Tuesday, September 9, 2008

Awam hitam masih pekat

09.09.2008 (Tuesday)- Kunjungan ke daerah Kerian tidak memberi apa-apa makna, malah bertambah menyulitkan keadaan, Betul kata orang, malang tak datang sekali.. bah kan bertimpa-timpa... Timbul pula masalah baru yang lebih membebankan dan memudaratkan keadaan... Aku hampir buntu...

Harap semua dapat diselesaikan sebelum Raya yang bakal menjelma... Nanti tidak ceria lah Hari Raya nanti (ceria ker selama ini?). Atleast boleh balik kampung dengan tenang. Magrain aku datang balik. Tapi yang bagusnya bila ada masalah seperti ini, Otak akan sentiasa bergerak dan berfikir. Walaupun keputusan atau penyelesaiannya bukan ditangan aku... Hanya padaNYA sahaja memohon pertolongan di bulan mulia ini... Di lembutkan hati...

Sunday, September 7, 2008

matta fair Ipoh

Keadaan otak masih lagi berserabut, masih lagi pikir pasal opis pagi ni, Hingga solat subuh pun xtenteram n tak kusyuk (selalu kusyuk ker?) and after abis solat trus balik rumah jer, ponteng kuliah subuh pagi ini... Semalam dah ponteng Takirah tok guru dari Pattani... Inilah manusia, patutnya bila ada masalah dekatkan diri dengan ALLAH, ni larik lak...

Sekarang dah ok skit, bila dapat ber chat ngan seseorang... Semalam teringin sangat nak chat, tapi dia bZZ ngan kuih raya sampritnye.. Walaupun pada mulanya aku tak tau camner rupa kuih samprit. Yang aku tau semua biskut raya (modern) sama jer rasanya. Bezanya warna dan bentuk. Klu kuih tradisional komfirm, mesti manis yang amat lak, Tapi rasa of course la berbeza.. Aku? SUka kuih tradisional yang di beri nafas baru:-P

Walaupun aku bukan jenis meluahkan isi hati, (dok pendam jer sampai berbuku jer kat dalam tu-siap dah berkarang lagi bila lama terbuku). tapi bila dapat mentarbiah diri rasa lega lak..Semua ni datang dari ALLAH, maka dari ALLAH lah kita kembali...



06.09.2008 (Saturday)-Semalam sepanjang pagi lepas sahur, aku ngadap notebook ni, sampai sakit belakang. lepas jumpa nutritionist, singgah sebentar bersama kit kat (ops puasa lah), X singgah ke matta fair Ipoh di Stadium Indera Mulia, Bila masuk terasa kerdilnya la exibition ini, tak banyak pilihan, mostly ke China jer... dan harga kali ini berbanding di Kl last March, ada beza yang ketara. Minyak Mahal la...



panda pergi pun just memeriahkan suasana, mana tau ada yang berkenan di hati. this year bujet dah xder, banyak dihabiskan awal tahun dulu dan untuk rumah ok offer masih terbuka sesapa nak join g china aku jumpa shanghai beijing muslim pakej and of course mahal skit tapi boleh check masa matta fair mac 2009.

Friday, September 5, 2008

Black Friday...


Hari ini dapat email dari bos yang arahkan aku jumper dia pagi ini bersama beberapa senarai fail yang belum diwujudkan fail induk. Teruk gak keadaannya ini, siap s.k emailkan kat all head department di hq..baru-bau ini ada 49 fail yang tidak diwujudkan fail induknya... aku pun heran, y lak yang tertinnggal, dengan sopan santun suruh staff aku updatekan atau laksanakan kerja yang patut mereka lakukan sejak bulan apri yang lalu. Tapi aku bagi kat staff baru aku, bukannya bagi kat staff yang dah nak expired. Aku ni takder skill management, tuk manage staff lah, sebab diorang tak penah tegok aku marah lagi.

Bos pun sound dalam perjumpaan pagi, aku pun terkedu gak. Aku pun tak mahir atau tak tau pasal sistem-sistem IT ni, staff yang buat jer, aku cuma mengesahkan jer. nak check semuanya mana nak tercheck, dah la dari proses (memang kerja kau menyelaras) semua loan yang masuk dari 10 daerah di Perak, dan kerja-kerja selepasnya di uruskan oleh staff. Tu tak termasuk lain-lain benda yang perlu diselesaikan. Cuma nasib aku lebih baik dari rakan-rakan negeri lain yang dah handle lebih 500-1000 fail setahun, aku baru 1/4 dari jumlah maksimum diaorang...

ada lagi benda yang yang lebih dasyat yang perlu aku setlekan segera, dalam tempoh minggu depan nak kena setle gak. nanti rosak reputasi semalaysia. aku pun jenis tak pandai nak bagi alasan. Staff aku cukup pandai sampai aku terkedu dan terpaksa mengaku aku yang salah.... Sekarang cuma nak kurangkan impact pada aku jer dan juga lain-lain orang yang cuai... aku lah yang cuai sebab tak semak.

Dengan berkat bulan puasa yang mulia ini, kes pertama dapat selesai sebelum jam 12 tengahari tadi, cuma kes satu lagi dan abik langkah proaktif, cuma tunggu Isnin ni nak basuh officer yang incharge benda ni, nasib baikdia cuti seminggu.. Jadi staff yang ala-ala blurr jer la kena serpihan skit-skit dari aku..
Harap keadaan akan lebih tenang. Dua hari (weekend) yang ada ini dapat aku rehat seketika. Nasib baik puasa, klu tak tentu berat aku naik lagi:-P Tapi makan berbuka pun buntat juga aku. tabiat sayang nak buang makanan yang dah ada dalam pingan. Bila dah beli dan ada makanlah...Tak nak lah jadi saudara Syaitan, walhal sema dah kena rantai kat laut nun....

Thursday, September 4, 2008

Mutiara Kata


Puasa kali ini tiada bezanya dengan tahun-tahun sudah, cuma lokasinya agak berbeza, selepas 4 kali sambut ramadhan di Seremban, dan kebanyakkannya memang kesorangan bila berbuka, Kali ini dah bertiga, Cuma hari pertama berbuka diluar bersama Tony (aku tak pasti dia puasa tau tak). Hari ini dah masuk hari ke 4, bila menjelang tengahari mula pikirkan apakah juudah untuk berbuka. Nasib baik aku bukan big eater...

Bulan Ramadhan ini, tak banyak ide-ide baru ataupun cerita-cerita yang ingin di kongsikan bersama, cuma di coretkan sedikit apa yang di terima dari email pejabat...

MUTIARA KATA
Oleh : Rahasdin Hj Razali
------------------------------------------------------------------------------------------------
(0709-M38-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Bukan yang bernama puasa itu sekadar menahan makan dan minum
tetapi puasa yang sebenar itu adalah menahan diri dari lagha
(perkataan & perbuatan yang tidak berfaedah) dan kata-kata keji"
(Riwayat Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------

(0709-M38-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba Ku yang lebih Aku cintai ialah mereka
yang segera berbuka (apabila telah nyata masuk waktu berbuka)"
(Riwayat Al-Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------


(0709-M39-1)
Dari Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila kamu sedang berpuasa maka janganlah berbicara yang keji dan jangan
melakukan huru-hara dan kalau terdapat orang yang memaki atau mengajak bergaduh,
maka katakanlah: Saya berpuasa"
(Muttafaq'alaih)
------------------------------------------------------------------------------------------------


(0709-M39-2)
Dari Zaid ibnu Khalid Al-Juhani r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang memberikan makanan untuk berbuka puasa maka baginya
mendapat pahala sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikitpun"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------


(0709-M40-1)
Dari Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa beribadat di bulan Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran,
maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu"
(Muttafaq'alaih)
------------------------------------------------------------------------------------------------
(0710-M40-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Orang yang berzikir (ingat) kepada Allah di bulan Ramadan akan diampunkan baginya,
dan orang yang memohon kepada Allah di dalamnya tidak akan kecewa"
(Riwayat Al-Tabrani & Al-Baihaqi)
------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, September 1, 2008

Salam Ramdhan ... & Selamat Hari Merdeka + Babylon AD

Sepanjang minggu lepas, keadaan agak bZZ ngan outingnyer.. Pasal keja la, bukan jalan-jalan (Ambil kesempatan) Selasa ke Grik (Hulu Perak) kemudian ke Lengong, Kuala Kangsar dan akhirnya ke Sungai Siput. Takder pics yang menarik kerana aku drive dan bateri kamera aku abis lak. Rabu (27.08.2008) Bos aku dah demam, dia tak dapat join lawatan ini, Jadi Timbalan, BPI dan aku jer pergi ke Parit Buntar, Bagan Serai, Kemunting, Changkat Jering dan Kinta. Khamis kitaorang ke Daerah Batang Padang iaitu Slim River dan Bidor. Jam 3.00pm semuanya dah selesai, biasa mesti hampir jam 6pm baru habis.

Jumaat (29.08.2008)-Opis menganjurkan program Sambutan Israk Mikraj (Tak lewat ker?) dan I'ya Ramadhan dengan mengadakan ceramah (bukan aku yang bagi) serta jamuan tengahari (lepas ni sebulan xmakan siang).




Sabtu (30.08.2008)-Ke KL, banyak menda nak kena selesaikan, !st nak sain agreement sewa rumah kat Mentari. Tenant nak masuk 1 September 2008. Sama nak check Table top yang buat hari tur, Nampak macam tak ok jer (Ntah lah) Walaupun aste aku macam Queen Diva tapi mudah lak aku satisfy ngan menda yang ada:-(, pastu broker minta tambah heater dan dawai langsir. Baru jer dapat duit diposit, dah nak kena tambah lagi. Takperlah, Nanti aku gak nak dok situ (10 tahun lagi kot). Aku buat lain lah.

Petang tur, Cuba test try nak cuba The Garden GSC Signiture, Taklah Golden Class, just Premier Class jer. RM20. Thank Qwertz1985 temankan abang:-P & happy Birthday thz 3rd September 2008 ni. Sory xder present. Movie aku nonton...

Xlah best sangat cerita ini, dan ntah apa2. Mula jer ala-ala Ok, lepas tu endingnya memang very de dispointed... jadi memang tak di syorkan untuk di tonton...

Ahad (31.08.2008) Hari Kebangsaan ke 51, dan apa yang aku rasakan, ini la hari Kebangsaan yang paling sunggul seperti kata Chedet.com, kickdefella dan lain-lain political blooger. dengan bilangan bendera yang dikibarkan pada kereta ataupun bangunan. Berjimat sebab nak beli barang makan dan petrol kot.Aku cuma berada di rumah Aladin-aladin jer. Lepas lunch balik Ipoh... dan siapkan diri untuk menyambut Ramadhan...


01.09.2008 (Isnin)- Salam Ramadhan.. Ramadhan menjengok lagi, AlhamdulLILLAH, aku berkesempatan lagi untuk bersama-sama Ramadhan kali ini... Semoga ALLAH membenarkan aku menghabiskan Ramadhan ini...




Maaf
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
(jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami
isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak
3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat ,
dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU INGIN MEMOHON MAAF

jika saya
ada berbuat kesalahan,
baik yang tidak di sengaja maupun
yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa
dengan sempurna..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com