Sekitar Februari yang lalu, minggu pertama panda berada di Sabah, pasukan pejabat telah berkumpul di Kinabalu Pine Resort Kundasang -laman sesawang- untuk mesyuarat ketua unit. Ini bukanlah kali pertama panda ke Kundasang kerana sebelum ini telah ada entri sebuah resort lain yang pernah panda kunjungi tahun 2009 yang lalu.
Resort ini mengadap Gunung Kinabalu dan bersebelahan dengan perkampungan Walau Tokoi, dan berada di laluan utama dari Kota Kinabalu ke Ranau. Jalan raya di Sabah juga amat baik untuk dilalui oleh kenderaan komersial. Pengungjung boleh menyewa kereta dari Kota Kinabalu untuk ke Kundasang dan menikmati kesejukan tanah tinggi Croker ini.
Jika ingin menikmati keindahan Gunung Kinabalu, kenalah bangun seawal empat pagi. Jika tidak hanya dapat melihat pangkalnya sahaja diwaktu tengahari. Kelebihannya di Sabah ini paginya awal sejam dari Semenanjung. Matahari lebih awal memancar cahaya terangnya di negeri dibawah bayu ini.
Sempat juga kami dijamu dengan nasi bungkus manis iaitu nasi yang di tanak bersama ubi keledek dan keladi kemudian di bungkus dalam daun. Nasi ini menjadi padat dan di makan bersama laut pauk. Kepada yang ingin mencuba, sila berkongsi nasi ini sebelum tamak mengambil sebungkus seorang. Ia adalah makanan tradisi etnik Dusun di sini.
Peminat Goft, jangan lupa untuk mencuba Driving range di bukit sebelah pekan Kundasang. Pengalaman memukul bola ke curaman bukit akan membuat anda teruja. Penginapan, boleh juga mencuba di inap desa yang banyak di sekitar Walai Tokou Homestay.
No comments:
Post a Comment