Wednesday, January 21, 2009

Tamatnya lawatan AURA

hari ini, berakhirnya lawatan AURA setelah seluruh negeri Perak dijelajahi, bermula 8 januari 2009 di daerah Batang Padang dan Hilir Perak, 12.01 ke Hulu Perak dan Lengong, 13.01 Kerian & Selama, 15.01 Taiping dan Kuala kangsar, 19.01 Perak Tengah, 20.01 Manjung dan hari ini Kinta.

Pada masa yang sama 17-18.01.2009 berlangsungnya GERAK UASAHAWAN Teluk Intan. 2 minggu yang agak penuh dan memenatkan. Aku masih cuba mengedit dan memilih pics yang sesuai untuk diuploadkan ke flick, tapi aku pun takder masa nak ke Vanggey untuk upload pics. Nanti ada kesempatan akan aku sharekan ngan ko orang k...

Hari ini gak, aku beli flash untuk olypus E510 aku, tapi rasa lain macam lak.. ker aku kena tipu lagi? harganya lebih murah dari jualan Jimat yang lalu... FL-50, takder R... tapi masa test tur macam ok lah,.. aku beli pun sebab bengang 'cap' camera aku masuk lubang masa lawatan tadi. ingat nak cr cap camera tur jer.. lain lak belinyer..tambah hutang lagii...

Monday, January 12, 2009

Siti Nurhaliza - Ketika Cinta (OST Perempuan Berkalung Sorban)



Hari ini, aku baru jer sampai rumah selepas seharian berjalan atau mengunjungi 'usahawan' untuk percalonan AURA (Anugerah Usahawan RA) di Hulu Perak dan Lenggong, agak memenatkan. Last week ke Batang padang dan teluk Intan (Khamis-8.01.2009) esok akan ke Kerian dan Larut, Matang & Selama.Pada masa yang sama akan bZZ dengan Gerak Usahawan Teluk Intan pada 17-18.01.2008 (Sabtu dan Ahad) berkampung la yeop di teluk Intan...

Cam biasa aku agak letih, bukan letih bekerja tetapi aku dah kena ala-ala "isomenia?" Betul ke doktor?. atau pun tak buleh tido, dah hampir 2 minggu dok tido kul 4 atau 5pagi. terkebil2 jer mata... nasib baik takder eye bag... apa yang dipikirkan pun aku tak tau..nak kata makan hydro cut pun xder la sangat:-P

Balik cerita perancangan travel aku, klu khamis ni masih xder keputusan nak kemana, rasanya kena ikut advise wan hidayat la, aku nak pergi Perth, kos flight RM871 dan accomidation just RM105/nite klu aku abik private room. klu tak just RM70/head. dok 3 malam dah la, rancang samada 7-10 mac 2009 ataupun sekitar Mei 2009. nampaknya kena tangguh la projek Beijing 2009. mana-mana dulu la. Plan nak g Pulau Perhentian pun dalam bulan Mei gak.. Banyaknyer nak berjalan.... macam banyak lak duit aku... Duit nak buat tunang tak jadi ari tur.. Abiskan2 !! Ha ha ha!!! Macam setan lak... nanti klu jumpe yang lain kompul duit lain lak.. Tunggakan tak dapat lagi..yang ni boleh G Beijing...

Balik kat lagu di atas, aku ingat, klu jadi g Padang thz CNY, one the objectivenya nak tengok movie ni la.. ala-ala best jer reviewnye... Tak nak jadi macam Ayat-Ayat Cinta dulu... nonton pun DVD jer.tu pun akhir tahun daa... ni mesti lambat masuk Malaysia atau tak masuk langsung. Sejak semakin senior ni, jiwa makin halus gitew... layan cerita heavy2 jer... takder nak tengok hi school musical daa.. (Tengok kew?)...

Memandangkan aku tak dapat upload pics buat masa ni..sebab malas nak g vanggey upload pics. Masa yang sama pun aku takder la dapat abik pics yang menarik sangat pada diri aku untuk di sharekan, jadi takder la nak upload kat sini...just abik yang orang lain punyer jer la..

Sunday, January 11, 2009

Ressa Herlambang ~ Menyesal

Semula ku tak yaqin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

[Reff:]
Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Oo~ bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku akan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
mengapa kukenalkan dia
padamu




Lagu dah lama..baru jer jumpe kat page FB in myfriendlist..walaupun tak kenal.... cuma rasa best lak bila dikala single mingle ni..kuang300x... ala-ala dilemma gak, dah tak jadi nak travel gi Padang masa CNY ni, aku buntu... kawan yang ajak pegi Loas pun banyak dolak dalih nya..dulu beria sangat, ni..'in depend on u'... Mau aku pergi perth kat bulan 3 ni...offer tinggal 8 hari lagi, tapi satu keputusan tak buat lagi..aku dah lama xbuat perangai jejans sesorang ni, best gak walaupun english aku terabor.... pegi australia la yeop... Bolew?
So ada sesapa nak gi Perth ngan aku 6-10 mac 2008 atau Loas 7-10 mac 2008. hehhehe..nanti satu pun tak jadi.. mau abis duit beli set Bio term gitew... 16.01.2008 ni parkson buat member day... dapat RM20 boucer... Berngan nak tukar hp lagi..bestnyer berangan abiskan RM di kala ekonomi gawat ni... Klu kawin tahu ni mana nak cekau RM lak.... orang perak dah RM10k lani minimum.... sapa yang susah? aku gak kena buat loan bank lagi... Tak dapat la yeop....

Wednesday, January 7, 2009

IPOH-Setahun telah berlalu


Hari ini, genap setahun aku berada di Pejabat di Negeri Perak ini, banyak pengalaman baru sepanjang setahun aku disini. Aku pun tidak tahu berapa lama lagi akan berada di sini, kebiasaanya dalam tempoh empat ke lima tahun sahaja. Aku pun tak la mengharap berada lama-lama di negeri Bijih ini. Cukup untuk mengumpul pengalaman yang bersesuaian sebelum melangkah ke bidang lain. AlhamDULLILLAh, rezeki makin murah ketika di sini, diharap akan dipertingkatkan lagi di masa depan. Amin.

Bulan januari menyaksikan kesibukkan memuncak, seperti tahun lepas gak la... Ada dua event besar melibatkan YB Menteri dan Timbalannya, 17-18.01.2009 GERAK USAHAWAN Teluk Intan dan 24-25.01 GERAK USAHAWAN Manjung. Berkampunglah kamik disitu, Preparation tak usah kiranya, memang tak tido malam maunyer (Aku tidur jer). Pada masa yang sama 24-25.1 ni sambutan 10 tahun graduasi Pre Com ex ITM Arau 1995-1998. Camner aku nak pegi Reunion ni... nak minta ngan boss segan lak aku, SKT tak buat lagi ni..klu dah SKT Ok jer Pak cik Chow...Kuang300x.

Esok, Next week & next2 week lak akan terlbat dengan AURA, esok akan ke Batang Padang dan Hilir Perak, dan next week ke lain-lain daerah untuk menjadi panel Hakim AURA. Tak masuk opis la 2 minggu ni... Banyak lak aku bersungut untuk ulang tahun pertama ni. Yang penting dah aku dah komfirm dan asignment PTK dah siap. Tunggu nak hantar ke KL jer Jumaat ni jer...

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru 1430h & 2009

PC266551

Tahun 2008 telah berlalu, agak lewat juga untuk aku mengucapkan buat rakan-rakan pembaca sekalian. Bulan Disember lepas adalah bulan yang paling sibuk buat aku, selama 3 minggu berada di luar kawasan, dan apabila masuk ke opis, terus nak adakan meeting dan menyiapkan asignment PTK. AlhamduLLILLAH dapat juga aku siapkan 90% asignment aku pada waktu ini. Just take some rest sebelum malam ni untuk aku touch up dan abtractkan sebelum di emailkan pada esok hari.

Seronot rasanya nak mulakan hidup baru yang lebih ceria. Awek yang nak aku tackle akhir tahun 2008 dah hilang menyepikan diri. Ntah kenapa agaknya. SMS & call dah tak di balas dan diangkat. bZZ ngan kariernyer kot atau dah dapat yang lebih BLACK dari aku. Jadi aku kena cari yang lain lah, Ramai bertanya macam mana yang aku nak, bila usia makin meningkat (Tapi saham makin tinggi walaupun di kegawatan ekonomi ni) aku cuma cakap.. aku nak yang putih jer... bolew? jangan marah yerk... yang penting... WHiTE & Beautiful klu BLACk pun ok, tapi kena Black & Beautiful, macam iklan lak....

Sebenarnya MOJ (Pinjam kata2 Kak Pah), mana-mana pun ok..klu dah jodoh nanti aku ons jer la... perdulik aper aku. Yang penting Abang gumbira gitew... Lupakan....

Penamat tahun 2008, Syed faisal melansungkan pertunangan nye, dapatlah aku mengambil pics yang tak berapa cantik, makin tumpul lak bakat mengambil pics aku ni...kena selalu asah, nanti hilang skillnyer. Kan En. Azar hairusani kata tak lawa lak. Takleh la cari makan lepas ni. so, ni la beberapa yang tak seberapa..

My creation

Ini lak pics masa aku pergi Dungun, Terengganu last-last week. Lokasinya adalah Pantai Teluk Lipat. Sebelum ini ada aku masukan entry pasal Seberang pintasan dan teluk Gadung. Masa ini ada expo kat area tur, jadi meriahlah dengan orang...

My creation

Anyway...selamat menjalani kehidupan di masa depan dengan lebih ceria...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com