Morocco adalah di antara negara yang ingin panda lawati, tidak pasti bila akan menjejaki kaki ke sana, InsyaALLAH jika ada rezki tidak akan ke mana. Sebelum menjejak kaki ke sana apa kata kalau kita melawat-lawat sekitar Astaka Morocco di Putrajaya.
Astaka ini berada di dalam kawasan Taman Botani Putrajaya, berhampiran dengan Sea Food Restoren di tepi tasik. Untuk masuk ke sini perlu membeli tiket di Green House yang berhampiran, Panda pun tidak pasti apa nama tempat itu. Kunjungan ke sini hanya sekadar singgah seketika menghadiri satu program di Putrajaya.
Senibinanya sangat halus walaupun tidaklah bermutu tinggi. Telah terdapat banyak kerosakkan akibat pembuatan yang kurang bermutu. Kebanyakkan ukiran mengunnakan kapur bukannya batu-batu yang di pahat halus. Cuma berbaloi jika ke sini kerana boleh meningkatkan lagi ke inginan untuk ke Morocco ataupun Sepanyol.
seronok berkunjung ke sini... cantik senibinanya... rasa tenang pula lepak sekejap di situ....
ReplyDeletebiasa lalu jer kat taman botani tu tak pernah pun singgah dan tak tahu pun ada tempat cantik senibina dia kat dalam tu..nampak gayanya kena terjah lepas nie..thanks for sharing :)
ReplyDelete