Monday, October 26, 2009

Orkid?

New Folder

Hari minggu lepas jadual akan penuh, Sabtu (24.10.2009) Panda ada taklimat dengan Dewan Perniagaan Melayu Malysia (DPMM) Perak. Lebuh weekend Panda yang cadangnya nak ke Lost World of Tambun dengan rerakan pejabat. Sudah hampir dua tahun di Ipoh, tapi belum berkesempatan lagi untuk mengunjungi tempat menarik di sekitar. Jangan jadi macam di Seremban dah lah. Muzium Negri pun tidak sempat pergi.

PA256899

PA256907

Ahad (25.10.2009), selepas makan ikan kembung bakar bersama ulam-ulaman dan sambal tempoyak, Panda sempat singgah di Pameran Orkid (Jual pun ada) di Dataran MBI anjuran Persatuan Orkid Perak. Walaupun boothnya tidaklah banyak, tetapi orkid yang dipamerkan memang menarik dan cantik-cantik. Terpersona seketika. Nasib baik Panda bukanlah jenis rajin menjaga, sudah tentu Panda pun nak jadikan Hobi menternak orkid ni.Tapi Panda suka tengok jer..

PA256924

PA256937

Katanya, dalam minggu yang terhampir akan ada satu lagi pameran orkid yang lebih besar di Dataran MBI, jadi tunggu lah. 07.11.2009 ni Hot Jem nak buat persembahan di tempat yang sama, tapi Panda akan ke Kelantan pada tarikh tersebut. Tak dapat nak join lah...

Thursday, October 22, 2009

Cerita Habis Raya

PA216857



Syawal telah selamat meninggalkan kita, entah tahun depan sempat lagi atau tidak Panda berjumpa Ramadhan dan Syawal lagi. Hidup mesti diteruskan walaupun apa yang terjadi sehingga nyawa di kerongkong.

My creation

Semalam, Panda sempat ke Daerah Batang Padang, bagi menguruskan tempahan hari keluarga di Sungai Klah Hot Spring, bila dah buat bayaran deposit, baru dimaklumkan bahawa kolam 'sotong' ataupun kolam air sejuknya ditutp selama 10 hari bermula 09-29.10.2009. Ini menimbulkan kekecewaan seketika bagi yang mempunyai anak. Setelah perbincangan panjang lebar dan kuasa atas kuasa. Program ditangguhkan pada 01.11.2009, jadi kepada yang kelapangan, boleh jumpa Panda di sana.

Thursday, October 15, 2009

Cerite Selepas raya

PA116692


Sedar atau tidak, hari ini sudah masuk 25 Syawal 1430 hijrah. Masih ada lagi jemputan rumah terbuka walaupun tidak segalak 2-3 minggu sudah. Panda pun dah tak berapa larat untuk menikmati kuih-muih yang telah hampir expired yang dihidangkan kepada tetamu. Panda lebih suka makanan yang malar segar berbanding kuih-muih kebaratan yang di simpang sehingga ke hari raya tahun hadapan.

My creation

Dalam minggu ini, Panda telah ke Hulu Perak (12.10.2009) dan Taiping (14.10.2009) untuk seminar dan kursus keusahawanan. Memberi sedikit padangan dan membentang kertas kerja (?). Pada hujung minggu sempat menghadiri 3 majlis perkahwinan. Semua atas undangan yang tidak dapat ditolak. Walhal Panda bukanya suka sangat pergi tempat ramai-ramai orang ni.
Minggu lepasnya (07.10.2009) Pejabat panda juga mengadakan progam pejabat terbuka dan (08.10.2009) Anugerah Penyewa & Premis di Hill city. Bunyinya Ala-ala BZZ gituw.

PA086583

Agak lama Panda tidak mengemas kini blog ini, ini kesan dari kehadiran Facebook yang lebih mudah dan senang. Lagipun tidak banyak benda yang dapat dikongsi bersama. Aktiviti mengambil gambar pun kurang. Kamera tidak dihantar servis, mula menunjukkan ragam. Jika ada kelapangan dan sesuatu yang ingin di kongsi barulah diupdate.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com