Monday, October 31, 2011

Perth 4 hari 4 malam - Fremantle


From fremantle
Hari kedua di bumi Perth, 22 Oktober 2011 (Sabtu) hari kelepasan am di Australia. Kami keluar seawal jam 7:30 pagi, suasana amat terang, seumpama jam 9.00 pagi di Semenanjung Malaysia. Waktu ini adalah pertengahan musim bunga, suhu diantara 16-22 C sangat sesuai untuk aktiviti luar.

From Screen Captures
Kami menggunakan perkhidmatan MRT dari Perth menuju Fremantle. Fremantle adalah bandah pelabuhan  bagi wilayah Australia Barat. KOs yang dikenakan untuk MRT adalah AUD9.30 untuk sekeluarga (maximum 7 orang*) kemana-mana hala bagi perkhidmatan TransPerth (Bas dan MRT) sehari. Bagi hari bekerja, tiket keluarga ini boleh di sapati selepas waktu puncak iaitu jam 9.00 pagi. Sebelum waktu itu, harga penuh perlu di bayar mengikut zon dengan minima AUD2.80 bagi zon 1 untuk kegunaan selama 2 jam sahaja. Sekiranya anda berkumpulan, di nasihati menggunakan tiket berkumpulan ini. Lebih menjimatkan.
From Collages
Perjalanan dari Perth ke Flamantle memakan masa 25 minit, kami tiba di Fremantle Raiway Station yang berada di pinggir laut. Cantik dan klasik sekali binaan stesen keretapi ini.
From Collages
Dari stesen keretapi kami melalui Market Street dan South Tce untuk menuju ke Flemantle Market, pasar yang di buka pada hujung minggu sahaja. Di Perth kebanyakan pasarnya di buka hujung minggu dan pasaraya besarnya tidak beroperasi pada hari Ahad.

From Collages

Flemantle Market ini menjual pelbagai barangan basah, makanan dan juga cederamata. Majoriti perniaga di sini adalah dari Asia. Seperti di Malaysia juga. Buah-buahannya memang mengujakan. Apple cuma berharga AUD2.90 untuk sekilo. Rasanya sangat sedap. Anggur tiada di Perth kerana tiada musimnya lagi.

From Collages
Flemantle Market


From Collages
Flemantle Market

From Collages

Selepas menikmati pai halal yang berharga AUD4.00 dan sangat sedap, kami melalui Parry Street menuju ke Fremantle Oval, iaitu stadium yang berbentuk bujur bersebelahan dengan Flemantle Prison yang terkenal dengan horror visit pakej nya. Caj untuk lawatan ke penjara ini adalah AUD25. Panda hanya mengambil gambar di luar sahaja.

From Collages

Kami terus menjelajah hingga ke Queen Street, Adelaide Street dan Philipmore Street. Jalan-jalan ini adalah jalan membeli belah dengan menawarkan pelbagai jenama tempatan. Satu lagi yang menari di sini, ramai warga tempatannya boleh bertutur bahasa Melayu/Indonesia. Termasuklah Mat Sallehnya.

From Collages

Kami terus menuju ke Eshed Markets. Pasar ini adalah pasar tetap yang menawarkan cenderamata berimej Australia buatan China. Pengunjung di nasihatkan untuk membeli belah cenderamata di sini kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Perth ataupun Mandurah. Anda akan menyesal jika tidak membeli belah di sini.

From Collages

Selepas menghabiskan beberapa puluh AUD, kami ke Western Australia Maritime Museum yang berada di Peter Hughes Drive. Bayaranya sekitar AUD20 tetapi ada bahagian yang percuma. Terdapat juga kapal selam untuk di masukki di sini dengan kadar bayaran yang berbeza.

From Collages
Dari Western Australia Maritime Museum, Panda menyusur pantai  melalui Bathers Bay atau Authur Head Reserve untuk melalui terowong lama yang dijadikan pelabuhan menangkapan ikan paus pada waktu dahulu. Di situ juga terdapat Round House di puncak bukit batu kapor tersebut.

From Collages
Dari Round House, kami menyusuri laluan keretapi ke Mews street untuk menikmati Fish n Chips yang terkenal di Australia. Kami memilih Kailish Fish Market Cafe. Melalui rujukan perniaga tempatan yang mengatakan ini satu-satunya yang halal di Fremantle. 

From fremantle
Harganya AUD15, aiskrim di sini juga sedap, AUD6 untuk dua scope. Sedap! Tetapi di sini tiada cili sos. Fish n Chips di makan dengan cuka apple ataupun serbuk garam perisa Ayam. Patah selera.

From Collages

Hujan membasahi bumi Fremantle menyebabkan kami mengambil keputusan untuk terus pulang. Fremantle amat unik dengan binaan bangunannya yang klasik. Terdapat sebuah universiti di sini, University Notre Dame yang anda pasti tidak perasan kewujudannya. kerana ia tidak berpagar dan berada dalam bandar Fremantle itu sendiri. Bagi Malaysia, anda akan berada berada di Malaysia kerana ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Indonesia atau Melayu baku. Sangat Klasik.

Saturday, October 29, 2011

Perth - 4 hari 4 malam


From blog
20 Oktober 2011 Khamis - Penerbangan AirAsia X D72714 selamat meninggalkan terminal tambang murah (LCCT) tepat jam 2350hrs.  Syukur AlhamdulLILLAH, tiket yang dibeli berharga RM529 (termasuk caj dan cukai) seorang sejak 16 November 2010 yang lalu selamat disempurnakan.

From blog
Panda amat teruja dengan kunjungan kali ini kerana ini kali pertama panda ke negara yang majoritinya golongan berkulit putih dan kali pertama keluar dari benua Asia. Kali kedua bagi panda menggunakan AirsAsia X selepas ke Kolkatta Jun 2011 lalu.

From blog
Kami selamat tiba ke Terminal Antarabangsa Perth jam 0650, laluan immigration tidaklah terlalu sukar berbanding India, cuma Australia amat menitik berat apa yang di bawa masuk ke dalam negara mereka. Makanan, tumbuhan, biji-bijian dan haiwan amatlah di kawal. Tetapi mereka memberikan layanan yang sangat baik.

From Collages
Northbridge City Center

Dari Lapangan Terbang, kami menggunakan perkhidmatan shuttle CONNECT yang berwarna oren, perkhidmatan ini berada diluar pintu masuk ketibaan. Caj yang dikenakan adalah sekitar AUD16 hingga AUD18 bergantung kepada lokasi yang di tuju. Panda telah memilih Ozi Inn backpacker yang terletak di  Newcastle Street, Northbridge, kadar yang dikenakan adalah AUD30 seorang semalam (bilik berkongsi dua orang). Untuk makluman kadar AUD1 bersamaan RM3.24 pada waktu ini.

From Collages
Selepas daftar masuk, agenda pertama kami adalah mengisi perut yang kosong, kami telah memilih makanan turki yang telah lupa namanya dengan harga AUD10, air mineral atau minuman ringan adalah AUD3.50 sebotol 500ml. Harga makanan di sini adalah sekitar AUD10-AUD15 sepinggan walaupun apa jenis makanan termasuk Nandos. Nandos di Australia adalah di tanggung HALAL oleh Masjid Perth.

From Collages
Kami berjalan kaki dari hostel merentasi pusat bandar Perth dan terus menuju ke Barrack Square di mana adanya Bell Tower yang menjadi mercutanda bandaraya Perth. Disini terdapatnya perkhidmatan feri untuk menikmati keindahan Sungai Swan atau lebih di kenali sebagai Captain Cook Cruises. Kadarnya berbeza-beza mengikut penyedia perkhidmatan.

From blog
Perth Tram and Bus Tower (hop-on-hop-off) yang membawa pelancung mengelilingi Perth, USD30 untuk 2 hari, tetapi kami tidak menggunakan kemudahan ini kerana semua tempat yang di lalui boleh menggunakan kaki sendiri. Tambahan pula Perth mempunyai kemudahan bas secara percuma yag di beri nama CAT bus.

From blog

Sea Gull sangat banyak di sini mengatasi burung merpati. Begitu juga burung-burung lain yang wataknya ada di dalam filem Finding Nemo. Tiada siapa yang memperdulikan burung-burung ini. Cuma burung ini sahaja yang suka mengganggu orang yang sedang makan.

From blog
Riverside

Kami menyusuri sepanjang Sungai Swan untuk ke Kings Park. Walaupun agak jauh tetapi berbaloi. Suhu Perth yang berada sekitar 22C amat sesuai untuk aktiviti luar.

From blog

Narrows Bridge
From blog
Garden

From blog

From blog

From blog
view from Jacob's Ladder

From Collages
Kings Park  yang berkeluasan 4.06 km persegi berada di barat Perth. Di sini terdapat pepohon yang sangat indah dan besar. Ia juga menjadi tumpuan warga kota berehat.

From Collages


From Collages
Ini adalah bunga-bunga liar yang terdapat di King's Park. Banyak tumbuh diceruman-ceruman bukit di sekitar taman dan juga di tepi jalan raya.

From Collages
Di Kings park juga terdapat banyak tugu-tugu peringatan seperti tungu pengeboman Bali, Tugu pejuang ketika perang dunia kedua. Tanah Melayu dan Borneo juga ada terpahat di sini.

From blog
State War memorial

From blog

Point Belches dari Mount Eliza Rifle Range
From blog

view Captain Cook Cruise from Mount Eliza Rifle Range

From blog

Perth City from State War Memorial

From Collages

From Screen Captures

Habis seharian di Bandar Perth sahaja. Lokasi perjalanan sekitar peta dibawah sahaja untuk hari pertama. Kedai-kedai di Perth pada hari Jumaat di tutup sekitar jam 6 petang. Selepas tempoh itu, Perth lengang seperti di langgar garuda.

Friday, October 14, 2011

MAS-PINTAR II


From New folder

3 Oktober 2011 (Isnin) - Panda telah melapor diri ke tempat baru. Ini adalah kali ke 4 dalam tempoh tujuh tahun panda berkhidmat bertukar tempat kerja. Kali ini agak istemewa kerana panda bertukar merentasi Jabatan di bawah program cross-assignment GLC & JPA.  

From New folder
Panda telah mendapat 2 tawaran, tetapi kerana minat yang medalam, panda telah memilih untuk bersama-sama sistem penerbangan Malaysia di Jabatan Luar. Tempoh penempatan silang ini adalah setahun dengan pilihan satu tahun tambahan berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.

From Collages

Assignment pertama panda, pada hari ke 2 selepas melapor diri adalah program MAS-PINTAR. Program ini dilaksanakan hampir kesemua GLC utama di bawah khazanah. maklumat lanjut bolehlah dirujuk di PINTAR Faundation. Bagi orang awal, atau panda sendiri tidak mengetahui akan perkara ini sehinggalah terlibat.

From Collages
Program ini adalah siri ke dua bagi tahun 2011 dan melibatkan 130 orang pelajar dari 10 buah sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:


Bil
School
Total Students
Total teachers
1.
Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad-Kuantan
15
2
2.
Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya, Jerantut Pahang
15
2
3.
Sekolah Kebangsaan Sabak Kota Bharu, Kelantan
15
2
4.
Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar Alor Setar, Kedah
15
2
5.
Sekolah Kebangsaan Satri Jaya Kuching, Serawak
15
2
6.
Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Keningau, Sabah
15
2
7.
Sekolah Kebangsaan Keruak, Besut Terengganu 
15
2
8.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Cheng  Chemur Perak
15
2
9.
Sekolah Kebangsaan Bario, Serawak (MASWing)
5
1
10.
Sekolah Kebangsaan Baklalan Serawak (MASWing)

5
1

Total
130
18


From Collages

Pelbagai aktiviti di jalankan sepanjang 4 hari 3 malam (4-7 Oktober 2011). Ini termasuklah lawatan ke Pusat Sains Negara, Zoo Negara, Malaysia Airlines Akademi, MAS E & M dan Simulator. Kami berkesempatan untuk melihat bagaimana kabin krew MAS mendapat latihan meliputi layanan, kecemasan, grooming,  dan juga rawatan kecemasan. di M & E kami berpeluang melihat kapal terbang di baiki dan juga mencuba untuk memandu kapal terbang.

From Collages

Pada malam terakhir semua peserta program membuat persembahan kebudayaan berdasarkan negeri masing-masing. Memang meriah apabila kanak-kanak membuat persembahan.

From Collages


From Collages


Sudah lama panda tidak melayan pelajar primary school, walaupun kewujudan panda di sini sekadar memeriahkan suasana dan membantu apa yang patut. Tapi ia memberi pengalaman yang berharga yang lari dari kebiasaan panda lakukan sejak beberapa tahun yang lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com