Tuesday, November 24, 2009

Swiss-Garden Golf Resort & SPa Damai Laut, Lumut

PB197580

Khamis 19.11.2009 yang lepas Panda telah menghadiri Bengkel Halatuju Strategik Negeri Perak-Pelan Pembangunan Perak AMANJAYA yang di anjurkan oleh Institut Darul Ridzuan, Lumut. Lokasinya berda 100km dari Ipoh dan 20km dari pekan Manjung. Cantik tempatnya.

PB197603

Program agak padat dan diburukkan lagi dengan musim hujan. Sepanjang hari hujan membataskan aktiviti bergambar. Tetapi kerana kesukaan, Panda sempat jua meronda disekitar dalam hujan yang renyai.

PB197575

Bengkel adalah menumpukan kearah penetapan KRA (Key result Area) bagi MP10 (10th Malaysia Plan) bagi mencapan matlmat 7 kerangka Perak AmanJaya. Banyak pandangan dari pelbagai golongan yang terdiri penjawat awam tertinggi, korporat dan NGO.

PB197576

Petang ini, Panda kan ke Kuala Lumpur, transit sebelum balik kampung bagi merayakan Hari raya Korban, Sabtu ini kembali ke Ipoh bagi membantu ibadah Korban yang akan diadakan pada 30.11.2009 (Isnin) ini.

Monday, November 16, 2009

Kota Bharu, Kelantan

PB087395

Dataran Budaya, Kota Bahru Kelantan

06.11.2009 (Jumaat) - Panda memulakan perjlanan bersama Wan Azrul ke Kota Bharu. Agak gelisah kerana amaran Banjir telah dikeluarkan oleh Jabtan Meteorlogi akan berlakunya banjir dan beberapa kawasan telah digelinangi air. Memulakan perjalanan jam 12 tengahari dengan harapan sempat Solat Jumaat di Kuala Kangsar dan selamat tiba di Kota Bharu jam 8 malam. Hujan mengirini kami di sepanjang perjalanan . Panda bermalam di rumah rehat syarikat di Plaza Intan, ditengah-tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam. Ketika itu, Sunagi Kelantan telah melepasi tebing.

PB077203

Jambatan Yahya Putra, Kota Bharu

Sabtu (07.11.2009) - Paginya sempat bersarapan dengan sahabat lama yang pernah bersama -sama di Seremban. Hampir 3 tahun tidak ketemu. Anknya pun sudah boleh berjalan. Petangnya, Daftar masuk ke Hotel Raudah pada petangnya bersama-sama ahli rombongan dari Perak seramai 35 orang. Malamnya kami telah ke Wakaf Chek Yeh. Keadaan agak sunyi. Kebanyakan orang Kelantan telah ke Stadium Bukit Jalil bagi meyaksikan perlawanan Kekalahan Kelantan melawan Negeri Sembilan (1-3) Piala Malaysia. Kebanyakan perniaga yang ada juga asyik mendengar atau menonton perlawanan tersebut.

PB077214

Rafi & Famili

08.11.2009 (Ahad) - Paginya kami ke Pasar Siti Khatijah dan Pasar MPKB untuk membeli belah. Setelah solat Zohor kami ke Pengkalan Kubor melawat kedai Permata Hijrah dan komplek Bebas Cukai Pengkalan Kubur, Tumpat. Beberapa lokasi perjalanan telah di penuhi banjir. Nasib agak baik, bas masih boleh melaluinya. Petangnya, Panda mengambil kesempatan untuk melawat dan mengambil gambar di sekitar Masjid Muhammadiah, Tambatan DiRaja, Muzium Jahar dan Dataran Budaya. Pada malamnya kami ke Yati Ayam Percik, di Jalan Long Yunos untuk menikmati Nasi Kerabu dan Ayam Percik. Sempat juga Panda dan rakan berkaroke di Lokasi VVIP yang tidak diketahui.

PB087301

Banjir di Tumpat

PB087282

Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu

PB087461

Sotong kering di Dataran Budaya, Kota Bharu

PB087520

Nasi Kerabu @ Yati Ayam Percik

09.11.2009 (Isnin) - Paginya kami ke Pejabat Agensi Negeri dan kemudian ke Kompleks Industri di Pengkalan chepa, Sempat melawat kilang mengeluaran makanan herba, sejuk beku dan juga pengeluar sprulina. Selepas daftar keluar, kami sempat singgah di Nordin Batik, Kota Bharu dan Bukit Bunga di Jeli. Kami tiba di Ipoh sekitar jam 10 malam.

PB087387

Ahli rombongan BPI ke Kota Bharu 2009

10.11.2009 (Selasa) - Hadir memberi taklimat program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita.

11.11.2009 (Rabu) - Program Gerak Gempur Daerah Batang Padang.

12.11.2009 (Khamis) - Dikejutkan dengan sms Timbalan Pengarah kami meninggal dunia jam 4 pagi, walhal magrib hari sebelumnya beliau bersama Panda ke Batang Padang untuk program Gerak Gempur. Siap hantar terus ke rumah pada magribnya. AlFatihah untuk beliau, semuga rohnya di cucuri rahmat...

13.11.2009 (Jumaat) - Demam makin teruk, berada di pejabat dan dirumah sahaja.

14.11.2009 (sabtu) - Taiping, program bersama Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Perak.

15.11.2009 (Ahad) berenang-renang ketepian. Petangnya ke Jusco untuk dapatkan tiket 2012 bagi tayangan Selasa 17.11.2009 jam 9.20 malam.

PB087418

Pada 19-21.11.2009 ni Panda akan menyertai bengkel Halatuju Strategik Negeri Perak - Pelan Pembangunan Perak Amanjaya. Cuba mendapatkan maklumat berkaitan pelan ini di internet, tetapi tiada satupun yang telah disiarkan. Bengkel akan berlangsung di Swiss-Garden Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak.

Penuhnya program Panda samapai tidak sempat hendak keluar Dating... kesian....

Tuesday, November 3, 2009

Hari Keluarga...

PB017144


1 Nov 2009 (Ahad) berlangsungkawa lah program Hari Keluarga Pejabat kami, setelah diusahakan sejak beberapa bulan yang lalu. Program ini berlangsung di Sungai Klah Hot Spring, Sungkai. Maka berbondong-bondonglah warga kami ke sana bagi memeriahkan keadaaan atau sekadar pemerhati keadaaan.

PB017017

PB017003

PB017180

PB017103

Biarlah gambar menjadi saksi, tulisan dan bicara tidak lagi perlu. Walhal dah abis idea..Tak boleh nak fikir banyak, otak naik tepu yang amat. Terlalu lama tidak menggunakan otak agaknya, Tidak full capitalised...

PB017110

PB017014

Anyway, Panda will be in Kota Bahru thz weekend (6-9 November 2009), for office trip. On 6th November 2009, hoping to meet old friends there:-) Macam tunggang terbalik jer. makin teruk bahasa Panda ni, Tahun hadapan hendak sambung belajar lagi, tetapi makin teruk Englishnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com