Monday, May 21, 2012

Krabi - Cerita 3


Hari ke 3 di Krabi, kali ini bagi mengurangkan keperitan kulit kesan bahang matahari pada hari sebelumnya, panda dengan rekemen dari jurujual pakej, panda telah memilih trip di darat pula. Kali ini menjelajah pakej penuh daratan, iaitu 4 dalam 1.


Pakej berharga Bath1,000 atau RM100, perjalanan bermula jam 8:30 pagi. Van Tour sampai tepat pada masanya di hotel, sesuatu yang patut di puji bila melancong di Thailand, varians kelewatan sekitar 10 minit sahaja. Pengalaman di Langkawi, varian masa yang adalah satu jam. Jauh bezanya kan? 


Lokasi pertama adalah Tiger Cave Temple, kuil yang di katakan paling terkenal di Krabi. Terdapat bebrapa pagoda yangsedang di bina dan ramai sami-sami di sini. Apa yang paling menarik adalah temple yang terletak di puncak gunung batu kapur.


Pengunjung perlu mendaki 1238 anak tangga yang tidak sama saiznya untuk tiba ke puncak. DI masa ini panda baru menyedari kepentingan menjaga stamina, masa yang di berikan kepada kami hanya satu jam, untuk menaikinya panda mengambil masa 45 minit.


Walaupun hampir separuh nyawa bila tiba di puncak, tetapi berbaloi-bali kerana pemandangannya sangat mengujakan. Luas hingga ke pulau Phi-phi jauhnya. Suasana yang damai dan tenang. hanya beberapa sami wanita sahaja yang bertafakur.


Di antara 10 orang yang menyertai kumpulan kami, hanya pasangan dari jepun, suami orang Dermak, pemuda dari Amsterdam dan seorang rakyat Malaysia yang sampai di atas. Juara adalah pasangan jepun tersebut. Yang paling akhir adalah pengungjung dari Malaysia iaitu panda yang gemuk.


Selepas berjaya melenjungkan baju dengan peluh, kami bergerak menuju ke Elephant Trakking pula. Lokasinya sekita 30 minit dari tiger cave temple tadi. Kami di bawa menunggang gajah sekitar 45 minit. Mengelilingi kebun buah-buahan dan ladang kelapa sawit. Suatu pengalaman yang mengujakan. Kami hampir terjatuh dari gajah. Panda bersama-sama dengan budak Belanda. Seronok bukan main lagi....

Selepas menikmati makan tengahari vegetarian (bagi panda sahaja) kami di bawa ke Emerald Pool yang berada di kawasan hutan simpan tempatan. Di awal waktu kami bayangkan ia sebuah air terjun ataupun jeram. Tapi angan-angan itu meleset kerana ia hanyalah sebuah kolam yang di gali. tetapi keunikannya adalah airnya sangat jernih dan berwarna hijau. Walaupun beratus orang mandi airnya sangat jernih. Tiada keladak.


Selepas habis mandi air sejuk, kami ke Hot Spring Waterfall pula, air terjun yang panas airnya. air terjun ini mengalir terus ke dalam sungai yang keruh. Ia berada di celahan pepohon yang menganjur ke sungai yang lebih besar. Terasa seperti mandi di jakuzi yang hangat. 



Pengalaman yang menarik bersama pasangan kekasih Denmark dengan anak perempuannya, pasangan dari London dan anak anak lelaki serta aweknya, pasangan jepun, panda serta budak Amsterdam yang baru habis sekolah menengah dan sedang mencari identiti dan hala tuju untuk ke universiti dengan mengembara selama 3 bulan. 

Sunday, May 13, 2012

Krabi - Cerita 2


Hari 2 di Krabi, Panda menyertai pakej Phi Phi Island, seperti nasihat yang di berikan oleh jurujual pakej peancungan yang ada di sepanjang jalan di Ao Nang beach. Sebenarnya banyak pakej yang di tawarkan, dari separuh hingga sehari, dengan kadar yang berbeza beza, di atas kebijaksanaan pelanggan untuk mendapatkan harga terbaik.


Pakej yang di tawarkan adalah seperti Phi Phi Islands by speed boat (B1,800), 4 Islands by speed boat  or longtail boat (B1,200), Hong Island by speed boat  or longtail boat (B1,500). Pakej biasanya bermula jam 8 pagi sehingga jam 1500 ataupun 1600 petang.


Jika memilih untuk menaiki speed boat, anda akan berkongsi dengan 35-40 orang, Longtail boat sekitar 10 orang sahaja. Tetapi ia akan memberikan pengalaman yang berbeza. Memandangkan Mei adalah berakhirnya musim puncak bagi Krabi, maka harga pakej telah di turunkan sehingga 40%. Panda hanya perlu mebayar B1,000 untuk pakej Phi Phi Island by Speed Boat termasuk makan dan kudapan.


Suka di ingatkan, jika menyertai pakej laut atau pulau, janganlah memakai pakaian untuk ke Mall, kerana awal-awal lagi anda akan basah. Kami menaiki boat dari pantai Ao Nang dan kumpulan yang panda sertai seramai 35 orang yang terdiri daripada pelbagai negara. 


Pelancung dari Malaysia, seramai 9 orang, panda menyertai kumpulan mereka yang datang dari Perlis, seronok tengok golongan muda yang mengadakan reunion di luar negara. mereka terdiri dari sekolah yang sama 8 tahun lepas.


Sebelum meneruskan perjalanan ke laut lepas, kami juga di bawa ke Centara  Grand Beach Resort Samui dan Railay Village Resort and Spa untuk mengambil penumpang. Kedua-dua resort ini terpisah dengan jalan utama, penginap akan di bawa menggunakan jalan laut untuk ke sini. Lebih kepada pantai persendirian.

 

Perjalanan di mulakan ke Hin Klang, lokasi ini berhampiran dengan mosquito island dan kami berpeluang untuk snorkeling di laut terbuka. Sangat menarik setelah lebig 4 tahun tidak snorkelling di laut terbuka dan melihat  batu karang.


Air di sini sangat jernih hingga boleh di lhat batu karang yang sudah mati itu, ikan-ikannya masih banyak dan berwarna-warni. Kami berada di sini sekitar 45 minit sahaja.



 Ini adalah pemandu pelancung kami, namanya Mohd Alip, seorang Muslim. Jadi jangan bimbang, kebanyakan pelancungan air di sini di pelopor oleh muslim. Makanannya pun halal.


Selepas ber snorkelling, kami di bawa pula ke Phi Phi Lay, di sini kami singgah di Viking Cave, tempat perteduhan pelayar ketika musim terkujuh dan sekarang menjadi tempat memungut sarang burung layang-layang laut. Dari situ kami ke Losamah Bay dan Pileh Bay yang sangat mempersonakan dan cantik.

Pileh Bay....

 Ala-ala Titanic... Pelancung dari Potugal...



Selepas bergambar di Pileh Bay, kami sekali lagi bergerak ke pantai yang sangat popular dan pernah di jadikan lokasi pergambaran bagi filem Hollywood iaitu Maya Bay. Filem lakonan Leonardo Caprio di dalam filem 'Beach". 



 Maya bay
  Phi Phi Don

Setelah 40 minit di Maya Bay, kami ke Phi Phi Don untuk menikmati makan tengahari. Di Pi-phi Don terdapat beberapa hotel dan Resort. Kedai-kedai juga banyak di sini.

Bamboo Island


Terakhir kami di bawa ke Bamboo Island, pulau pasir yang putih pasirnya. Berehat seketika sebelum pulang ke tanah besar. Sebelum penutup, kami di jamu dengan buah-buahan tempatan.


Kami sampai di tanah besar sekitar jam 1630, Panda berjaya mentanned kan kulit sepanjang hari. Seronok apabila lama meninggalkan laut. Seperti kembali ke asal sahaja.

Posing biasa yang mesti buat bila mengembara. Kali ini lebih ramai dan meriah:-)

Sunday, May 6, 2012

Krabi - cerita 1


Setelah lebih setahun membeli tiket Airasia, akhirnya AK804 dari LCCT berjaya juga panda naiki. Penerbangan pada jam 1315 waktu Malaysia pada 29 April 2012 berjaya tiba lebih awal di Krabi. AK804 selamat mendarat pada jam 1335 waktu tempatan. Penerbangan ini biasanya mengambil masa 1 jam 30 minit.


Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Panda menaiki shuttle bas dengan kadar B150 sahaja atau RM15. Pada waktu ini, RM1-Bath10. Perjalanan dari Lapangan Terbang Krabi ke Ao Nang Beach mengambil masa hampir 1 jam. Bas ini akan melalui bandar Krabi. 


Panda telah menempah J-Hotel daripada Booking.com sebagai tempat beradu sepanjang tempoh 4 hari 3 malam sepanjang panda berada di Ao Nang Beach Krabi ini. Cajnya adalah sekitar RM190 untuk 3 malam. Biliknya sangat luas dan selesa.



Setelah melepaskan penat, bagi mengisi perut yang mula lapar, panda bersiar-siar di sekitar Ao Nang Beach. Lokasi hotel yang berada di tengah pekan Ao Nang memang Strategik. Di sini penduduk Muslim mewakili 40% dari penduduknya. Jadi untuk mendapatkan makanan halal sangatlah mudah.


Ketika jalan-jalan cari makan tersebut, Panda sempat terserampak dengan blogger kaki Berangan, agak erkasima kerana masing-masing memandang seperti "macam pernah ketemu ya... tapi di mana?", Sempatlah juga kami berposing bersama sebelum masing-masing meneruskan perjalanan masing-masing. Selepas ini pembaca boleh juga membaca entri Kaki Berangan di Blog nya.


Selepas dapat menikmati Phat Thai, panda mencari pakej perjalanan untukm ke tempat-tempat menarik di sekitar Krabi. Memandangkan waktu ini (akhir April) sudah berada di penghujung musim pelancung Eropah, harga pakej sudah mula rendah. Ikuti sambungan di entri akan datang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com