Saturday, May 24, 2014

Waterfront Kuching


6 April yang lalu panda sempat singgah di Kuching Sarawak untuk menjadi panel temuduga bagi pelajar-pelajar pasca siswazah yang akan ke luar negara bagi zon negeri Sarawak. Kunjungan ini agak pendek iaitu 1 malam sahaja tidak memungkinkan panda bergerak jauh dari pusat bandar, cukup sekadar di tepian Sungai Sarawak yang sempit itu.





Ini adalah mercutanda terbaru bagi Sarawak dan Khucing secara khususnya, Monumen untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ketinggian bangunan ini setinggi 114 meter dengan kos menghampiri RM300 juta ini boleh di lihat dari tebingan sungai Sarawak ini.




Itu sahaja yang ingin panda kongsikan bersama, tunggu kemunculan lain-lain entri. Banyak perkara yang belum dapat panda selesaikan buat masa ini, masih dalam proses penyesuaian diri. Sesungguhnya ALLAH makbulkan doa hambanya, cuma lambat atau cepat sahaja. Oleh itu, berhati-hati dengan apa yang kamu minta!

Tuesday, May 20, 2014

Dingin di Kinabalu - Kinabalu Pine Resort


Sekitar Februari yang lalu, minggu pertama panda berada di Sabah, pasukan pejabat telah berkumpul di Kinabalu Pine Resort Kundasang -laman sesawang- untuk mesyuarat ketua unit. Ini bukanlah kali pertama panda ke Kundasang kerana sebelum ini telah ada entri sebuah resort lain yang pernah panda kunjungi tahun 2009 yang lalu.




Resort ini mengadap Gunung Kinabalu dan bersebelahan dengan perkampungan Walau Tokoi, dan berada di laluan utama dari Kota Kinabalu ke Ranau. Jalan raya di Sabah juga amat baik untuk dilalui oleh kenderaan komersial. Pengungjung boleh menyewa kereta dari Kota Kinabalu untuk ke Kundasang dan menikmati kesejukan tanah tinggi Croker ini.



Jika ingin menikmati keindahan Gunung Kinabalu, kenalah bangun seawal empat pagi. Jika tidak hanya dapat melihat pangkalnya sahaja diwaktu tengahari. Kelebihannya di Sabah ini paginya awal sejam dari Semenanjung. Matahari lebih awal memancar cahaya terangnya di negeri dibawah bayu ini.





Sempat juga kami dijamu dengan nasi bungkus manis iaitu nasi yang di tanak bersama ubi keledek dan keladi kemudian di bungkus dalam daun. Nasi ini menjadi padat dan di makan bersama laut pauk. Kepada yang ingin mencuba, sila berkongsi nasi ini sebelum tamak mengambil sebungkus seorang. Ia adalah makanan tradisi etnik Dusun di sini.


Peminat Goft, jangan lupa untuk mencuba Driving range di bukit sebelah pekan Kundasang. Pengalaman memukul bola ke curaman bukit akan membuat anda teruja. Penginapan, boleh juga mencuba di inap desa yang banyak di sekitar Walai Tokou Homestay.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com