nak pergi ke kolam tersebut, kami kena meniti batang rambutan ini, ada anak sungai mengalir lesu...sangat menarik, walupun anak sungai tersebut berwarna keruh-kekeruhan...biasalah, kerja-kerja pembalakan dan memangkasan bukit bukau berlaku di mana-mana. bukan generasi masa depan yang menderita. Mereka yang ada sekaang pun dok menanggungnya.
Keluar simpang Felda Behrang tu, ada lak orang menjual durian, panda memang lama dah tidak makan durian ini. Seingat panda masa program di Pasir Salak Resort dan semasa hari raya haji tahun lepas di Jelebu. Masa kursus itu pun makan di tepi Jalan Teluk Intan-Bidor. Memang best la durian kat sini, fresh dan ala-ala menyegarkan. Durian kampung.. Makan pun kat tepi jalan jer, almaklumlah panda anak ramai, nak buat balik kan tak cukup, chargenya RM10 untuk 3 biji. Panda memang suka durian ni, tapi syaratnya kena makan ramai-ramai. Klu makan seorang, sebiji pun tidak ada selera... kami tak lama untuk habiskan 3 biji ni, cuma 10 minit aje, jadi kira waktu rehat la, semasa perjalanan. bukan poteng atau megular yer...
Petai tempatan pun banyak sekarang ini. meriah-meriah, manggis pun dan mula ada di tepi-tepi jalan. feberate panda juga memanjat pokok manggis. Tetapi kat perak ini yatim piatu, tidak ada sedara mara nak ajak panjat pokok manggis... Rambutan masih hijau-kehijauan di Perak, tempat lain tak tau la camner. Anyway dah masuk musim buah ni, sila-silakan lah makan buah-buahan tempatan yer... last weekend dah makan bau dari Taiwan kan..atuk kan....
Minggu ini mood panda tak berapa bagus sangat. Gangguan makluk gergasi amat kerap, klu bagus sangat panda tak kisah. ini takder aper-aper pun. dok siap ugut melalui sms lagi, tapi nak cakap ngan panda sendiri takder lak, kan senang bersemuka boleh diperincikan proses kerja. buat kawan, sori la, panda bukan suka melayan menda-menda macam ini, nak guna gergasi atau Jin. Selagi mematuhi piawai dan standard yang di tetapkan panda tak kisah sangat. Lagipun bukan panda buat salah pun... Agak moody lak panda 2-3 entry ni kan....
p/s - tu yang panda takupdate lama tur... lagipun panda ada toy baru:-P
'mesti josh nak tau aper toy baru panda'
hmm betul tu
ReplyDeletekat kg skrg buah2 byk giler
sampai tak terlarat nak mkn...
kesian mereka yg takde kampung yg takde dusun..
*sambil mkn rambutan..