Monday, June 22, 2015

Cabo da Roca "di mana tanah itu berakhir dan laut bermula"


Cabo da Roca telah diketahui oleh orang-orang Rom sebagai Promontorium Magnum dan semasa Zaman Pelayaran ia dikenali sebagai Rock Lisbon. Abad ke-16 Portugis penyair Luís de Camões meceritakankan Cabo da Roca sebagai tempat "di mana tanah itu berakhir dan laut bermula" (Portugis : Onde yang terra se acaba eo mar começa ).


Perjalanan dari Istana Pena ke sini sekitar 45 minit dengan bas awam, jika membeli pass harian boleh sahaja menggunakannya tanpa tambahan kos, jika harga biasa sekitar EUR3++. Sepanjang perjalanan ke sini, kami disajikan dengan memandangan desa Portugal dan juga keindahan taman semulajadi Sintra-Cascais. 




Angin di sini sangat kuat hingga panda tidak dapat berdiri tegak, sama seperti panda alami ketika mengunjungi Simpang Megayau Sabah. Mungkin semua yang benda di hujung sangat kuat cabarannya. Kesemua gambar-gambar di sini menjadi kabur dan tidak tepat. Sedih hati ini bila mengenangkan.


Hanya terdapat rumah api yang menjadi panduan pelayaran bagi kapal-kapal yang akan meneruskan perjalanan ke utara Eropah dan juga ke selatan. Rumah api ini menjadi panduan pelayaran berabad-abad lamanya.




Setelah sejam berada di sini, kami meneruskan perjalanan ke Cacais, nasihat panda, silalah tidur semalaman di bandar tepi laut Atlantik ini kerana keindahannya sangat menarik. Kekangan waktu menyebabkan panda terpaksa balik terus ke Lisbon menggunakan keretapi yang memakan masa lebih kurang 45 minit. Perjalanan ini menyusuri tebing Atlantik menyebabkan panda sangat teruja dengan keindahanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com