Hari ke tiga, kami telah memilih pakej setengah hari ke Khai Island. pakej kali ini meliputi kepulauan Khai iaitu 3 pulau utama. Aktivitinya adalah berjemurdan snokerling. Sewala jam 7:30 pagi waktu tempatan kami telah di pickup oleh pemandu pelancung di hotel penginapan.
Perjalanan dari Patong Beach ke jeti Khai Island di bandar Phuket kira-kira sejam perjalanan. Tiba di jeti, pengunjung boleh menikmati kopi atau teh yang di sediakan sementara menunggu semua tetamu tiba dan menaiki bot.
Destinasi pertama adalah Pulau Nai, kira-kira 45 minit dari Phuket. Pantai yang sangat putih dan bersih. Air lautnya juga sangat jernih. ikan-ikan berada di kedalaman 1 kaki sahaja. menunggu pengungjung menjamu mereka.
Cuaca sangat panas, jadi digalakkan untuk menyewa payung-payung dan kerusi yang berwarna-warni dengan kadar B100. Di pulau ini tiada tempat berlindung percuma dari panas mentari.
Setelah sejam di Khai Nah, kami ke Khai Nul Island pula, pulau ke dua ini tidak lebih dari batu yang timbul di permukaan laut dan ada semak-samun di atasnya. Bot hanya berlabuh di unjang yang disediakan dan kami akan terjun ke laut untuk snokerling. Terdapat batu-batu karang yang telah mati di sini dengan banyaknya. Panda bernasib baik kerana dapat juga melihat ikan clown di celah-celah batu karang.
45 minit di Khai Nui kami ke Khai Nok pula, Khai Nok adalah pulau terbesar antara 3 pulau yang ada, keadaanya sama seperti di Khai Nai. Kami di sini di jamu dengan buah-buahan tempatan oleh pemandu pelancung kami. Selama sejam kami di sini untuk membakar kulit. Jam 11:30 pagi kami kembali ke jeti dan pulang ke hotel.
No comments:
Post a Comment