Sunday, September 26, 2010

Cerita Raya 2010

lama panda tidak meringankan jari untuk menulis, sibuk dengan urusan pertukaran dan perpindahan daripada Ipoh ke Shah Alam. Panda melapor diri di Shah Alam pada 16 Ogos 2010, tetapi bekerja secara penuhnya pada 1 September 2010 di Shah Alam.
Bermula kehidupan panda di tempat baru setelah 2 tahun 8 bulan di Ipoh. Blog ini juga telah berusia 3 tahun, tetapi tidak sempat untuk menyambut ulangtahun yang ke 3 nya. Panda secara pelahan-lahun cuba menyesuaikan diri untuk berada di lebuh raya lebih 2 jam setiap hari untuk menghadapi kekalutan kederaan di jalan raya Malaysia. Sebelum ni, perjalanan ke pejabat tidak melebihi 15 minit sahaja.
Panda bukanlah hendak menceritakan kehidupan baru panda di bandaraya Shah Alam, tetapi lebih kepada berkongsi suasana atau aktiviti sepajang cuti hari raya yang lalu. Kali ini panda kembali ke kampung halaman di Kuala Rompin Pahang sehari sebelum hari Raya, iaitu pada 9 September 2010 jam 4pm, dan sempat untuk berbuka terakhir di kampung halaman.
Di hari raya, aktiviti utama adalah berada dirumah, makan dan tidur. itu adalah rutin setiap tahun, tetapi disebelah petangnya berkunjung ke rumah besan-besan yang berada di sekitar Rompin sehingga malam.

Sesuatu yang mengejutkan, apabila ibu dipatut ular selepas maghrib raya pertama, kami sekampung telah berada di klinik komuniti sehingga tengah malam. Barulah terasa kasian penduduk yang berada di perdalaman, wad kecemasan klinik hanya dijaga oleh 3 atau 4 jururawat sahaja. Pembantu Perubatanya masih beraya, doktor jam 10 baru datang. Kesian melihat kakitangan hospital berungkus lumut untuk melayan karenah persakit yang berpsu-pusu ke klinik terbabit, harapannya bila hospital Rompin siap nanti (tidak tahu bila walaupun telah di 3 kali pecah tanah setiap 4 tahun) ia akan memberi kesan positif kepada penduduk setempat. Memandangkan ambulan tiada, ibu dibenarkan pulang ke rumah jam 12am.


Sepanjang hari 2 raya, kami berada di rumah dan petangnya ke Pantai Hiburan Rompin. Satu-satunya temat bagi anak-anak perantau berkumpul. Di sini juga panda berjumpa rakan sekelas yang tidak ditemui sejak 16 tahun lepas... Sesuatu yang menarinya, mereka berkahwin dengan rakan sekolah juga.

Raya 3, Setelah bertungkus lumus (ibu saudara dari terengganu) memasak nasi dagang terengganu, kami beberapa keluarga ke Taman Negeri Endau Rompin yang jaraknya lebih 50km dari Kuala Rompin. Seperti acara runtin setiap 3 atau 4 tahun kami akan berkelah di sini. Cuma kali ini, setiap orang dewasa di caj RM5 untuk bayaran masuk ke taman ini. Kami cuma berada seketika sahaja kerana hujan turun dengan lebatnya, kami terpaksa berpindah ke tempat lain.


Kerana tidak puas berada di hutan, kami bergerak ke pantai Pasir Lanun, Penyabung Johor yang jaraknya juga lebih 50km daripada Kuala Rompin, pantainya sangat cantik. Tetapi telah dikecewakan dengan kemudahan tandas dan tempat persalinan yang tidak dapat digunakan oleh kerana ketiadaan air dan sikap penjaganya yang mengejar orang yang menggunakan tandas dengan parang. Agak menakutkan!

Raya 3, Panda rehat di rumah sahaja sambil melayan tetamu, sempat mengunjungi rumah ibubapa angkat di Felda Selendang, Rompin Pahang. itupun waktu yang hampir-hampir suntuk. Raya 4, Panda menghantar ibu saudara ke Dungun, Terengganu. Sempat ke rumah saudara mara sepanjang perjalanan itu.

Raya 5, ke Felda Jerangau Dungun, Kuala Terengganu dan Marang. Di Kuala Terengganu, Panda hanya berada di Masjid Putih ataupun nama rasminya Masjid Sultan Zainal Abidin. Masjid lama di Kuala Terengganu ini.

Perjalanan pulau ke Dungun, bapa saudara yang tinggal di Maang mengajak kami makan sata
dan nasi di Pantai Kelulut, Marang. Sedap Sata nya. Isi ikan yang di campur kelapa dan rempah pedas, dibungkus dengan daun pisang dan dibakar.

Semat juga panda mengepau pak cik untuk makan ikan bakar, memang segar ikan bakarnya, Sotong bakarnya pun sedap.

Panjang juga tulisan panda kali ini, biasalah sekali-sekala menulis. Lepas ini tak tau bila lagi hendak menulis. nanti panda sambung lagi cerita lain, cerita Gua Gendang yang panda dan rakan-rakan lain pergi minggu lepas (23 September 2010).

Thursday, August 26, 2010

ADFIM Ithmus program @ Jawi


Meniti hari-hari terakhir di Ipoh, Panda mengambil kesempatan untuk berkongsi tempat-tempat makan yang dikunjungi semasa berada di Jawi, Seberang perai Selatan. Program berlangsung selama 6 hari bermula 19 - 24 Julai 2010 yang lalu. Dihadiri oleh wakil-wakil Institusi Kewangan Pembangunan (Development Financial Institution) seperti Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Agro bank, SME bank, AIM, TEKUN, MARA, PUNB, MIDF dan CGC.

Bila dah ramai-ramai ni, kami mengambil kesempatan untuk merasai kehebatan mee udang Penang. Kami telah berkunjung ke Sungai Dua, Seberang Perai Utara untuk menikmati mee udang Pak Ngah. Lokasinya tidak jauh dari susur keluar Sungai Dua. Sebelah kiri jalan ke Sungai Dua selepas kedai Kuew Teaw Udang. Rasanya bagi Panda lebih enak berbanding di Kuala Sepetang (Restoran yang Panda cuba sebelum ini, kedai lain Panda tak tau).

Sehari sebelum hari terakhir program, kami dibawa oleh staff Bank Rakyat Jawi untuk menikmati Kari ikan Sembilang yang terletak berhampiran dengan sempadan Perak-Penang jalan lama. Sebelah kiri dari pekan Nibung Tebal ke Parit Buntar. Pilihan lauk pauknya banyak dan sangat lazat.

Tuesday, August 24, 2010

Melaka

Selepas Manila, Kehidupan Panda penuh dengan aktiviti rasmi, banyak masa Panda di habiskan di lebuh dan jalan raya. Panda hanya berkesempatan masuk pejabat selama 2 hari sahaja, selebihnya menyertai program ADFIM Isthmus di Qualiti Hotel bermula 5-10 Julai, bermusyarat di Melaka 11-13 Julai, 15 Julai temuduga Cross Fertilisation di Anjung UEM-KL, dan terus ke Jawi Seberang Perai selatan untuk sesi 2 ADFIM Isthmus dari 18-24 Julai 2010.

11 Julai 2010, Panda bertolak dari Kuala Lumpur ke Shah Alam dan terus ke Melaka, perjalanan mengambil masa 2 jam. Selepas check in di Hotel Naza Attalia, Panda bersama rakan mengunjung Masjid terapung di Pulau Melaka, setelah menikmati jus oren dari timur tengah, Panda terus ke Dataran Bandar hilir untuk melihat tinggalan sejarah di situ.

Di Bandar hilir ini terletaknya Warisan Dunia Unesco itu. Banyak tinggalan dari zaman kolonial Putogis, Belanda dan British di sini.

Berpeluang untuk menaiki bukit St Paul dan melihat pandangan Bandar Hilir. termasuk Eye of Melaka yang tidak dapat di naiki lagi. Masa ini, Panda dalam zaman jimat cermat setelah kerugian beribu-ribu lemon, jadi tiadalah peluang untuk menaiki menara Taming Sari.


Malamnya, kami dibawa oleh urusetia untuk menikmati ferry cruses memudiki sungai Melaka yang sempit itu, banyak bangunan yang menarik diperindahkan sepanjang sungai itu. Kosnya RM10/head.

Malam terakhir di Melaka, saki baki kami yang ada telah ke kampung Umbai untuk menikmati ikan bakar di restoren terapungnya. Enak sekali menikmati ikan segar dari laut.

Tiada di sangka, ini adalah mesyuarat terakhir Panda bersama-sama team ini. Selepas ini Panda akan meninggalkan negeri Perak dan akan berkhidmat di Selangor negeri Maju pula. Cuma kali ini tugas Panda dikecilkan lagi untuk kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam sahaja, lebih kecil wilayahnya berbanding Seremban. Nak buat camner dah rezeki Panda kat situ. Sob! Sob! Sob!!!

Wednesday, July 7, 2010

Manila, Philipine

Manila, 21 Jun 2010 (Isnin) jam 1.40pm, penerbangan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit. Selepas selesai urusan emergresen, kami terus membeli tiket bas express yang berharga Ph350/head (Peso100=RM7.30) dari lapangan terbang Clark ke Manila. Perjalanan mengambil masa 2 jam bergantung kepada trafik. kami tiba di Manila sekitar jam 6 petang. Kami terus di sapa oleh pemandu taxi di Pasay terminal, di caj Ph300 untuk ke Hotel Atrium yang berada di Gil Puyat, Jalan agak sesak dan mengambil masa 30 minit. Malam just relax di hotel yang berharga USD53/nite...

Hari ke 2, kami menggunakan perkhidmatan abang taxi semalam untuk ke Tagaykay, kira-kira 2 jam perjalanan dengan caj Ph3,000. Kalau bilangan ramai, tuan/puan boleh menaiki demetri (seperti gambar dibawah) dengan caj Ph160/head sahaja. kenderaan ini boleh memuatkan 8 ke 10 orang. barulah advanture. Suhu di Tagaykay ini agak sejuk, pemandangan tasik gunung berapi yang luas. Kami menaiki boat untuk mengelilingi tasik dengan caj Ph1,000/head. Pada waktu kami ke sini, lawatan ke kawah gunung berapi telah dihentikan, kerana terdapat aktiviti gunung berapi yag aktif sebulan sebelumnya. Apa yang Panda rasa, takder la best sangat tempat ini, lebih suka tasik gunung berapi di Bukit Tinggi, Indonesia dimana pemandangannya lebih cantik.

Setelah 3 jam disini, kami mengambil keputusan untuk kembali ke Manila. Taxi membawa kami ke SM Mall of Asia, mall terbesar di Philipina, satu yang menarik di Philipina ini, mall nya besar2 dan di miliki oleh SM, tak tau lak apa makna SM ni... Perut Panda memang lapar giler, tapi tidak tau nak makan di mana, ada satu restoren Indonesia di sini yang menawarkan makanan 'no pork & lark', jadi kami memilih makan ikn goreng dan kari sayur yang sangat lazat. Harganya Ph590 untuk 2 orang. Selepas itu, kami menonton film Toy Story 3 in 3D. Tiketnya Ph300 dan akan mendapat 1 pop corn yang tiada rasa.

Malamnya, Panda turun ke Mall dibawah Atrium hotel (Penginapan Panda), dan menemui wanita muslim yang menjual DVD yang harganya Ph50 untuk 1 season series. Sambil itu Panda bertanyakan tentang muslim place in Manila. Beliau agak terkejut kerana Panda datang ke Manila. Beliau juga mengesyorkan untuk ke Barocay, kawadan pelancongan yang terkenal di Philipine dan mudah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Panda akan pertimbangkan untuk trip berikutnya.

23 Julai 2010 (Rabu) Kami menggunakan LRT dari Gil Puyat (Sebelah Atrium Hotel) untuk ke Baclalan (Last LRT stesen) line 1, di sini adalah syurga bagi membeli beraneka T-Shirt dan Blouse yang amat murah, dan terdapat 1 masjid, kami sempat breakfast denagan nasi, lauk ikan masak lemak dan sup kupang, sup sayur dan sambal Philipine yang sangat sedap dengan total harga Ph69. Sangat murah untuk 2 orang dengan sekole air. Kami dilayan dengan sangat mesra kerana kami orang luar pertama yang mengunjungi kedai ini dan kawasan ini bukan kawasan pelancungan. Kami makan di gerai sebelah masjid (proper skit), tetapi dibawah stesen LRT Baclalan, banyak gerai yang menjual pelbagai Halal local food yang nampak lazat. Cuma sanggup atau tidak untuk makan jer.

Setelah keyang, kami sekali lagi menaiki LRT dari Baclalan ke United Nation Eve station. Tujuan kami adalah ke Rizal Park, dimana banyak monumen bersejarah termasuk temapat Jose Rizal di tembak. Taman ini pernah menjadi taman tercantik di ASIA (diaorg claim la). Banyak patung-patung perjuang kemerdekaan di letak disini.

Kami terus mengelilingi taman ini, dan terus ke National Museum yang menempatkan artifak sejarah philipina.
Destinasi berikutnya kami ke Greenhill, satu lagi kawasan muslim di Metro Manila, city yang berada sebelahan manila city. Kami menggunakan LRT ke ESDA/Taft eve stesen, kemudian menukar haluan ke MRT untuk ke Santolan. Dari Stesen Santolan, kami berjalan 15 minit ke Greenhills Shopping Centre (kena tanya orang k sebab tak nampak dari MRT stesen).

Greenhills Shopping Center ini adalah gabungan 12 shopping mall atau pun bangunan. Satu yang menariknya, terdapat masjid di shooping center ini dan restoren makanan halal. Jika ingin mencari cenderamata pun, di sini adalah lokasi terbaik, samada t-shirt, pearl (lebih murah dari Sabah), Glass, freeze magnet, fabrik dan hand bag. boleh tawar punyer. Makan pun murah, dalam Ph240 untuk 2 orang dan agak mewah makanannya. Ramai muslim di sini. dam mereka sangat ramah dan comel2...

Kenaa Panda pilih Manial, ramai kekawan yang terkejut. Ini adalah misi Panda untuk menghabiskan rantau ASEAN, jadi selepas ini adalah Myamar. InsyaALLAH Panda akan ke sana pada Oktober 2010 in, Panda dapat tiket RM4. Ok tak? Timor Lasete, tunggu bila Airasia ada direct flight ke sana.
Kenapa pic yang Panda paparkan kali ini lain dari kebiasaanya? Panda masih lagi berkabung apabila buah hati Panda dah dilarikan orang. Jadi semua gambar-gambar di Manila telah pergi bersamanya, termasuk USD dan RM panda serta passport. Sedih yang amat. Dah takder jodoh untuk bersama. Pics yang ada disini adalah sumbangan travel partner Panda. tu pun xbanyak sebab beliau pun mengharapkan buah hati panda....

Sunday, May 9, 2010

Bandung

PZ261163


Perancangan selama setahun telah berakhir dengan jayanya. Seramai 17 orang delegasi dari Perak telah berjaya menghabiskan Rupiah dan RM di negara jiran, Indonesia. Walaupun pembeli tiket Airasia nya adalah 23 orang, pelbagai halangan dapat ditempuhi dan hanya 17 orang sahaja yang tinggal. Kos yang dikenakan adalah RM650/head on the ground all in. Kadar yang dikenakan adalah dalam USD tetapi memandangkan RM bertambah baik kadarnya dari USD, maka ini mengurangkan tekanan kepada Panda sebagai penganjur. Memandangkan trip ini lebih dari 4 orang, Panda telah menggunakan perkhidmatan agen pelancungan dari Surabaya iaitu :

PT Lintang Buana Wisata Nusantara - Indonesia
Jl. Siwalankerto Timur 1/42, Surabaya - East Java
Indonesia
Travel Agent Reg No.503/01.00.00053/436.4.17/2004
Association of Indonesia Tours & Travel Agency Member No.0228/XII/DPP/2005
Pacific Asia Travel Association Member No.569822
Ph +62(31)8434556
Fx +62(31)8437599

flick1


Ahad (25 April 2010) Penerbangan dari LCCT Sepang jam 9.40am dan tiba jam 12.00pm waktu Indonesia Barat, Kami disambut oleh 'tour Guide' bernama Beng-beng di lapangan Terbang Husen Sastranegara, Kawalan di Lapangan Terbang ini agak ketat, setiap beg diperiksa oleh Kastamnya. Katanya penerbangan kami ada penyeludup Narkoba (dadah). Kami dibawa ke restoren tempatan dengan dihidangkan makanan tempatan iaitu nasi Timbel atau hindangan orang Sunda. Tiada kuah tetapi sangat enak, nasi yang dibungkus dengan daun pisang, ayam goreng, danging goreng dan ulam-ulamannya. Sambalnya sangatlah pedas dan sedap.

Collages12


Kemudian kami dibawa ke Bandung Shopping Mall (BSM), Pusat membeli belah terbesar di Bandung. Oleh kerana pusat membeli belah moden, ia gagal menarik hati kami, selepas itu kami dibawa balik ke hotel untuk berehat. jam 6.00pm WIBkami dibawa ke jalan Dago (Dago Street), yang menawarkan pakaian berjenama bertaraf Factory Outlet. bandung memang terkenal dengan Factory Outletnya. Makan malam di sebuah restoren Padang di Jalan Dago, juga enak rasanya.

flick


Isnin (26 April 2010): Volcano Tour + Bandung City Tour
Setelah bersarapan di Hotel, kami terus ke Gunung Tangkuban Perahu, perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit menaiki bas, kami disambut oleh ratusan oncong-oncong ataupun penjual, yang membuatkan kami amatlah rimas Padangan pribadi Panda, Panda lebih sukakan Kawah Putih berbandi Sangkuban Perahu ini. Ini pengalaman kedua Panda ke Bandung.

New Folder21


Setelah 2 jam dilayani oleh oncong2 ini. dapatlah kami keluar dari tempat ini dan meneruskan perjalanan ke Ciater Hot Spring. Sempat juga berehat sambil merendam kaki di air hangat. Di sini siap ada Hot Spring waterfall lagi. Selepas makan tengahari perjalanan diteruskan ke Pusat bandar Bandun dan melalui beberapa bangunan bersejarah seperti Sate Building, Merdeka Building, Geological Museum, West Java Struggle Monument dan akhirnya kembali berbelanja di Factory outlet, sekitar R.E. Martadinata street ataupun dikenali dengan Riay Street.

Collages13


Selasa (27 April 2010) jam 9.30 am WIB kami ke tempat yang dinanti-nantikan iaitu Pasar Baru. Pasar 7 tingkat yang dipenuhi dengan fabrik, barangan kulit dan kasut ini menjadi kegilaan kami. Hingga waktu yang diperuntukkan selama 3 jam tidak mencukupi. Samapi perlu menggunakan perkhidmatan 'pengumuman' dikaunter perkhidmatan pelanggan. Selepas itu kami ke Cibaduyut Leather Home Industry untuk melihat hasil kerja tangan daripada kulit. Setelah itu ke Cihampelas Jeans Street & Factory Outlets di Jalan Setiabudhi .

PZ261066

Rabu (28 April 2010) Selepas sarapan kami kembali dari Bandung ke Bandung Airport untuk kembali ke Malaysia. Seronok dan pengalaman baru bagi Panda dalam mengendalikan pakej melancung ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com