20 Oktober 2011 Khamis - Penerbangan AirAsia X D72714 selamat meninggalkan terminal tambang murah (LCCT) tepat jam 2350hrs. Syukur AlhamdulLILLAH, tiket yang dibeli berharga RM529 (termasuk caj dan cukai) seorang sejak 16 November 2010 yang lalu selamat disempurnakan.
Panda amat teruja dengan kunjungan kali ini kerana ini kali pertama panda ke negara yang majoritinya golongan berkulit putih dan kali pertama keluar dari benua Asia. Kali kedua bagi panda menggunakan AirsAsia X selepas ke Kolkatta Jun 2011 lalu.
Kami selamat tiba ke Terminal Antarabangsa Perth jam 0650, laluan immigration tidaklah terlalu sukar berbanding India, cuma Australia amat menitik berat apa yang di bawa masuk ke dalam negara mereka. Makanan, tumbuhan, biji-bijian dan haiwan amatlah di kawal. Tetapi mereka memberikan layanan yang sangat baik.
Northbridge City Center
Dari Lapangan Terbang, kami menggunakan perkhidmatan shuttle CONNECT yang berwarna oren, perkhidmatan ini berada diluar pintu masuk ketibaan. Caj yang dikenakan adalah sekitar AUD16 hingga AUD18 bergantung kepada lokasi yang di tuju. Panda telah memilih
Ozi Inn backpacker yang terletak di Newcastle Street, Northbridge, kadar yang dikenakan adalah AUD30 seorang semalam (bilik berkongsi dua orang). Untuk makluman kadar AUD1 bersamaan RM3.24 pada waktu ini.
Selepas daftar masuk, agenda pertama kami adalah mengisi perut yang kosong, kami telah memilih makanan turki yang telah lupa namanya dengan harga AUD10, air mineral atau minuman ringan adalah AUD3.50 sebotol 500ml. Harga makanan di sini adalah sekitar AUD10-AUD15 sepinggan walaupun apa jenis makanan termasuk Nandos. Nandos di Australia adalah di tanggung HALAL oleh Masjid Perth.
Kami berjalan kaki dari hostel merentasi pusat bandar Perth dan terus menuju ke Barrack Square di mana adanya Bell Tower yang menjadi mercutanda bandaraya Perth. Disini terdapatnya perkhidmatan feri untuk menikmati keindahan Sungai Swan atau lebih di kenali sebagai Captain Cook Cruises. Kadarnya berbeza-beza mengikut penyedia perkhidmatan.
Perth Tram and Bus Tower (hop-on-hop-off) yang membawa pelancung mengelilingi Perth, USD30 untuk 2 hari, tetapi kami tidak menggunakan kemudahan ini kerana semua tempat yang di lalui boleh menggunakan kaki sendiri. Tambahan pula Perth mempunyai kemudahan bas secara percuma yag di beri nama CAT bus.
Sea Gull sangat banyak di sini mengatasi burung merpati. Begitu juga burung-burung lain yang wataknya ada di dalam filem Finding Nemo. Tiada siapa yang memperdulikan burung-burung ini. Cuma burung ini sahaja yang suka mengganggu orang yang sedang makan.
Riverside
Kami menyusuri sepanjang Sungai Swan untuk ke Kings Park. Walaupun agak jauh tetapi berbaloi. Suhu Perth yang berada sekitar 22C amat sesuai untuk aktiviti luar.
Narrows Bridge
Garden
view from Jacob's Ladder
Kings Park yang berkeluasan 4.06 km persegi berada di barat Perth. Di sini terdapat pepohon yang sangat indah dan besar. Ia juga menjadi tumpuan warga kota berehat.
Ini adalah bunga-bunga liar yang terdapat di King's Park. Banyak tumbuh diceruman-ceruman bukit di sekitar taman dan juga di tepi jalan raya.
Di Kings park juga terdapat banyak tugu-tugu peringatan seperti tungu pengeboman Bali, Tugu pejuang ketika perang dunia kedua. Tanah Melayu dan Borneo juga ada terpahat di sini.
State War memorial
Point Belches dari Mount Eliza Rifle Range
view Captain Cook Cruise from Mount Eliza Rifle Range
Perth City from State War Memorial
Habis seharian di Bandar Perth sahaja. Lokasi perjalanan sekitar peta dibawah sahaja untuk hari pertama. Kedai-kedai di Perth pada hari Jumaat di tutup sekitar jam 6 petang. Selepas tempoh itu, Perth lengang seperti di langgar garuda.
banyak info dan tips berguna. thanks!
ReplyDelete