Karak. Sempat singgah di Hutan Lipur Lentang, tu pun sebab dah berjanji dengan Khaled, hari hujan.... Apa2 hal suka benar si Mesir ni dapat mandi air Jeram. Tak abis2 dia sebut...

"U are lucky men, U have this beautiful country"

My creation

kalau sempat, akan bersambung esok yer.. dah lewat ni. Esok meeting jam 8.30am.... di Best Westen Suria Cherating Resort ni...

Penatnyer.... Yang penting boleh update Blog... Addicted lak:-)

Saturday, November 22, 2008

mygopeng resort

My creation

20.11.2008 (Khamis)- Hasil perbincangan ringkas mesyuarat semalam, kami keluar untuk melawat mygopeng resort ini. Terletak di pekan Gopeng, jika dari PLUS, boleh menggunakan exit Gopeng/Batu Gajah dan terus masuk ke pekan Gopeng, cari stesen Bas Gopeng, jalan terus, jumpa bulatan keliling (roundaboud) abik pukul 3 dan terus la selama 6 km. di situ banyak signboard untuk ke tempat ini.

Tujuan utama ke sini adalah dalam pemilihan tempat untuk menghabiskan peruntukan tahunan bagi program kursus jabatan. Biasalah, akhir-akhir tahun ini semua nak perabis peruntukan, walapun 25% dibahagi oleh pusat awal-awal lagi. Cuma unit aku yang telah terlebih guna peruntukan 40%. (Takutnye, nanti customer datang belasah sebab takder duit..)

My creation

Banyak fasiliti yang ada, tetapi berkongsep kem, amat sesuai dengan citarasa aku yang ala-la marhain. Sory buat Divas-Divas, sebab kat sini jauh terposok di kaki gunung, jalan nak masuk pun ala-2 Camel Thropy yang berturap gitew. Ada beberapa rumah penginapan berkongsep chalet dan juga khemah. Semasa kami sampai, hujan telah turun renyai-renyai tertapi lebat (bolew?) Kualiti pics tak berapa bagus. Tak sempat belajar lagi abik pics dalam hujan...

My creation

Yang aku suka sekali, ada gak pakej white water rafting, walaupun aku tak pernah buat lagi. Musim sekarang lagi best la, sebab musim hujan dan airnya memang mencabar minda dan fizikal, silap perdayungan, boleh sampai Sumatera la hanyutnya. Kualiti air Panda tak pasti, al maklumlah air dari Cameron Highland. Mesti penuh dengan baja Urea kot.

My creation

Sesiapa berminat, boleh kontek la nombor yang tertera di pics pertama tur, dan boleh ajak aku sekali. Klu taknak main water rating, boleh gak main perang-perang, jogging, masuk hutan tengok reflesia and etc-etc lagi lah.

ok, dah nak siap-siap g KL, tak petang ni, sok petang aku drive, banyak menda belum setle kat rumah and opis, nak abik bahan rujukan yang tertinggal lagi. Nak study lagi.. wah..Takutnyer Abang:-P lagi pu aku tak pasti nak pergi atau tak ke rumah tunang tak jadi aku , dia kawin. sok.. ala-ala syahdu gitew... klu berubah hati, esok maybe ke Jelebu...kuang300X

Thursday, November 20, 2008

Air Kelapa Limau & Laksa Gandum


Takde apa nak diceritakan pada minggu ini, sepenuhnya dalam pejabat. Tak tau la esok atau lusa. Memandangkan aku akan tidak berada di pejabat sepanjang minggu lepas. kesempatan ini aku menyiapkan laporan untuk dibawa ke mesyuarat di Kuantan nanti.

Semalam, buat kali ke dua pada tahun ini, hati nak menonton malay movie di Ipoh Parade, pada mulanya nak booking, tapi wanita penjawab telefon tu kata, "Xper en. datang jer, banyak tiket lagi" maka dengan bersemangatnya aku or 'kami' bergegas ke Ipoh Parade. Resultnya... "En. movie ni telah dibatalkan untuk hari ini...."

Satu gak aku nak komen pasal movie ni, puas aku cari kat www official site movie, takder lak aku jumpe, yang ada review dari independent source jer... Payah gak klu Universiti buat movie seni tapi gagal promote untuk masuk pasaran komersial. Carik Pic kat net pun xdapat..ada yang cenonet jer...

PB165126

Laksa gandum, lama gak tak makan laksa ini, ingat masa belum akhir baligh dulu... Kat kampung akan adakan aktiviti membuat laksa gandum ini, Ibu-ibu akan membawa gandum untuk di uli besama-sama. dan dimadukkan dalam acuan yang dibawahnya terdapat kawah air panas yang mengelegak. Adalah makcik akan bergilir-gilir memusing acuan tur sampai habis gandum. kerja-kerja membuat laksa gandum lebih rumit dari laksa beras. Aku pun tak pasti aktiviti ini masih dilakukan atau tak. Yang palih mudah beli jer kat pasar malam.

PB165129

Kalau tuan puan ke Kuala Kangsar, nak makan laksa gandum bersama Air Kelapa Limaunyer, bolehlah singgah di kampung Basung, jalan ke Kota Lama. Tidak jauh dari Trafik light jambatan baru ke Sayung tur. Depan Taman jalan masuk Taman rekriasi JPS Kuala Kangsar. Bukan kedai yerk, just gerai untuk breakfast kot. Hanya menggunakan atap kanvas dan tak berdinding bawah pokok... tepi jalan. Bukannya restoren ala2 Divas gitew....

Ok, aku pun nak sambung preparation utuk g Kuantan dan menghadiri peperikasaan FMUTM 25.11.2008 di Damansara dan terus ke Best Westen Suria Cherating Kuantan pada 26-29.11.2008. Klu sempat nak balik terengganu jap kot.Sempat ker?

Monday, November 17, 2008

Kuala kangsar, Bandar DiRaja Perak

15.11.2008 (Sabtu)-Hari yang agak penuh, menerima beberapa kunjungan rakan lama dan baru, paginya dari Megat Khairudin yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Tim yang telah bermaustatin di KL, dan sepatutnya Hamdi dan ShahRamling pada petangnya tetapi dibatalkan 2 jam selepas komformation. Malamnya, menerima satu lagi kunjungan seorang sahabat dari Medan, Indonesia (Sebenarnya pelajar UKM). Ketibaannya Agak lewat, kira-kira jam 8 malam. Jadi bawa makan nasi Lemak Medan Gopeng ajer la.

15.08.2008 (Ahad)-Memandangkan Panda agak kebuntuan ide, dan housemate mencadangkan untuk melawat sekitar Kuala Kangsar. Tambahan pula masa yang ada agak singkat, cuma maksimum 4 jam sahaja pada Ahad ini.

Perjalanan dimulakan pada jam 8.30 pagi, breakfast di Hentian Sungai Perak dan lawatan pertama di Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini dipenuhi dengan cenderamata dan barangan pribadi DYMM Sultan Perak mana ini... Maaf, Kamera tidak dibenarkan di dalam bangunan galeri...

My creation

Lawatan ke 2 diteruskan ke Masjid Ubudiah, masjid yang sering menjadi Ikon bagi Malaysia. Antara Masjid yang tercantik seni binanya di Malaysia, kedudukanya di Bukit Chandan berhampiran Istana Kenangan dan Istana Iskandariah.

My creation

Lokasi ke 3 adalah Istana Kenangan ataupun Muzium di Raja. Keunikan bangunan ini adalah tidak menggunakan paku dan bentuknya yang menyerupai pedang. tetapi tak banyak bahan yang dipamerkan disini. Nasib baik free...

My creation

My creation

Singgah sebentar di pinggir Sungai Perak yang merah airnya akibat pembalakan yang makin tidak terkawal di negeri ini, tambahan pula hujan yang mencurah-curah setiap petang...

My creation

Masuk bandar dan melihat-lihat Pavalion yang telah di tinggalkan usang tanpa penjagaan dan pemuliharaan oleh pihal berwajib... Mula kusam gitew..
.
My creation

Lain-lain tempat yang dilalui adalah Istana Iskandariah, Maktab DiRaja Kuala Kangsar (MCKK) dan tepian Sungai Perak. banyak sebenarnya tempat boleh dilawati, tetapi masa tidak mengizinkan. Sempat juga melihat pokok Getah tertua di Malaysia. tapi tidak berselera untuk berhenti mengambil gambar.

My creation

My creation

Agenda biasa, walaupun perut masih kenyang, senggah makan Laksa perak bersama Air Kelapa Limau. Pada tahun 2006 yang lalu, perniaga ini menggunakan Lemon, mungkin kerana Lemon naik harga kot... Sempat juga aku merasa Ais krim potong, perasa durian lagi. Murah, RM1 berbanding Baskin & Robin RM18.60 untuk 2 scoop:-P

Petangnya ke Jusco untuk membeli beberapa buku dan ketemu Doc. Hanif yang akan memulakan karier sebagai doktor di Hospital Manjung. Berbuka puasa bersama....

Sesiapa yang ingin datang bertandang ke Ipoh, bolehlah teman bawa berjalan2. Klu teman dok sorang memang tak terpeginyer.

Next Week, aku akan berada di Kuantan bermula 26-29.11.2008. Ada Mesyuarat bagi post aku untuk peringkat Malaysia (macam peringkat kebangsaan lah) Banyak lagi paper tak buat ni nak bawa masuk meeting..kerja-kerja oik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com