Wednesday, November 13, 2013

Sepetang di Batu Feringgi, Penang

PA260179

Setelah selesai urusan di Taiping, panda terus kembali ke Penang, destinasi berikutnya adalah Pantai Batu Feringgi. Lokasi yang terkenal dengan pantainya yang bersih dan terdapat beberapa hotel bertaraf dunia di sini.

PA260136

Lokasi kami adalah Hotel Park Royal. Sempat juga panda menjengok biliknya, ala-ala room testing. Hotel ini berada di sebelah Holiday Inn dan tidak jauh dari Hard Rock Hotel yang baru di buka. Lokasinya agak strategik kerana berdekatan dengan pasar malam di Batu Feringgi.

PA260138

PA260155

PA260160

PA260157


Diskriminasi harga berlaku apabila menempah bilik-bilik hotel di Malaysia, tidak seperti panda belajar dalam subjek Hospitality, di Malaysia hotel lebih murah di tempah di third party services provider berbanding di laman web hotel itu sendiri. Bezanya berpuluh-puluh dan kadang kala beratus ringgit. Semakan di perbagai penyedia perkhimatan tempahan talian perlu di lakukan untuk mendapat lebih nilai wang anda. 

PA260173

PA260174

PA260186

Keadaan di Batu Feringgi lebih baik berbanding di Tanjung Bungah, pantainya lebih bersih dan tiada bau harrum dari sungai yang mengalir ke laut. Cuma kawasan mandinya agak terhad, mungkin kerana lokasi ini terkenal dengan obor-obor gergasinya. Bisa membuatkan mangsa yang terkena di hantar ke wad kecemasan. 

Wednesday, November 6, 2013

From Taiping with Love 2013

PA260073

Bila panda terfikirkan Taiping, mesti kisah cinta karya Rasyid Asmawi yang popular pada tahun 80'an dulu. Kisah cinta antara Mum dan Mat, sezaman dengan karya Fatah, Lagak A. Mahmood. Komik-komik ini banyak memperkenalkan daerah-daerah terpencil ke seluruh Malaysia. 

PA260035

Mengambil peluang lepas waktu berkursus dan memenuhi jemputan group member - Conquest of Europe June 2013 Bus #1 rules ketika di Paris Julai lepas, panda sempat singgah ke Taiping, kota cinta (betul kah?). Bandar moden pertama di Malaysia ini masih mengekalkan keharmornian alam dan ketenangan kehidupan. Terasa sangat sunyi tanpa gema kenderaan.

PA260037

PA260038

Tempat tarikan utamanya tentulah Taman Tasik Taiping, taman dengan rimbunan kehijauan dan perpohon semarak api yang menerjah ke tasik. Sangat unik dan menarik. Ada tarikan lain di Taman Tasik ini seperti Ride & Cruise yang kosnya di bawah RM25. Zoo Taiping yang menawarkan program Night Safari dan pengungjung boleh ke Bukit Larut jika berkesempatan untuk menikati kesejukan gunung.

PA260044

PA260050


PA260051

PA260054

PA2600701

Ini hanya sekelumit sahaja kisah Taiping, sebelum ini panda ada memasukan beberapa entri lain perihal Taiping ini. Banyak juga entri lain berkaitan Taiping jika di google. Sekadar berkongsi bagi mengurangkan tekanan.

Sunday, November 3, 2013

Mee Udang di Sungai Dua Butterworth


Telah lama panda tidak posting cerita berkaitan makanan. Kali ini ketika menghadiri kursus di Institut Latihan Kakitangan M di Jawi sempat juga kumpulan kami keluar untuk menikmati makanan yang terkenal di utara tanah air, iaitu mee udang. Kawasanya adalah di tepi Sungai Perai menggunakan Jalan Sungai Dua. Betul-betul di selekoh selepas jambatan Sugai Perai.




Selain mee udang, ada lagi lain-lain menu yang boleh menjadi pilihan, nak cuba mee ketam pun boleh. Harganya berdasarkan harga semasa ketam atau udang dan tambahan RM4.00 untuk mee/sepingan.



Jadi, beringatlah apabila memilih udang-udang untuk di timbang. Harganya pun berpatutan dengan rasanya. Bukan yang terbaik tetapi boleh dipertimbangkan apabila berkunjung ke sini.

Monday, October 21, 2013

Si Tanjung yang Gemok di Tanjung Pahang


Sebelum panda on the road lagi, suka kiranya untuk update entri kali ini. Lokasi adalah Tanjung Pahang yang berada di sempadan Pahang-Johor di Tanjung gemok, Rompin. 24km dari Kuala Rompin dan 1 km dari pekan Endau. 


Kedudukannya di Kuala Sungai Endau menjadikannya agak berlumpur, tetapi mempunyai panorama yang menarik dan cantik. Sekiranya cuaca baik, pengunjung boleh melihat Pulau Tioman dengan jelasnya dari sini.


Panda tiba di sini ketika matahari telah terpacak di atas kepala. Bahang mentari agak perit menjamah kulit pipi yang gebu. Pengunjung boleh dikatakan zero kecuali menjadi tempat memancing yang strategik.



Di sini juga terdapat kampung tanpa wayar. Papan tandanya berada di dalam semak samun di pantai ini. Sejauh mana keberadaan wifi di sini tidaklah panda mencubanya. 


Kenkangan masa banyak menganggu perjalanan hidup buat masa ini. seakan-akan tidak cukup 24 jam yang ada. Tidak sabar untuk menghabiskan semester, menulis journal untuk di dihantar sebelum akhir tahun ini. Tahun depan, tumpuan hanya untuk peperiksaan penuh pada Mac, dan pembentangan proposal pada awal Jun. Harap semuanya berjalan lancar.

Wednesday, October 16, 2013

Mencari sarung ketupat di Pasar Basah Endau


Sudah lebih sebulan tiada entry baru untuk blog ini, terlalu sibuk dengan kerja dan kelas. Tiada peluang untuk bergerak ke mana-mana. Semperna dengan Hari Raya Idul Adha atau lebih di kenali dengan hari raya haji ini, panda mengambil kesempatan untuk pulang ke desa. Walhal pada awalnya panda merencanakan untuk pulang ketika Devalee nanti.


Sehari sebelum Aidul Adha, panda mengambil kesempatan ke pekan Endau, sebuah pekan kecil di sempadan Johor-Pahang. 25 km dari pekan Kuala Rompin dan 64 km dari Mersing. Kedudukannya di muara sungai Endau bersebelahan dengan pekan Tanjung Gemuk di Sebelah Pahang.


Pekan ini amat signifikan kedudukannya sekitar 20-40 tahun lepas, tetapi semakin malap selepas berlaku beberapa kebakaran besar sekitar 80an dan 90 an. Kemudian peranannya di ambil alih oleh pekan-pekan sekitar yang lain. Pembangunannya kembali pulih apabila LKIM membina jeti pendaratan ikan terbesar di Semenanjung (?) beberapa tahun sudah.


Harga barangan di pekan ini masih lagi rendah berbanding di Kuala Rompin, cuma sarung ketupatnya sudah berharga RM5.00/10 sarung. Beberapa tahun sudah hanya RM2.00/ 10 sarung. Patutlah ketupat daun kelapa hilang nilai komersial bila betanding dengan ketupat plastik penyebab kanser (perlu penjelasan lebih lanjut).


Entri kali ini adalah cubaan pertama panda bersama baby baru panda. Banyak lagi yang perlu di terokai. InsyaAllah, jika tiada halangan, panda akan travel atas urusan kerja di sekitar Malaysia, harap banyak sumber untuk entri akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com