Monday, February 23, 2009

Bina Badan @ VS Gym Ipoh

Agak lama aku menyepikan diri, alasan yang klise adalah bZZ, walhal cam biasa jer. Cuma mood yang tak berapa memberangsangkan dan keletihan. Makin tua kot... Weekend lepas sempat ke Kuala Lumpur seketika, nak setlekan bayaran apartment penyelenggaraan yang tertunggak 5 bulan dan dapatkan bil cukai MPPJ. Memandangkan aku dah tak berapa kerap turun KL ni, setle untuk suatu tempoh yang agak panjang la. Kekawan kat KL semuanya BZZ. Cuma sempat bertemusatu dua sahaja untuk lunch, diner dan nonton wayang. movienya Valkyrie, semalam sempat nonton THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON dan khamis lepas layan Geng=pengembaraan bermula. Semua movie yang ditonton minggu lepas semuanya boleh di katakan memuaskan nafsu serakah Panda ini....

My creation

Aktiviti ni last weekend 15.02.2009 di VS Gym Ipoh, antara tempat selalu aku kunjungi la di Ipoh. Jadi Panda mengambil kesempatan jadi jurugambar tak bertauliah untuk event. Yang best jadi jurugambar ni, walaupun bukanya rasmi. Ada kebebasan untuk axcess mana2 tempat hatta dok depan stage. Yang tak bestnya, takde pics aku pun yang masuk dalam camera.... Ini kali pertama pelibatan aku dalam acara sukan ni.... Pic yang besar tu la Champion of campion pada mlam tur...

My creation

Penonton pun agak teruja gitew2... yelah tengok badan orang jer besar2. badan kita dok camtur jer.... Panda tak nak besar sangat, nanti payah nak maintain.... kena pakai cup saiz D lak bila bebesar sangat:-P

My creation

Pada mlam yang sama juga, sambutan 100 tahun Sekolah Menengah Anderson , Tak jauh dari penginapan Panda. Sempatlah abik beberapa shoot untuk bunga api. Cuma shoot dari simpang trafik light depan rumah. Ceria gitew.... Takdelah nak gambarkan Perak hura hara walaupun berbagai krisis yang wujud...yang pening Rakyat Happi....

Thursday, February 12, 2009

AURA @ Clearwater Santuary Golf Resort

My creation

Lama tak menulis, hampir seminggu, bukan bZZ cuma mood xberapa stabil. Mood gawat kerana krisis politik di Perak. Sebagai penjawat awam, kami kena taat dan patuh kepada kerajaan pada hari ini, so no hal la... Cuma yang tak best tetapi ada bagusnya, aku dah dapat cari lain-lain jalan untuk ke gym, kerana jalan Dr Nazrin dah ditutup lebih seminggu. nak tak nak merasa la jem tahap gaban kat Taman Cempaka, Jalan Gopeng dan lain-lain jalan yang membawa keluar dari pusat bandaraya Ipoh ini. Bilangan jalan yang ditutup makin berkurangan begitu juga bilangan polis yang bertugas mengawal keadaan yang takde kekacauan... Semua pendam dalam hati jerk...

P2058914

Last week, 05.02.2009 (Khamis) Majlis penyampaian AURA telah berlansung dengan sambutan yang sederhana tetapi ala-ala meriah... Takder la macam majlis Grammy Award ataupun AIM. Sesuai dengan bujet yang tak menentu dankegawatan ekonomi dunia ni...Lokasinya di kawasan lombing tinggal di Batu Gajah, Perak. 30km dari pusat bandarraya Ipoh. Kat sini boleh tengok gayong yang digunakan oleh kapal korek ketika mencedok tanah...

My creation

Memang tenang tempatnya, Jalan masuk pun penuh dengan semak samun atau pokok renek dan besar. Sunyi dan mendamaikan. Tasik dari tingallan lombong dan kehijauan padang goft yang ntah berapa lubang. Kehadiran sekitar 200 orang dengan 8 kategori, 3 kategori pemenang setiap satu. Macammana tur?

My creation

Abis AURA, Jumaatnya (06.02.2009), sebelum Subuh bergerak ke Kuala Lumpur yntuk program perasmian GERAK USAHAWAN NASIONAL di PWTC yang di rasmikan oleh bakal mantan PM. Penuh Dewan TUn Razak tuw, berdiri la aku. Tapi takder pic sebab aku tak bawa camera.

Tengaharinya, aku naik bas express ke Rompin dan berhybinate selama 3 hari sehingga Isnin. Hari ini, TKP KP datang..bekas bos aku dulu masa kat Negeri Sembilan... Sok meeting dearment aku lak...

Thursday, February 5, 2009

Sungai Sedim, Kedah

P2038583

03.02.2009 (Tuesday) - Masih berada di Hulu perak, rancangan pada hari ini adalah mengunjungi Sungai Sadim, Kulim. Ada yang menarik disana, iaitu kanopi walk Sungai Sadim... Bayarannya RM10/head.

My creation

Sebenarnya, takder mood sangat nak menulis petang ni, dengan situasi yang berlaku. Sekiranya menonton TV1 macam nak berperang jer di Ipoh ni. Walhal xder per2 pun, cuma payah skit nak lalu kat Bulatan MB dan Istana Kinta. Payah lah nak g gym malam ni...

Oleh kerana blog ni belum jadi blog politik, jadi takleh komen apa2 lah.... Dapat MB baru la lepas ni....

Wednesday, February 4, 2009

Selamatkan reflesia....

My creation


02.02.2008 (Isnin)-Ketika sedang warga Wilayah Persekutuan (Cuti Hari Wilayah) sedang lena di ulik mimpi, Panda telah memulakan perjalanan ke Hulu Perak. Bukan untuk berjalan-jalan, tetapi untuk membuat susulan kerja atas projek-projek usahawan yang memohon kemudahan pembiayaan organisasi. Panda tiba di Hulu Perak ataupun lebih dikenali sebagai Pekan Grik pada jam 9.30 pagi, setelah 2 jam perjalanan. Lembab juga panda memandu yerk, walaupun menggunkan hiway 2 lorong.

Lawatan bermula disekitar pekan Grik, kemudian ke Kampung Malau, Lawai. Asas lawatan adalah projek ternakkan lembu. Tetapi yang ada cuma pohon-pohon durian yang tumbang ajer. Tetapi panda tertarik dengan kolam yang terdapat di situ. Ikan-ikannya, melompat-lompat dipermukaan air. meriah sungguh...


Perjalanan diteruskan ke Pengkalan hulu (8km dari sempadan Thailand) dan ke Pekan Betong (Post sempadan) ada juga menerima kemudahan organisasi disitu.

P2028455

Petangnya, jam 5.45pm, kami menerusikan perjalanan bagi projek pelancungan. Mengambil kesempatan ini, pemohon membawa kami untuk melihat bunga reflesia yang terdapat di Hulu Perak ini. Lokasinya tempat pembalakan Felda. Perjalanan dari tempat pengumpulan balak (Jalan Grik - Banding) mengambil masa 1 jam sehala. Terdapat 10 tempat bunga ini berada dan di point ke 9 barulah kami dapat melihat yang sedang berkembang. lain-lainnya masih kup lagi.

My creation

Selain itu, apa yang kami dapat lihat selain daripada kemusnahan yang ketara akibat pembalakan. Banyak juga tinja-tinja gajah yang bertaburan sepanjang perjalanan ini, ada juga kesan tapak kaki harimau, kijang dan rusa. Hutan sepulau yang keluasannya tidak samapi 5 ekar (menurut pengiring kami) adalah saki baki daripada pembalakan berluasa di Hulu Perak. Sekiranya sepanjang perjalanan Grik-Kota Bahru ataupun Grik-Kulim, Hanya pinggir jalan sahaja yang ditumbuhi pepohon, dipuncak bukitnya hanya tunggul-tunggul mati. Berapa lamakah warisan alam ini akan kekal dibumi semenanjung jika tiada usaha memeliharanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com