19 Mac 2011 Sabtu - Jam 7:30 pagi panda bersama Chinta Agung telah tiba di Putrajaya bagi menyaksikan acara tahunan di Putrajaya ini, Acara Belon Panas atau Hot Ballon. Program ini bermula dari jam 7:00 pagi hingga malamnya.
Cuaca pada hari tersebut tidaklah secerah yang di harapkan. Hujan pada hari sebelumnya dan hari terus menerus dengan mendungnya. Padang yang lecak di burukkan lagi dengan pengunjung yang ramai.
Berbanding dengan tahun-tahun yang lepas (ini kali pertama panda ke acara ini), dapat diperhatikan kurangnya belon panas yang menarik (berdasarkan gambar-gambar ahun sebelumnya di ruang pameran).
Belon yang menarik adalah watak Doreamon yang tidak berapa kembang di pagi tersebut. Panda tercari-cari balon Dark Vider yang kelihatan di lebuh raya MAJU Express, tetapi bila tiba di lokasi sudah tidak kelihatan.
Peluang untuk menaiki balon panas ini agak tipis, menurut pekerja di sini, bayaranya hanya RM10, tetapi waktu menunggunya belum tentu bergantung kepada cuaca dan acaranya adalah singkat di waktu pagi atau petang.
Sekiranya bernasib baik, bolehlah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh 'Protect' jenama cucian kesihatan. Hadiahnya menaiki belon Protect yang berwarna putih.
Memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan, kami beredar ketika jam 10:00 pagi. Kesihatan Panda juga tidak menentu setelah mengalami Ural Fever selama seminggu, di burukan lagi dengan Pharyngitis. Nasib baik tidak di masukkan ke wad sahaja, jika tidak dapatlah panda berehat di hospital selama seminggu.
Panda harap dapat mengunjungi lebih banyak tempat-tempat menarik selepas ini, terasa buntu setelah hampir 5 bulan tidak bercuti. Sekarang panda di larang bercuti sehingga bulan Mei 2011. Jadi perjalanan berikutnya adalah Mankassar, Indonesia. Harap tiada halangan...
Subhanallah lawa! Tak tau pun ada kat Putrajaya. Ketinggalan nampaknya.
ReplyDelete