Buat ke sekian kalinya, panda menjejakkan kaki buat kali keempat di kota Singa ini. Kali pertama pada Disember 2004, sekadar singgah seketika lawatan muhibah ke Johor Baru, kedua Mac 2006, mengikuti rakan berkursus selama seminggu dan kali ketiga sewaktu Devalee tahun 2007. Setelah 6 tahun berlalu, panda kembali ke sini menggunakan pesawat Airasia jam 10:55 pagi dari LCCT dengan harga RM49 sehala.
Ketibaan di Changi International Airport adalah lancar, tetapi apabila ingin membeli tiket MRT nya, berbagai masalah timbul, pertama, mesin tiket automatiknya hanya empat, kedua mesin tidak menerima notes melebihi SGD2, dan Qnya sangat panjang. Masalah keempat, terlupa mencetak alamat hotel. kami hanya maklum MRT terdekat adalah Lavender Station. Bayaran MRT untuk ke Lavender Station dari Changi Airport sekitar SGD2.40 (panda ingat-ingat lupa).
Kedudukan hotel tidak jauh dari Arab Street, selepas daftar masuk, kami terus ke Masjid Sultan, Masjid ini menjadi mercu tanda bagi Arab Street. Kawsan ini terkenal dengan cenderamata Singapore yang berpatutan harganya. Jika ingin mencuba nasi Minang juga ada di sini. Kawasan ini banyak menempatkan restoren Halal. Sebenarnya jika ke Singapura, mencari makanan halal amatlah mudah.
.
Masjid Sultan ini telah siap di bina pada 1825, dengan dana bantuan dari East India Company sebanyak $3,000 (Rough Guides). Direka bentuk oleh arkitek Swan and Maclaren. Senibina yang unik dan meyaingi Masjid-masjid seangkatan dengannya ketika British dan Belanda di Nusantara. Masjid ini masih kekal fungsinya menjadi tempat beribadah dan komuniti bagi muslim tempatan.
Selesai solat jamak zohor/asar, kami sempat singgah ke Istana Kampung Glam ataupun sekarang telah menjadi Malay Heritage Centre. Istana ini pernah menjadi tempat tinggal Sulan Johor iaitu Sultan Hussin Shah pada tahun 1819. Tanah seluas 23 hektar telah di beri oleh East India Company kepada Sultan dan di bina Istana kayu pada asalnya. Struktur sekarang telah di bina oleh Sultan Ali Iskandar Shah, anak sulung Sultan Hussin pada 1836. Istana ini direka bentuk oleh arkitek George Drumgoole Coleman (Sumber wikipedia)
Pada 2004, Istana ini telah di tukar menjadi Malay Haritage Center. Pampasan sebanyak SGD350,000 setahun di berikan kepada waris Sultan selama 30 tahun pada tahun 1999. Penghuni Istana telah diberikan kediaman baru.
Panda mula kelaparan, dan cuba menikmati mee hoo kean di Busra Cafe. Mee yang agak unik kerana mengabungkan mee kuning yang di buat dari gandum dan juga mee putih yang di buat dari beras. rasanya ok-ok jer... tidak menganyangkan tetapi boleh di jadikan alas perut untuk perjalanan seterusnya.
Panda melalui lorong-lorang di Arab Street sebelum menuju ke Orchard Road. Kedai-kedai lama ini di beru nafas baru dengan menggunkan warna-warna terang dan menarik. Di kawasan ini juga banyak pub-pub yang santai jika berminat untuk suasana malam yang lebih bingit.
hmm... entri ini mengimbau nostalgia... haha... saya pernah kerja di Singapore tahun 2010...
ReplyDelete