Thursday, February 5, 2009

Sungai Sedim, Kedah

P2038583

03.02.2009 (Tuesday) - Masih berada di Hulu perak, rancangan pada hari ini adalah mengunjungi Sungai Sadim, Kulim. Ada yang menarik disana, iaitu kanopi walk Sungai Sadim... Bayarannya RM10/head.

My creation

Sebenarnya, takder mood sangat nak menulis petang ni, dengan situasi yang berlaku. Sekiranya menonton TV1 macam nak berperang jer di Ipoh ni. Walhal xder per2 pun, cuma payah skit nak lalu kat Bulatan MB dan Istana Kinta. Payah lah nak g gym malam ni...

Oleh kerana blog ni belum jadi blog politik, jadi takleh komen apa2 lah.... Dapat MB baru la lepas ni....

Wednesday, February 4, 2009

Selamatkan reflesia....

My creation


02.02.2008 (Isnin)-Ketika sedang warga Wilayah Persekutuan (Cuti Hari Wilayah) sedang lena di ulik mimpi, Panda telah memulakan perjalanan ke Hulu Perak. Bukan untuk berjalan-jalan, tetapi untuk membuat susulan kerja atas projek-projek usahawan yang memohon kemudahan pembiayaan organisasi. Panda tiba di Hulu Perak ataupun lebih dikenali sebagai Pekan Grik pada jam 9.30 pagi, setelah 2 jam perjalanan. Lembab juga panda memandu yerk, walaupun menggunkan hiway 2 lorong.

Lawatan bermula disekitar pekan Grik, kemudian ke Kampung Malau, Lawai. Asas lawatan adalah projek ternakkan lembu. Tetapi yang ada cuma pohon-pohon durian yang tumbang ajer. Tetapi panda tertarik dengan kolam yang terdapat di situ. Ikan-ikannya, melompat-lompat dipermukaan air. meriah sungguh...


Perjalanan diteruskan ke Pengkalan hulu (8km dari sempadan Thailand) dan ke Pekan Betong (Post sempadan) ada juga menerima kemudahan organisasi disitu.

P2028455

Petangnya, jam 5.45pm, kami menerusikan perjalanan bagi projek pelancungan. Mengambil kesempatan ini, pemohon membawa kami untuk melihat bunga reflesia yang terdapat di Hulu Perak ini. Lokasinya tempat pembalakan Felda. Perjalanan dari tempat pengumpulan balak (Jalan Grik - Banding) mengambil masa 1 jam sehala. Terdapat 10 tempat bunga ini berada dan di point ke 9 barulah kami dapat melihat yang sedang berkembang. lain-lainnya masih kup lagi.

My creation

Selain itu, apa yang kami dapat lihat selain daripada kemusnahan yang ketara akibat pembalakan. Banyak juga tinja-tinja gajah yang bertaburan sepanjang perjalanan ini, ada juga kesan tapak kaki harimau, kijang dan rusa. Hutan sepulau yang keluasannya tidak samapi 5 ekar (menurut pengiring kami) adalah saki baki daripada pembalakan berluasa di Hulu Perak. Sekiranya sepanjang perjalanan Grik-Kota Bahru ataupun Grik-Kulim, Hanya pinggir jalan sahaja yang ditumbuhi pepohon, dipuncak bukitnya hanya tunggul-tunggul mati. Berapa lamakah warisan alam ini akan kekal dibumi semenanjung jika tiada usaha memeliharanya...

Friday, January 30, 2009

Re union exARAU 95-98

My creation


24-25 Januari 2008 (Sabtu & Ahad) - Perkara yang aku tunggu sejak 10 tahun lepas akhirnya telaksana. Di Tiara Beach Resort Port DIckson dapat gak Panda berjumper dengan excoursemate semasa di Institut Teknologi MARA (ITM bukan UiTM). Kami bersama agak lama, bermula dari Jun 1995 dengan program Pra Perdagangan. Panda xleh amsuk diploma terus sebab English tak kredit (Sekolah kampung, blajor english pun bersesak-sesak). Apabila tamat Pra, Panda ambik course Diploma Business Study dari Jan 1996-Oktober 1998. Tinggal kat Kolej Jati ITM Arau, dan most yang hadir dari kolej tur gak. CUma 1-2 dua dari Kolej lain. Tak kisahlah yang penting maintain.

My creation

Banyak yang berubah, dari single kini dah berdua atau bertiga atau berempat.... dalam tempoh sepuluh tahun ni. panda dan beberapa jer yang masih single (single ker?). Ini adalah reunion kali ke 2, sebelum ini diadakan pada 2004, Panda tak pergi walaupun masa tur Panda kat Seremban. BZZ kot. Panda pun dah lupa....

My creation

Apapun janjinya, kitaorang akan jumpe secara massnya setiap 5 tahun sekali, so next event bila aku dah umur 37. hehehe, harap dah berempat aku masa tur.... dan akan diadakan perjumpaan secara tak formal sepanjang tempoh ini.... Anyway im happy la dengan program camni...

My creation

Semalam, 29.01.2008 pergi ke Manji=ung, sempat tengok 2 projek. Satu bina floating hotel dan satu lagi ternak kambing feedloat. Next week selasa Perak cuti Jubli Perak keputeraan Sultan. Tapi Isninnya dah janji nak susul ke Grik hingga ke Pengkalan Hulu. Jadi boleh lah tido kat sana semalaman (perbelanjaan sendiri)....

Tuesday, January 27, 2009

Halal Konsultant@Kayns Resort, Port Dickson

My creation

23.01.2009 (Friday)- Panda anik emergency leave, walaupun paginya bersama-sama opismate di opis untuk meraikan majlis perpisahan Kak Tom (bukan tom-tom bak k) dan memulakan perjalanan jam 10 pagi dari opis bersama-sama fifi. Samai di stesen Komuter Sungai Buloh jam 1.30 pm, memang fifi bawak kereta slow yang amat. Naik komuter hingga ke Seremban, dan trus abik bas ke Port Dickson. Sempat lepak ngan colloque lama di Opis Port Dickson sebelum Bahrain datang pickup aku. Bahrain tengah handle kursus anjuran INSKEN di Kayns Resort. Kira aku menumpang kasih la semalaman disitu dengan ditanggung penuh.

P12480561

Tapi aku pun kena ada asignment gak, tugas aku abik pics peserta kursus Halal Konsultant ni, Some og pics & faces yang sempat aku upload... sesaja mengetest Flash FL-50 aku ni, almaklumlah amatur dan malas nak blajar lak tur....

My creation

Semlam sempat gak nonton 'Inkheart' tapi movie ni Ok-o jer, takder la best sangat pun. Ala-ala syok sendiri jer... tapi boleh lah nak menonton ngan keluarga. Grafiknya pun sikit jer...


Ingatkan nak nonton 'The red cliff' hari ini, malas lak na kuar... Weekend ni kot, tengok lah camne. klu boring jap lag pun aku kuar. Nonton kat cinema sesorang ni senang dapat tiket....

Saturday, January 24, 2009

AURA & Gerak Usahawan@Teluk Intan

P1177165

Akhirnya, dapat jua aku meng uploadkan pics masa Gerak Usahawan Teluk Intan aka Hilir Perak pada 17-18.01.2009 yang lalu. Sekarang aku telah berada di Kayns Resort, Port Dickson. Menupang seketika di bilik member yang jadi Konsultant progam latihan pembentukan Halal Konsultan. Petang ini (24.01.208), aku akan attend Reunion 10 tahun Class of Jun1995-1999 (bagi yang Grade on time la...) di Tiara BEACH rESORT pORT dICKSON.

Panda pun malas sangat nak mengulas pasal Gerak Usahawan kat Teluk Intan ini, sebab nak buat menda ni dari tahun lepas daa... Tapi bagi memenuhi nafsu serakah orang-orang tertentu dah 5 kali tertangguh. Program ini pun di persediaannya pun dibuat dalam tempoh 10 hari jer.. Hebat tak penganjurnya:-P.

P1177320

Bagi Agensi di Malaysia, sesuatu perkara yang dilakukan, paling penting dan pokok dalam pelaksanaanya adalah 75% acara perasmian, isi dan program hanya meliputi 25% sahaja. Jadi kami mesti memasikan program perasmian seberjaya mungkin. Antara kejayaan program perasmian adalah bilangan kerusi yang penuh. AlhamdulliLLAH, kerusi tak cukup walaupun peruntukkan 200 biji dan ramai ketua Jabatan yang berdiri. Ini pertanda yang baik. Walaupun perasmian di mulakan pada jam 10.00 malam dan berakhir hampir jam 12.00 malam. Kesian YB Menteri yang bergegas dari Kuala Terengganu untuk bersama-sama kami semua. TQ YB Menteri...

My creation

Ahad paginya, 18.01.2008 sempat singgah ke Pasar Tani Teluk Intan. Di sini, Pasar malam dan taninya dijalankan bermula petang sabtu sampai tengahari Ahad, hampir 24 jam. Singgah makan nasi lemak sebelum ke tapak Gerak Usahawan yang sepelaungan dari pasar tani tersebut. Teluk Intan jem klu hari Sabtu dan Ahad ni, so klu nak datang ke teluk Intan, Rancanglah perjalanan anda...

My creation

Pics kat atas ni lak takder kena mengena ngan Gerak Usahawan, seperti kebiasaannya, bila berita dah basi, wartawan pun tak berminat nak paparkannya kat paper. Macam aku gak la... sebab ada cerita baru yang lebih panas yang lazat... Ini adalah pcs yang diambil semasa lawatan AURA, dan ini hanyalah produk jer....

Anyway selamat Tahun Baru Cina bagi yang meraikannya... aku pun dan lotih berjalan ni... rasa nak relax kat katil jer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com