From 2012-02-10 istanbul |
Pemandangan jeti Eminonu Helic iskelesi
5 Februari 2012 (Ahad), hari kedua di Kota Indah Istanbul. Cahaya Matahari bersinar terang, jam 9:30 pagi kami menuju ke stesen tram (lebih modern macam lrt di Kuala Lumpur, cuma berada di atas jalanraya).
Galata Tower |
From 2012-02-10 istanbul |
Jambatan Bagazici
Sesuatu yang menarik di kota ini, kereta di sekitar Istanbul sangat-sangat kurang, dan pengangkutan awamnya sangat murah, untuk tram adalah TYL2 untuk mana-mana hala bagi sekali masuk.
From 2012-02-10 istanbul |
Modern Istanbul
Dari Sultanahmed station, kami menuju ke Eminonu station, kira-kira 3 station dari Sultanahmed, perjalanan 10 minit. Menyeberangi laluan bawah tanah kami ke Eminonu Peir untuk mendapatkan perkhidmatan Bophorus cruise. Terdapat banyak feri yang menyediakan perkhidmatan menjelajah selat Bosphorus ini. Caj yang di kenakan di antara TYL10 hinggalah TYL250. Bergantung kepada servis dan kemampuan tawar menawar. Jika inginkan tambang TYL10, ia ada di depan mata, perjalanannya mengikut jadual yang ditetapkan.
From 2012-02-10 istanbul |
Panda telah memilih pelayaran yang berharga TYL40 untuk tiga orang kerana tidak perlu menunggu lama, setelah membayar, kami dibawa masuk ke dalam van dan di biarkan menunggu 15 minit lagi. Kemudian kami dibawa ke Eminonu Helic iskelesi di sebelah sana jambatan Galata. Feri yang disediakan adalah lebih kecil berbanding feri yang berharga TYL10. Jadi penumpang mempunyai 360 darjah pemandangan. Cuma goyangannya agak kuat.
From 2012-02-10 istanbul |
Dolmabahce Palace
Pelayaran mengambil masa 2 jam bermula dari Eminonu melintasi jambatan Galata yang terkenal sebagai tempat memancing di Istanbul, melepasi Golden Horn ke Jambatan Bogazici dan ke Jambatan Fateh Sultan Mehmet dan membuat pusingan U menuju ke Istenbul sebelah Asia. Dari situ terus menyusur pantai Asia hingga ke Maiden Tower sebelum kembali ke Eropah.
From 2012-02-10 istanbul |
Jambatan Fateh Sultan Mahmet
Di sepanjang perjalanan, penumpang boleh menikmati keindahan Istanbul dari sebelah Eropah dan Asia, di mana menara-menara Masjid menghiasi sepanjang lanskapnya. Juga Istana-istana lama yang dibena indah seperti Dolmabahce dan Beylerbeyi Palaces, Ottoman summer mansions dan Ortakoy mosque (di tutup kerana kerja-kerja pemulihan) , kota pertahanan Rumeli Fortress and Bosphorus Bridge – salah satu jambatan gantung terpanjang di dunia, sepanjang perjalanan juga kita boleh melihat dan dilepasi oleh bot-bot nelayan, kapal-kapal dagang dan juga kapal minyak.
From 2012-02-10 istanbul |
From Collages |
Rumeli Fortress
From Collages |
Asia Istanbul
From 2012-02-10 istanbul |
Maiden Tower
Suasana yang nyaman dan sejuk ini memberikan pengalaman yang indah. Jika nak buat filem romantik memang amat sesuai. Panda juga sempat berkenalan dengan pelajar Universiti dari Tehran dan bersembang dengan pelajar Malaysia di Mesir walaupun mereka berlagak ‘best’ jer. Nowadays Malaysians are everywhere….
Fuyoooo....atk brenti berjalan ni!
ReplyDeletegood info for us..thanks bro
ReplyDelete