7 Julai 2013 (ahad) sambil menikmati sarapan coco crunch, terasa sedih kerana ini hari terakhir kami bersama-sama. Panda menyertai Geng KL terus berada di Paris untuk sehari lagi, manakala yang lainya akan terus kembali ke London.
Tepat jam 1900, kami geng KL menaiki bas 101 ke Joinville le Pont,
manakala yang lain meninggalkan bumi Paris dengan bas Ferries. Panda mengambil
keputusan untuk bertemu dengan Khalid Fatih, kawan lama yang pernah panda kenal
di Malaysia sejak 13 tahun lepas. Sebelum ini semasa beliau datang ke Malaysia,
Panda membawa dia berjalan-jalan, kali ini giliran beliau pula membalas nya.
Setelah menghantar barang-barang ke rumah Khalid Fathy, kami
keluar menuju ke Concord dari metro Gare de Lyon, panda mengambil pass harian
untuk zon 1 dan zon 2, tiketnya berharga €6.40.
Stesen metro Concord berhampiran dengan oblique yang di hadiahkan oleh raja Mesir
kepada Perancis. Di ceritakan bahawa Raja Mesir telah menghadiahkan oblique tamadun Mesir kepada Perancis, England dan Turki. Oblique ini selari dengan Arch
of Trump.
Kami berjalan kaki ke Musee du Lourve untuk mengambil gambar piramid
kaca yang terdapat di depan muzium ini. Muzium ini pernah menjadi lokasi untuk
filem Da Vincci Code pertama.
Dari stesen metro Palais Royal Musee du Lurve kami ke Concord dan
menukar train ke Abbesses untuk mengunjungi Funiculaire de Montmartre. Sebuah
gereja khatolik Putih yang tersegam megah di puncak tertinggi kota Paris. Dari
gereja ini pengunjung boleh melihat hampir keseluruhan kota Paris.
Hari semakin lewat dan kami mula kelaparan, kami menuju ke La
Defense, di sini terdapatnya Grande Arche. Di sini juga adalah bandar moden
Paris. Semua bangunan kaca pelbagai bentuk dan terdapatnya pusat membeli belah
yang beroperasi pada hari Ahad, kecuali hypermarketnya. Sempat panda menikmati
Pasta Paris di sini.
kota paris memang indah arsitekturnya, pantaslah jadi kota fashion
ReplyDeletePanas ya? He..he..time summer..gitulah gamaknya..tp building mereka mmg unik2 kan?
ReplyDeletekami pi summer 2 tahun lepas tapi hujan...
ReplyDelete