Monday, February 27, 2012

Istanbul Aku Datang-modern Istanbul

From 2012-02-10 istanbul

Setelah merentasi Selat Bosporus, kami menaiki bas dari stesen bas Eminonu yang tidak jauh dari terminal ferri. dari sini kami menaiki bas ke Taksim dengan bayaran TYL4 sekali naik. Perjalanan dari stesen bas tersebut ke Taksim Square hanya sekitar 20 minit.
From 2012-02-10 istanbul

Taksim Square adalah dataran bulat bersama bolavard yang panjang. di sininya terdapat kedai-kedai berjenama tempatan yang menawarkan harga yang sanat berpatutan. oleh kerana waktu ni sudah berada di akhir musim sejuk dan di awal musim bunga, banyak premis pakaian menawarkan diskaun yang sangat menarik bagi pakaian musim sejuk.
From 2012-02-10 istanbul

From 2012-02-10 istanbul

Di hujung bolavard taksim ini terdapat terowong keretapi (walaupun lebih mirip tram lama menaiki bukit bendera) bawah tanah. Ia adalah tram bawah anah kedua di dunia setelah dibina di London. Ia dibena akhir abad ke 18. Terdapat dua tram bawah tanah iaitu Hacıosman-4.Levent-Taksim-Yenikapı subway line yang menuju ke Istanbul Metro. The İstiklal Avenue-Tünel nostalgic tramjuga bermula di Taksim.
From 2012-02-10 istanbul

Sepanjang jambatan Galata juga meriah dengan pemancing yang memenuhi kiri dan kanan jambatan. Di tebing sungai meriah dengan gerai-gerai makanan yang menawarkan roti sandwics ikan yang sangat enak rasanya. Bergitu juga dengan air buah yang berharga TYL4 segelas. Airnya agak enak dengan kepekatan dan kepahitan rasa buah delima segar.

From 2012-02-10 istanbul


From 2012-02-10 istanbul

Setelah menggunakan tram dengan harga tiket TYL3 untuk perjalanan kurang 400 meter dan 5 minit, kami keluar dari tram bawah tanah karakoy terus dan menuju kepinggiran selat Bosporus. Melalui jambatan Galata dan menyeberangi Selat Galata ke Masjid Baru Yeni (Yemi New Mosque). Di sebelahnya terdapat Spice Bazaar  dan juga makan diraja Hatice Turhan Valide Sultan Turbesi.  

From Collages


From Collages

Setelah menikmati makan malam, kami berpecah. Panda berjalan kaki mengikuti jalan tram kembali ke Sultanahmed dan yang lainnya ke Hodjapahsa untuk menonton Sufi Dance.

Monday, February 20, 2012

Istanbul Aku Datang - Bosphorus Cruise


From 2012-02-10 istanbul
Pemandangan jeti Eminonu Helic iskelesi


5 Februari 2012 (Ahad), hari kedua di Kota Indah Istanbul. Cahaya Matahari bersinar terang, jam 9:30 pagi kami menuju ke stesen tram (lebih modern macam lrt di Kuala Lumpur, cuma berada di atas jalanraya). 

Galata Tower

From 2012-02-10 istanbul
Jambatan Bagazici 

Sesuatu yang menarik di kota ini, kereta di sekitar Istanbul sangat-sangat kurang, dan pengangkutan awamnya sangat murah, untuk tram adalah TYL2 untuk mana-mana hala bagi sekali masuk. 
From 2012-02-10 istanbul
Modern Istanbul

Dari Sultanahmed station, kami menuju ke Eminonu station, kira-kira 3 station dari Sultanahmed, perjalanan 10 minit. Menyeberangi laluan bawah tanah kami ke  Eminonu Peir untuk mendapatkan perkhidmatan Bophorus cruise. Terdapat banyak feri yang menyediakan perkhidmatan menjelajah selat Bosphorus ini. Caj yang di kenakan di antara TYL10 hinggalah TYL250. Bergantung kepada servis dan kemampuan tawar menawar. Jika inginkan tambang TYL10, ia ada di depan mata,  perjalanannya mengikut jadual yang ditetapkan.

From 2012-02-10 istanbul

Panda telah memilih pelayaran yang berharga TYL40 untuk tiga orang kerana tidak perlu menunggu lama, setelah membayar, kami dibawa masuk ke dalam van dan di biarkan menunggu 15 minit lagi. Kemudian kami dibawa ke Eminonu Helic iskelesi di sebelah sana jambatan Galata. Feri yang disediakan adalah lebih kecil berbanding feri yang berharga TYL10. Jadi penumpang mempunyai 360 darjah pemandangan. Cuma goyangannya agak kuat.

From 2012-02-10 istanbul
Dolmabahce Palace

Pelayaran mengambil masa 2 jam bermula dari Eminonu melintasi jambatan Galata yang terkenal sebagai tempat memancing di Istanbul, melepasi Golden Horn ke  Jambatan Bogazici  dan ke Jambatan Fateh Sultan Mehmet dan membuat pusingan U menuju ke Istenbul sebelah Asia. Dari situ terus menyusur pantai Asia hingga ke Maiden Tower sebelum kembali ke Eropah.

From 2012-02-10 istanbul
Jambatan Fateh Sultan Mahmet 

Di sepanjang perjalanan, penumpang boleh menikmati keindahan Istanbul dari sebelah Eropah dan Asia, di mana menara-menara Masjid  menghiasi sepanjang lanskapnya. Juga Istana-istana lama yang dibena indah seperti Dolmabahce dan Beylerbeyi Palaces, Ottoman summer mansions dan Ortakoy mosque (di tutup kerana kerja-kerja pemulihan) , kota pertahanan Rumeli Fortress and Bosphorus Bridge – salah satu jambatan gantung terpanjang di dunia, sepanjang perjalanan juga kita boleh melihat dan dilepasi oleh bot-bot nelayan, kapal-kapal dagang dan juga kapal minyak.

From 2012-02-10 istanbul

From Collages
Rumeli Fortress

From Collages
Asia Istanbul

From 2012-02-10 istanbul
Maiden Tower

Suasana yang nyaman dan sejuk ini memberikan pengalaman yang indah. Jika nak buat filem romantik memang amat sesuai. Panda juga sempat berkenalan dengan pelajar Universiti dari Tehran dan bersembang dengan pelajar Malaysia di Mesir walaupun mereka berlagak ‘best’ jer. Nowadays Malaysians are everywhere….

Friday, February 17, 2012

Istanbul Aku Datang....


From 2012-02-10 istanbul

Rabu 1 Februari 2012, setelah cuti terancang panda di luluskan oleh pegawai atasan, tanpa membuang masa panda telah ke terminal Skypark Subang untuk membeli tiket ke Istanbul Turki. Penerbangan dijadualkan pada jam 12:30 pagi 4 Februari 2012 dan pulang pada 8 Februari 2012 jam 1500 waktu Istanbul. Perjalanan udara sekitar 11 jam 50 minit.
From Collages

Kami tiba 3 minit sebelum jam 0600 waktu Istanbul dengan kesejukan awal musim bunga. Masih kelihatan salji yang membeku di sekitar landasan lapangan terbang Artaturk. Ini amat mengujakan kami yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Eropah. Suasana sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam.

Kami di sambut oleh shuttle penerbangan yang di tempah dari hotel penginapan kami iaitu Hotel Mitanni di Sultanahmet Istanbul. Caj yang dikenakan adalah 30/perjalanan. Sekiranya ramai lagi murah. Ini adalah hotel yang ke 2 termurah yang kami tempah dari booking.com. Kadar yang dikenakan adalah 116 untuk 4 malam untuk 3 katil. Perjalanan dari lapangan terbang antarabangsa Artartuk hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
From 2012-02-10 istanbul

Agenda hari pertama adalah menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Sultanahmet iaitu Blue mosque, aya Sofia, tokapi palace dan Grand bazaar. Lokasi ke empat- empat tarikan utama ini berada sebelah menyebelah sahaja. Kami hanya meninjau Dan mengambil gambar sahaja kerana kami tidak mempunyai Turkey Lira (TYL) untuk membeli tiket masuk ke tempat-tempat bersejarah ini. Kadar yang dikenakan ke muzium adalah TYL20 (TYL1=RM1.80).

From Collages

Obelisk
 of Theodosius


Di dataran acqerlic, akan ada pemuda-pemuda yang menjual buku-buku mengenai istanbul dan tempat-tempat menarik. Biasanya tiada harga tetap yang dikenakan. Katana derma sekitar 5 ataupun TYL10, bergantung dengan kepakaran tawar menawar yang ada. Jadi jangan tergoda dengan kekacakan mereka.

From 2012-02-10 istanbul

Di Blue Mosque kami sempat bermain salji di dataran Masjid. Senibina yang lebih 500 tahun ini amat menakjubkan. Dan ia masih seperti keadaan asalnya seperti awal pembinaannya. Masuk adalah percuma. Sekiranya ingin menunaikan solat di Istanbul, sila sediakan tuala kecil untuk mengesat kaki kerana tempat wuduknya berada diluar masjid (melalui pemerhatian panda di kebanyakan masjid utama). Tambahan pula sekiranya mengungjungi di musim sejuk. Nasihat ini untuk pengungjung yang memakai kasut. Plastik di sediakan di pintu masuk Masjid kerana kasut akan dibawa bersama-sama ketika solat. Pintu masuk pelawat adalah diasingkan dari pintu masuk orang bersolat. Jika tidak bersolat, kunjungilah masjid-masjid ini diluar waktu solat. Kebanyakan masjid-masjid di Istanbul telah melebihi 400 tahun Dan mempunyai nilai sejarah tersendiri.
Setelah singgah di Masjid Biru, kami sempat melalui dataran acqerlic, Anya sofia, muzium arkelogi, Istana tokapi. Kami mengambil kesempatan untuk singgah mengambil gambar sahaja.
AyaSohya

Dari Istana Tokapi, kami ke Grand Bazaar. Tujuan utama adalah untuk menukar matawang ke TYL dan mengisi perut yang mula berbunyi. Pengungjung juga dinasihatan membawa matawang euro kerana ia adalah matawang kedua di Istanbul selepas TYL. Kadar tukaran adalah 1 =TYL2.28 atau $1=TYL1.72. Pengungjung juga dinasihatan membuat per tukaran di sekitar Grand Bazaar kerana tukarannya lebih menarik berbanding di tempat lain di Sultanahmet. Harga makanan di Istanbul juga lebih rendah berbanding Dubai atau Perth. Di sini anda boleh menikmati kebab dengan harga serendah TYL4. Kebab ini akan membuatkan anda kenyang sampai petang.

From Collages
Grand bazaar adalah bazaar tertutup yang terbesar di Istanbul dan berusia lebih ratusan tahun. Disini anda boleh mendapatkan segala jenis cenderamata tempatan ataupun buatan China. Dari fabrik, barangan kristal, karpet, dan juga barangan kemas. Sila but semakan harga kerana kebanyakan gerai tidak mempunyai tanda harga dan keupayaan tawar menawar adalah penting. Tetapi disini tidaklah seperti di China yang boleh di tawar harga sehingga 70%. Kerana harganya ada had-had tertentu. Pastikan ada bertanya samada barangan tersebut buatan Turkey ataupun China. Kerana perbezaan harga dan kualiti sangat berbeza.

From Collages

Selepas seharian di Grand Bazaar, aku singgah solat di Suleymaniye Camii (Masjid Sulaiman) yang berada bersebelah Universiti Istanbul Kampus Beyazit.
From Collages
Di pintu depan Universiti ini terdapat pula Masjid Bayazid III yang di bina pada 1500-1505. Kami tidak berpeluang untuk masuk ke Universiti kerana waktu telah hampir Maghrib.
From 2012-02-10 istanbul
Istanbul University

Jadi kami kembali ke Blue Mosque untuk menikmati waktu senja di Istanbul, solat jamak Magrib di Masjid Firuz Aga 1491 dan kembali ke hotel. 

Saturday, February 11, 2012

Selamatkan Tunku Abdul Rahman Marine Park


Bersemperna cuti Tahun Baru China yang lalu (21-28 Februari 2012), Panda memdapat peluang untuk ke Sabah. Kunjungan kali ini kami telah ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu.


Taman Laut Tunku Abdul Rahman mengandungi lima buah pulau dan terletak 20 minit dari Kota Kinabalu, Keluasannya 4,929 hektar dan 2/3 adalah laut.


*Lima buah pulau indah yang terdapat di sini iaitu Manukan, Mamutik, Sulug, Gaya dan Sapi mempunyai pantai yang putih bersih dan perairan dipenuhi pelbagai jenis ikan dan terumbu karang. Namun antara kelima-lima buah pulau, hanya tiga pulau sahaja yang popular sebagai tempat pelancongan, iaitu Manukan, Gaya dan Sapi.




Kami telah memilih untuk ke tiga pulau iaitu Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi. Caj yang dikenakan adalah RM43 bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. sekiranya 4 Pulau caj yang dikenakan hanyalah berbeza RM10. Caj lain adalah aj terminal RM7 dan juga caj masuk ke taman laut RM5. Sewa gogle dan jaket keselamatan RM20 dari pengusaha bot.


Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan bot laju dari jeti Jelselton (terminal Feri Kota Kinabalu) berhampiran dengan pusat membeli belah yag terkini iaitu Suria Sabah.


Pengungjung yang berminat juga boleh tinggal bermalam di sini kerana perkhidmatan penginapan juga ada. Setiap pulau ada restoren yang tersendiri dengan harga yang berganda dari tanah besar. Pakej yang merangkumi buffet juga di sediakan. Boleh rujuk dengan kaunter ketika membeli tiket.


Pantai-pantai di puau ini masih cantik dan bersih, walaupun boleh di lihat hakisan di sana-sini dan explorasi manusia yang ramai. Kesemua pulau yang di kunjungi panda di penuhi dengan manusia. Tetapi sangat malang, kerana pulau-pulau ini tidak lagi mempunyai batu karang yang hidup kecuali puing-puing batu yang mati dan beberapa ekor ikan yng boleh dibilang adanya ketika ber snokerlling.


Sekiranya dasar komersial terus dilaksanakan, pulau-pulau ini hanyalah pulau biasa yang tiada lagi keindahan batu karangnya. Sesuatu perlu dilaksanakan dalam menjamin keberterusan kehidupan marin di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com