Wednesday, August 6, 2008

PC fair

03.08.2008 (Sunday)- Paginya aku dibawa (ataupun panda menginding nak ikut) ke Kuala Selangor, tengok bakal tunang... dan berjumpa keluarga di sebelah sana. Ala-ala ramah bergitu bakal abang-2 Ipar. Siap buat syarat kena melabur dalam Federal Reserve Trade lagi klu nak kat adik dia:-P. Aku pun tak pasti adakah mereka serius atau bergurau. Nampak macam seriaus jer.

Bila tengok Bukit dan rumah api di Kuala Selangor tu, macam best jer, nasib baik letak kamera dalam beg. Kan tak pasal-pasal aku panjat buki melawati tur. next time la.. masa kawin nanti kot.

Petang, lepas lunch kat pavalion, aku panda terus ke KLCC untuk join kesedsakan dan berhimpit-himpit (Ala-ala mengambil kesempatan di atas kekalutan dan kegawatan pengunjung di situ) sambil-sambil menjamu mata melihat teknologi yang semakin banyak meninggalkan aku.







Kali ini aku tak beli apa-apa. Banyak bujet abis untuk apartment yang abru abik kunci. misi berikutnya nak cari tenant lak. Sekiranya ada sesiapa berminat nak cari rumah area Sunway boleh lah, aku let go sekali dengan parking berbumbung lagi... Kira sebiji apartment 3 bilik 2 bilik air dan 1 lot parking. Harga boleh nego, kira patut2 la....

Monday, August 4, 2008

Josh & Panda 2 -Taman Rekreasi Gunung Lang

02.08.2008 (Saturday) Panda & Josh went to thz place. in hot and haze weather in Ipoh. Naik belengas gak la Panda tue ni... Anyway layan la pics yang ada ni... Mood makin Kurang tuk menulis...

Apa yang best kat sini? ikan nyer besar2, dari ikan Keli Afrika sampailah ikan kap, patin dan sebarau (ntah yer ntah tidak). Masa naik boat, juru boat bercerita tentang ikan aropaima(?) atau arowana (?) aku pun confius. Ikannya besar lebih dari orang, ala2 6 kakilah yang timbulnya waktu malam. eritanya jaga malam selalu melihat air tasik erombak bila ikan tersebut timbul...
















Anyway, thanks abang Josh, bawa jalan-jalan sekitar Ipoh... dan tumpangkan panda sampai Sunway. Walaupun Panda tido sepanjang perjalanan, ye la, naik keta besor..

Sesiapa datang Ipoh, bagitau lah. InsyaALLAh Panda bawa jalan-jalan, Kalau Panda tak keuzuran la, notice sebulan yerk...
Tuan-puan di jemput ke Ipoh jikalau sudi kerana...


IpOH-IPOH MALI
TATAK SOMBONG punya!!

Josh & Panda


31.07.08 (khamis) yang lalu sempat la aku ke Teluk Intan, melawat beberapa projek pertanian. Tidak mau aku paparkan disini kerana projeknya tak lah boleh dijadikan panduan, apatah lagi untuk dijadikan teladan. Nak mintak pembiayaan beli lembu, tapi seekor lembu pun tidak ada, hatta tinja lembu pun tak nampak. Yang ada hanyalah kandang lembu yang amat bersih hingga boleh tidur di dalamnya.

For lunch, officer kat sana bawa lah aku ke tempat makan yang namanya kedai nasi Lambai. Jadi sesiapa singgah ke sana carilah kedai nasi Lambai. Punya lah ramai hingga terpaksa beratur. Aku tak letakkan pics kedai tu, sebab kalau u pakai buku lonely planet pun takder pics gak kan.. Thanks En. Ripi n Jasmi ya..

01.08.2008 (Jumaat)- Perjumpaan pagi, Bos maklumkan keratan yang dia dapat berkaitan agen yang menjadi orang tengah bagi pinjaman atau pembiayaan yang dianjukan oleh MECD. Nasib baik along tu kata klu nak abik pembiayaan dari org kitaorang susah skit, syarat ketat.Tapi yang tak bestnya dia kata ada orang dalam. Bengang gak aku sebab aku yang dok menyelaras sema loan yang masuk untuk di mesyuaratkan....

Petang, Abang Josh dari Klang Vlley yang sedang horny kat hotel sesorang tu baru sms panda. Hari ini dia xder teman nak bawa pergi jejalan:-P aku pun balik lewat, jadi aku bawa lah abang josh kita pergi makan kat nasi lemak ayam kampung di jalan Yam Kalsom Ipoh. Kedai ini kan berpindah ke belakang kedai yang ada sekarang. Jadi nak detail boleh pegi ke blog josh yer.

Malam lepas makan n solat magrib. pakat-pakat nonoton the mummy.. komen, rasanya tak berapa sedap, macam kurang ajinamoto jer, ntah la... tapi klu korang nak tengok gak, boleh la layan...

Lepas u, kitaorang pergi minum di MBI tarrence,kat sini terkenal ngan Chow Kuew Teuw Halalnyer... Tempat lain ntah la... Walaupun Ipoh heaven dengan makannya, tapi apa yang selalu dipromotekan adalah yang disangsikan kehalalanya..



02.08.2008 (Saturday)- Banyak hari lak aku rangkumkan kali ini, lepas breakfast, Josh nak jalan-jalan sekitar Ipoh. Panda baru masuk 8 bulan kat Ipoh ini dan tak berapa mahir pun. Josh bawa (dengan menggunakan GPSnyer itu) ke Japanese Garden. Nama ala gah, tapi.. oklah untuk berhenti rehat sebelum tengok lumba kuda katsebelah taman tur...





Cukup dulu, kalau sempat akan bersambung lagi, berdasarkan mood yang ada. panda pun makin tua, lepas ini dah tak cute lagi. boleh panggil Panda Tua la lepas ini... Ponat joo... kurang tongkat ali kot:-P

Friday, August 1, 2008

Lawak Sengal

Lawak sengal 1
ADA SISA MAKANAN, ENCIK?

Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa makanan, encik?"Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu punmengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi.Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi danbertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnyatetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'.Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai," Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada paku?""Tidak ada," jawab tuan warung.Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"

Lawak sengal 2
serah pada yang atas
Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama' . Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.
Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..
Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!

Lawak sengal 3
Bila besar nanti
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarn ya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel"."Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya. ..".

Lawak sengal 4
Beristeri tiga
"Kenapa lelaki perlu beristeri tiga....
"jawapannya kerana :kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....

p/s takder mood nak update, lagipun takde menda menarik nak share, semalam ke Teluk Intan, dapat lah makan beraneka buah-buahan lagi, tu yang ala-ala naik panas semacam jer:-P

Tuesday, July 29, 2008

Red Cliff aka Tebing Merah


27.07.2008 (Sunday)- Dah lama tak cipta rekod masul cinema tiap hari, biasa la bila dah kesorangan (kembali sorang) ni takder aktiviti yang berfaedah sesuai dengan hawa nafsu serakah ini untuk di lakukan di Ipoh. Jadi abis nonton X-files semalam lantas termakan rekemen beruang madu, aku pun beli tiket cerita ni. tu pun dapat ala-la depan screen dah. Penuh panggung dan yang bestnya aku the odd one kat dalam cinema 6 TGV Jusco Kinta City ni.


Keseluruhan cerita ni memang best, cuma plotnya agak datar dansebab dah tengok bebrapa movie yang kisahnya berlegar tajuk yang sama sebelum ini, ada sedikit perbandingan dan ala-ala dah tau resultnya walaupun episod 2 akan di tayangkan pada Januari akan datang.
Aku taknak detaikan menda ini, baca kat beruang madu lah klu nak detail k...


Pelakunnya pun hebat-hebat belaka, sesuai lah dengan kosnya yang termahal dalam sejarah Film Hong Kong. Yang bestnya gabungan pelakon Jepun pun ada.

Apa-apa hal pun, boleh lah pakat-pakat nonton cerita ini. Film Malaysia(?) Belum keluar lagi yang sesuai dengan selera dan nafsu serakah aku lagi, cuma tunggu Mummy lak weekend ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com