Monumen mangsa letupan Bom Bali 12 Oktober 2002
Penerbangan AK1362 dari Kuala Lumpur ke Denpasar selamat berlepas pada jam 10:30 pagi waktu Malaysia. Ini adalah kunjungan kali ke dua panda ke Pulau Dewa Dewi atau Island of Gods (Katanya). Penerbangan mengambil masa 2 jam 45 minit melepasi garis katulistiwa yang mengerunkan. Kami tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Bali (DPS) kira-kira jam 1:30 petang waktu tempatan. Bali berada di wilayah Indonesia Timur, zon waktunya sama seperti Malaysia. Pengunjung tidak perlu memutarkan jam mereka ke waktu tempatan.
Lapangan terbang Bali ini dalam proses pembesaran, terminalnya tidak siap sepenuhnya. Saiznya beberapa kali ganda dari saiz asal pada tahun 2006 dahulu. Senibinanya lebih simple berbanding terdahulu lebih esotik dan tradisional. Kami menyewa teksi dengan kadar IDR80,000 (IDR1,000 = RM0.272) menuju ke hotel penginapan kami di jalan Legian. Panda menempah hotel melalui Booking.com dengan kadar IDR1,576,000 atau RM423 untuk 5 malam di Grandmas Legian Hotel termasuk sarapan pagi. No pork no lard katanya.
Setelah mendaftar masuk hotel, perut mula terasa lapar, kami bersiar di sepanjang Legian Street menuju ke Kuta, sekitar 20 minit berjalan. Kami sempat makan di restoren halal yang menawarkan masakan Indonesia, bukannya Bali. Sempat menempah ikan garami masak serai, kangkung taucu (murah di Malaysia tidak di Bali) dan Black paper beef. Rasanya memang tidak enak dah harganya IDR111,000 untuk dua orang makan.
Kami terus menyusur sepanjang jalan Legian hingga ke Pantai Kuta. Di pantai Kuta ini terletaknya Hard Rock Hotel & Cafe Bali, Lokasinya di persimpangan jalan Popy yang terkenal dengan Pub dan kelab malam. Sekadar singgah seketika tanpa membeli apa-apa dari sini.
Kami terus berada di Pantai Kuta dengan harapan untuk menikmati matahari terbenam. Tetapi pantai ini indah kabar dari rupa kerana banyak sampah sarap sepanjang pantai. Amat berbeza dengan keadaan sebelum ini. Katanya sekarang musim ombak, banyak sampah yang dihanyutkan terdapat di pantai. Mungkin boleh di terima alasan itu. Tetapi bila di amati kebanyakan sampahnya adalah sampah domestik.
Pantai ini masih menarik engan kehadiran ramai orang, beach boy di pantai-pantai di Bali memang terkenal di seluruh dunia dengan kehebatan mereka bermain luncur ombak. Januari bukan musimnya, jadi bilangan mereka juga terhad.
Bayu laut di petang hari memang mengujakan. kami kembali ke hotel untuk berehat, kerana esoknya ada rencana yang lebih menarik. Menjelajah sebahagian Pulau Bali. Harap misi kali ini dapat panda nikmati dan menerokai lebih jauh.
interesting! tempat-tempat eksotik macam ni memang best untuk dikunjungi... dan tempat mencari ilham mungkin... hehe..
ReplyDelete