Monday, May 21, 2012

Krabi - Cerita 3


Hari ke 3 di Krabi, kali ini bagi mengurangkan keperitan kulit kesan bahang matahari pada hari sebelumnya, panda dengan rekemen dari jurujual pakej, panda telah memilih trip di darat pula. Kali ini menjelajah pakej penuh daratan, iaitu 4 dalam 1.


Pakej berharga Bath1,000 atau RM100, perjalanan bermula jam 8:30 pagi. Van Tour sampai tepat pada masanya di hotel, sesuatu yang patut di puji bila melancong di Thailand, varians kelewatan sekitar 10 minit sahaja. Pengalaman di Langkawi, varian masa yang adalah satu jam. Jauh bezanya kan? 


Lokasi pertama adalah Tiger Cave Temple, kuil yang di katakan paling terkenal di Krabi. Terdapat bebrapa pagoda yangsedang di bina dan ramai sami-sami di sini. Apa yang paling menarik adalah temple yang terletak di puncak gunung batu kapur.


Pengunjung perlu mendaki 1238 anak tangga yang tidak sama saiznya untuk tiba ke puncak. DI masa ini panda baru menyedari kepentingan menjaga stamina, masa yang di berikan kepada kami hanya satu jam, untuk menaikinya panda mengambil masa 45 minit.


Walaupun hampir separuh nyawa bila tiba di puncak, tetapi berbaloi-bali kerana pemandangannya sangat mengujakan. Luas hingga ke pulau Phi-phi jauhnya. Suasana yang damai dan tenang. hanya beberapa sami wanita sahaja yang bertafakur.


Di antara 10 orang yang menyertai kumpulan kami, hanya pasangan dari jepun, suami orang Dermak, pemuda dari Amsterdam dan seorang rakyat Malaysia yang sampai di atas. Juara adalah pasangan jepun tersebut. Yang paling akhir adalah pengungjung dari Malaysia iaitu panda yang gemuk.


Selepas berjaya melenjungkan baju dengan peluh, kami bergerak menuju ke Elephant Trakking pula. Lokasinya sekita 30 minit dari tiger cave temple tadi. Kami di bawa menunggang gajah sekitar 45 minit. Mengelilingi kebun buah-buahan dan ladang kelapa sawit. Suatu pengalaman yang mengujakan. Kami hampir terjatuh dari gajah. Panda bersama-sama dengan budak Belanda. Seronok bukan main lagi....

Selepas menikmati makan tengahari vegetarian (bagi panda sahaja) kami di bawa ke Emerald Pool yang berada di kawasan hutan simpan tempatan. Di awal waktu kami bayangkan ia sebuah air terjun ataupun jeram. Tapi angan-angan itu meleset kerana ia hanyalah sebuah kolam yang di gali. tetapi keunikannya adalah airnya sangat jernih dan berwarna hijau. Walaupun beratus orang mandi airnya sangat jernih. Tiada keladak.


Selepas habis mandi air sejuk, kami ke Hot Spring Waterfall pula, air terjun yang panas airnya. air terjun ini mengalir terus ke dalam sungai yang keruh. Ia berada di celahan pepohon yang menganjur ke sungai yang lebih besar. Terasa seperti mandi di jakuzi yang hangat. 



Pengalaman yang menarik bersama pasangan kekasih Denmark dengan anak perempuannya, pasangan dari London dan anak anak lelaki serta aweknya, pasangan jepun, panda serta budak Amsterdam yang baru habis sekolah menengah dan sedang mencari identiti dan hala tuju untuk ke universiti dengan mengembara selama 3 bulan. 

2 comments:

  1. rindunya kat krabi!!!

    Rayyan dulu buat overland dari msia up to bangkok...serious nak buat balik...

    ReplyDelete
  2. Was here way back in 2010 for my honeymoon. Serious rindu tempat nie!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com