Wednesday, February 4, 2009

Selamatkan reflesia....

My creation


02.02.2008 (Isnin)-Ketika sedang warga Wilayah Persekutuan (Cuti Hari Wilayah) sedang lena di ulik mimpi, Panda telah memulakan perjalanan ke Hulu Perak. Bukan untuk berjalan-jalan, tetapi untuk membuat susulan kerja atas projek-projek usahawan yang memohon kemudahan pembiayaan organisasi. Panda tiba di Hulu Perak ataupun lebih dikenali sebagai Pekan Grik pada jam 9.30 pagi, setelah 2 jam perjalanan. Lembab juga panda memandu yerk, walaupun menggunkan hiway 2 lorong.

Lawatan bermula disekitar pekan Grik, kemudian ke Kampung Malau, Lawai. Asas lawatan adalah projek ternakkan lembu. Tetapi yang ada cuma pohon-pohon durian yang tumbang ajer. Tetapi panda tertarik dengan kolam yang terdapat di situ. Ikan-ikannya, melompat-lompat dipermukaan air. meriah sungguh...


Perjalanan diteruskan ke Pengkalan hulu (8km dari sempadan Thailand) dan ke Pekan Betong (Post sempadan) ada juga menerima kemudahan organisasi disitu.

P2028455

Petangnya, jam 5.45pm, kami menerusikan perjalanan bagi projek pelancungan. Mengambil kesempatan ini, pemohon membawa kami untuk melihat bunga reflesia yang terdapat di Hulu Perak ini. Lokasinya tempat pembalakan Felda. Perjalanan dari tempat pengumpulan balak (Jalan Grik - Banding) mengambil masa 1 jam sehala. Terdapat 10 tempat bunga ini berada dan di point ke 9 barulah kami dapat melihat yang sedang berkembang. lain-lainnya masih kup lagi.

My creation

Selain itu, apa yang kami dapat lihat selain daripada kemusnahan yang ketara akibat pembalakan. Banyak juga tinja-tinja gajah yang bertaburan sepanjang perjalanan ini, ada juga kesan tapak kaki harimau, kijang dan rusa. Hutan sepulau yang keluasannya tidak samapi 5 ekar (menurut pengiring kami) adalah saki baki daripada pembalakan berluasa di Hulu Perak. Sekiranya sepanjang perjalanan Grik-Kota Bahru ataupun Grik-Kulim, Hanya pinggir jalan sahaja yang ditumbuhi pepohon, dipuncak bukitnya hanya tunggul-tunggul mati. Berapa lamakah warisan alam ini akan kekal dibumi semenanjung jika tiada usaha memeliharanya...

3 comments:

  1. Siapakah YB di situ? Wakakakaka!

    Siapa yang meluluskan pembalakan di situ? Wakakakaka!

    Jawabbb...jawabbb

    ReplyDelete
  2. ada tak spisis ikan yang perlu diselamatkan selain raflessia?
    hahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Gambar2 yg Panda snap tu cool2 aja. Sedap gi tempat yg belum tercemar macam tu. Masih suci - sesuci Encik Panda kot . he he

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com