Hari genap 4 tahun panda berada di alam maya ini. Atau lebih tepat bergelumbang di bloger.com ini. Sebelum itu panda pernah menulis di blog ekawan.com dan juga di blog friendster.com. Apa dah jadi kepada kedua-dua micro blog tersebut. Sudah sebih 3 tahun tidak melawat mereka.
Sepanjang Ramdhan ini kegiatan utama bagi unit panda di letakkan adalah menyediakan agihan bubur lambur untuk 4,500 staff Malaysia Airlines meliputi di Support Zone KLIA, FMB KLIA dan 3 tempat di Subang.
Selain itu terdapat 4 program singgah sahur, panda hanya mampu mengikuti untuk 2 kali sahaja. Program bermula jam 23.30 dan tamat pada jam 03.30 hari berikutnya, mau tidur sepanjang hari berikutnya. Biasa ramadhan panda tidur selepas terawih dan bangun tepat jam 5 pagi. Itu amalan biasa. Bila jadual berubah. Kepala juga berpinar-pinar.
No comments:
Post a Comment