24-25 Januari 2008 (Sabtu & Ahad) - Perkara yang aku tunggu sejak 10 tahun lepas akhirnya telaksana. Di Tiara Beach Resort Port DIckson dapat gak Panda berjumper dengan excoursemate semasa di Institut Teknologi MARA (ITM bukan UiTM). Kami bersama agak lama, bermula dari Jun 1995 dengan program Pra Perdagangan. Panda xleh amsuk diploma terus sebab English tak kredit (Sekolah kampung, blajor english pun bersesak-sesak). Apabila tamat Pra, Panda ambik course Diploma Business Study dari Jan 1996-Oktober 1998. Tinggal kat Kolej Jati ITM Arau, dan most yang hadir dari kolej tur gak. CUma 1-2 dua dari Kolej lain. Tak kisahlah yang penting maintain.
Banyak yang berubah, dari single kini dah berdua atau bertiga atau berempat.... dalam tempoh sepuluh tahun ni. panda dan beberapa jer yang masih single (single ker?). Ini adalah reunion kali ke 2, sebelum ini diadakan pada 2004, Panda tak pergi walaupun masa tur Panda kat Seremban. BZZ kot. Panda pun dah lupa....
Apapun janjinya, kitaorang akan jumpe secara massnya setiap 5 tahun sekali, so next event bila aku dah umur 37. hehehe, harap dah berempat aku masa tur.... dan akan diadakan perjumpaan secara tak formal sepanjang tempoh ini.... Anyway im happy la dengan program camni...
Semalam, 29.01.2008 pergi ke Manji=ung, sempat tengok 2 projek. Satu bina floating hotel dan satu lagi ternak kambing feedloat. Next week selasa Perak cuti Jubli Perak keputeraan Sultan. Tapi Isninnya dah janji nak susul ke Grik hingga ke Pengkalan Hulu. Jadi boleh lah tido kat sana semalaman (perbelanjaan sendiri)....