Dataran Budaya, Kota Bahru Kelantan
06.11.2009 (Jumaat) - Panda memulakan perjlanan bersama Wan Azrul ke Kota Bharu. Agak gelisah kerana amaran Banjir telah dikeluarkan oleh Jabtan Meteorlogi akan berlakunya banjir dan beberapa kawasan telah digelinangi air. Memulakan perjalanan jam 12 tengahari dengan harapan sempat Solat Jumaat di Kuala Kangsar dan selamat tiba di Kota Bharu jam 8 malam. Hujan mengirini kami di sepanjang perjalanan . Panda bermalam di rumah rehat syarikat di Plaza Intan, ditengah-tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam. Ketika itu, Sunagi Kelantan telah melepasi tebing.
Jambatan Yahya Putra, Kota Bharu
Rafi & Famili
Banjir di Tumpat
Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu
Sotong kering di Dataran Budaya, Kota Bharu
Nasi Kerabu @ Yati Ayam Percik
09.11.2009 (Isnin) - Paginya kami ke Pejabat Agensi Negeri dan kemudian ke Kompleks Industri di Pengkalan chepa, Sempat melawat kilang mengeluaran makanan herba, sejuk beku dan juga pengeluar sprulina. Selepas daftar keluar, kami sempat singgah di Nordin Batik, Kota Bharu dan Bukit Bunga di Jeli. Kami tiba di Ipoh sekitar jam 10 malam.
Ahli rombongan BPI ke Kota Bharu 2009
10.11.2009 (Selasa) - Hadir memberi taklimat program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita.
11.11.2009 (Rabu) - Program Gerak Gempur Daerah Batang Padang.
12.11.2009 (Khamis) - Dikejutkan dengan sms Timbalan Pengarah kami meninggal dunia jam 4 pagi, walhal magrib hari sebelumnya beliau bersama Panda ke Batang Padang untuk program Gerak Gempur. Siap hantar terus ke rumah pada magribnya. AlFatihah untuk beliau, semuga rohnya di cucuri rahmat...
13.11.2009 (Jumaat) - Demam makin teruk, berada di pejabat dan dirumah sahaja.
14.11.2009 (sabtu) - Taiping, program bersama Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Perak.
15.11.2009 (Ahad) berenang-renang ketepian. Petangnya ke Jusco untuk dapatkan tiket 2012 bagi tayangan Selasa 17.11.2009 jam 9.20 malam.
Pada 19-21.11.2009 ni Panda akan menyertai bengkel Halatuju Strategik Negeri Perak - Pelan Pembangunan Perak Amanjaya. Cuba mendapatkan maklumat berkaitan pelan ini di internet, tetapi tiada satupun yang telah disiarkan. Bengkel akan berlangsung di Swiss-Garden Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak.
Penuhnya program Panda samapai tidak sempat hendak keluar Dating... kesian....
No comments:
Post a Comment