Wednesday, January 29, 2014

Panda di Singapore-Season finale


Berada di Singapore selama 2 hari 1 malam memberikan pengalaman berguna di negara maju, dengan sistem pengangkutan awam yang sangat cekap di ASEAN, pengguna tidak perlu menunggu lama di stesen MRT nya yang besar lagi panjang. Walaupun ketika di Terminal Lapangan Terbang Changi, proses membeli tiket agak lama kerana memerlukan wang kecil untuk mendapatkan tiket di mesin.


Satu keunikannya, setiap stesen hanya ada 2 atau 4 mesin tiket, ini mungkin kerana keseluruhan rakyat SIngapore menggunakan kad excess untuk kenderaan awan dengan kadar diskaun. Kebanyakan bukan orang tempaan yang beratur membeli tiket MRT. Jaringan MRTnya hampir keseluruhan Singapore.




Pakej keriangan di sini juga menyeluruh,segala-galanya ada di sini. City State ini memberikan segala kemudahan bagi keperluan rakyatnya. Dengan ekonomi dan nilai matawang yang sangat kukuh, ia memberikan keyakinan kepada rakyat dan pelabur untuk terus berkunjung ke sini.



Kekukuhan matawang singapore juga menjadikan pengungjung dari negara miskin seperti Malaysia menjadi lebih miskin, kadar tukaran asing yang sangat rendah bagi matawang ringgit sejak 2010 memjadikan kita hilang kompetitif (sudah lama panda tidak bercerita pasal exchange rate walaupun paper degree panda tulis on currency exchange) dan menjadikan kita semakin miskin.



Apapun, peluang untuk bersembang dengan warga Singapore dan penduduk tempatan memberikan kesempatan untuk panda menilai balik kedudukan kita, adakah kita dapat apa yang sepatutnya kita dapat atau lebih teruk lagi.

Wednesday, January 22, 2014

Panda di Singapore - Universal Studio


Pagi-pagi lagi selepas bersarapan, Panda  menaiki MRT dari Lavender menuju ke Harbour Front, panda transit di Outram Park terlebih dahulu. Tiba di Vavo Mall dan membeli tiket ke Sentosa Island dengan kadar SGD4.40.


Panda tiba ketika jam 9:15 pagi, Universal Studio Singapore belum lagi dibuka. Waktu operasi adalah di antara jam 10:00 pagi hingga jam 7:00 petang. Masih agak baik kerana pada waktu ini pengunjung USS tidak ramai seperti yang digembur-gemburkan.


Universal Studio SIngapore mempunyai tujuh tarikan utama iaitu Hollywood, New York, Sci Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far far away dan Madagascar. Pada waktu ini Battle-star Galactic masih di tutup. Peluang untuk menaiki roller coster tidak tercapai.




Tumpuan utama semestinya Sci-fi city, menaiki kenderaan ketika peperangan Transformer. Agak bernasib baik kerana tidak perlu menunggu lama untuk menaiki kenderaan dan mengalami ultimate 3D battle cinema yang hebat. terasa kejutan demi kejutan ketika melarikan diri dari Outomus Prime dan Autobot.



Selepas itu, sekali lagi mengalami kejutan-demi kejutan di Ancient Egypt di kejar oleh the Mummy. Memang terasa kepanasan bila api yang marak berada di depan mata. sambil di kejar oleh beribu-ribu kumbang hitam.



Lost World lebih kepada hiburan kanak-kanak dengan tambahan pancutan air. Panda tidak tergamak untuk membasahkan diri jadi panda tidaklah menyertai laluan air tersebut.



Far far Away, pengunjung akan mengalami pengembaraan Shrek menyelamatkan Princess Fiona dari di culik oelah Lord (?) lebih kepada pengembaraan film pertama Shrek. Ia seperti menonton wayang 3D biasa dengan tambahan percikan air.


Madagascar, pengunjung menaiki boat dan melalui kapal yang terdampar di pantai. Semasa pengembaraan, pengunjung akan melalui karakter-karakter karton ini dengan pelbagai aksi. Agak lucu walaupun kurang sesuai untuk orang dewasa.




Dengan berbekalkan voucher SGD5 dari harga keseluruhan pakej RM168 yang dibeli di Matta Fair 2013, panda mengunjungi Malaysia Street di luar kawasan USS. Barulah Panda perasan Malaysia street hanya ada Malaysia Chinese Food sahaja. Hanya 2 kedai yang halal iaitu Nasi Brani dan Nasi Lemak. Lainya non-halal.  Tetapi di dalam kawasan USS ada juga gerai yang menawarkan makanan halal.


Secara keseluruhannya, USS ini tidaklah menarik seperti yang di gembar-gemburkan, Waktu tengahari sempat juga karakter-karakter Universal yang terkenal keluar untuk bergambar bersama pengunjung. Jika sanggup menunggu hingga ke petang, bolehlah menonton perarakan karater Universal Studio. Biasanya sekitar jam 5 petang.

Friday, January 17, 2014

Panda di Singapore - Esplanade Drive


Meninggalkan Orchard Road, Panda menaiki MRT dari Orchard Stesen menuju ke ke Bayfront dengan harapan ingin ke Garden By The Bay Singapore. Tetapi hasrat itu di tangguhkan, panda turun di  Raffles Place. Stesen ini berada di tengah-tengah pusat bandar Singapore city.








Dari Raffles Place Station, panda Collyer Quay menuju ke Marina Boulevard sambil menikmati pemandangan senja yang indah berlatarbelakangkan Marina Bay Sands yang menjadi mercutanda baru bagi Singapore. Rekaan bangunan yang unik dengan lanskap kapal di bumbung.





Kemudian panda menyusur Furllerton Road menuju ke icon Singapore, Merlion Park. Dengan ketinggian 8.6 meter dan 70 tan. ia menjadi tarikan utama. Ikan yang berkepala Singa ini menjadi tarikan ribuan pengungjung apabila ke Singapura.







Panda menyeberangi esplanade Drive menuju ke Esplanade Theater on the bay, bangunan yang mengambil inspirasi buah durian. Ia menjadi pusat kesenian Singapore. Pada masa kunjungan panda ini, ada India Culture Week, semperna sambutan Devalee. Sangat meriah kawasan ini.



Akibat kelaparan, panda singgah di Raffles city untuk menikmati Ebi Burger atau burger udang Mac Donald. Pertama kali panda menikmati burger ini ketika di Jepun. Hairan mengapa burger ini tiada di Malaysia. Walaupun panda telah di jemput oleh rakan dari SIngapore untuk makan malam bersama selepas itu....

Friday, January 10, 2014

Panda di Singapore - Orchard Road


Setelah kenyang mengisi perut di Bursha Cafe, Arab Street, Panda terus meneruskan penerokaan ke Orchard Road. Berjalan kaki melebihi 6 km dari Hotel di Jalan Klappa menuju ke Hard Rock Cafe Cuscaden Road.



Kami menggunakan North Bridge Road menuju ke Bugis Junction, lokasi membeli belah. Bangunan ini agak unik kerana ia adalah deretan kedai lama yang diberi nafas baru. Owning bagi melindungi laluan jalan kaki di antara kedai. Ia tidak ada bezanya dengan mall-mall yang ada. Barangnya pun hampir sama.


Panda melepasi CHIJMES, kompleks yang mengandungi gereja yang di jadikan dewan serbaguna, kafe  dan hotel. Bangunan ama ini unik, seperti berada di Eropah ketika di dalamnya. Pernah berfungsi sebagai Catholic convent selama 132 tahun sebelum ia berfungsi sebagai tempat beristerehat dan even.



Dari CHIJMES, kami memasuki Bras Basah Road dan Stamford Road melalui Singapore Management University (SMU) dan National Museum. Dari situ terus ke Fort Canning Road dan Orchard Road.







Orchard Road telah banyak berubah berbanding 7 tahun lepas. Hampir panda tidak mengenalinya lagi. Telah banyak perubahan yang dilakukan bagi memberi nafas baru kepada syurga membeli belah di Singapore ini. Bangunannya lebih futuristik jika di bandingkan dengan Sungai Wang di Kuala Lumpur. Kebanyakan outlet-outlet jenama hebat mempunyai saiz yang lebih luas. Panda juga tidak segan untuk memasuki butik Hermes, Prada ataupun Cartier walaupun sekadar membandingkan harga di antara Malaysia ataupun Paris.



Suasana di Orchard Road sangat meriah pada waktu malam. Terutamanya apabila tiba musim Qmas dan tahun Baru. Memandangkan jadual yang agak padat. Panda hanya seketika di sini tanpa membeli apa-apa. Harga barangan branded di Singapore tidak lagi kompetitif kerana kadar tukaran asing yang jauh lebih tinggi. Menyebabkan barang berjenama lebih murah di Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com