Saturday, March 1, 2014

Bumbu Bali - Day 3



Hari ke 3, tumpuan kami adalah ke Bedugul,  Pura yang berada di tasik yang luas di beri nama Pura Ulun Danum Bratan. Sebelum itu, tepat jam 9 pagi kami meninggalkan hotel dan menuju ke Krisna, pusat cenderamata tempatan di Bali yang menawarkan harga yang berpatutan bagi pelancung.



Terdapat beberapa outlet Krisna di Bali, kami menuju yang berhampiran dengan Denpasar. Berada di laluan untuk ke Tanah Lot. Harga di sini lebih munasabah berbanding di pasar. Kualitinya setanding dengan barangan di Mydin, Malaysia. Krisna juga menawarkan khidmat pembungkusan bagi barangan yang di beli. Ini memudahkan urusan bila di lapangan terbang.




Lokasi seterusnya adalah ikonik bagi Bali, Tanah Lot. Sebuah Pura yang di bena di atas fomasi batuan di pinggir laut. Ia kan kelihan sebuah pulau kecil apabila air pasang. Pura ini di bina sekitar abad ke 15 dan telah di tambahbaik pada tahun 80'an. Menurut Wikipedia, sebahagian formasi batu di sekitar pulau tersebut adalah batu tiruan yang di bina sewaktu kerja-kerja pembaikan dengan menggunakan teknologi jepun. Bayaran masuk sekitar IDR60,000 untuk sebuah kereta.




Kawasannya berteluk dan mempunyai pantai yang lebih bersih berbanding Pantai Kuta. Ombak di kawasan Tanah Lot amat sesuai untuk bermain luncur air. Ombaknya yang besar menghempas pantai memjadikan ia suatu pemandangan yang sangat cantik. Luangkan masa untuk berada di sini ketika matahari jatuh. Pasti teruja. 


Selepas menikmati makan tengahari, kami terus menuju ke Ulun Danum Temple di tasik Bratan, Begudul. Di sini ada 3 tasik yang terhasil dari kawah gunung berapi iaitu Bratan, Buyan dan Tamblingan. Kami hanya ke Ulun Danum kerana ia adalah objek yang paling terkenal dan di abadikan di dalam matawang Rupiah. Pura ini di bina pada tahun 1633 dan di abadikan untuk dewa tasik.




Kawasan pengunungan di Bali sering mengalami hujan yang lebat di sebelah petang, jadi kami mengambil masa yang lama berteduh di bawah astaka menunggu hujan reda. Nasib baik ada perkhidmatan penyewaan payung di sini. Caj yang dikenakan sebanyak IDR10,000 untuk satu payung besar, bayaran masuk ke Pura ini adalah IDR30,000 seorang.


Destinasi terakhir setelah kepenatan adalah Taman Ayun yang di bina pada tahun 1634 oleh Raja Mengwi iaitu Gusti Agung Anum. Taman ini telah di senaraikan sebagai warisan dunia oleh UNESCO. Keunikan taman ini bukan saja terletak kepada seni binanya, tetapi juga lanskap nya yang hijau dan luas. Ia di kelilingi oleh kolam atau parit buatan yang luas.











Panda meluangkan masa di sini lebih dari sejam. berada di atas menara peninjau akan memberikan gambaran yang lebih luas kepada pengungjung. Sambil menikmati kehijauan alam. Ini adalh destinasi terakhir untuk hari ini. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com