Friday, October 3, 2014

Di sini Bermulanya Sebuah Cinta - Sydney 2



Hari Kedua, 31 Ogos 2014, hari sebelumya kami tidur jam 1930 malam, sangat penat agaknya. Pada walnya ingin berada di Opera House untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 57 ini. Rupanya setakat di Hotel Ibis Sahaja.


Matlamat hari ini adalah mengunjungi Paddy's Markets di China Town. mengambil masa 15 minit berjalan kaki dari hotel ke melalui Wiliam Street kemudian ke Gorge Street. Tempat ini berhampiran dengan Capitol Theater dan tidak jauh dari Capitol Station. Pasar ini menawarkan pelbagai cenderahati Australia buatan China, Bangladesh dan sedikit buatan tempatan. Perniaga utamanya adalah orang-orang Asia yang bermata sepet. Kelebihan di bandar-bandar utama Austraia, pengunjung Asia tidak berasa asing. rasanya seperti berda di negara sendiri dengan suhu yang lebih sejuk. Pasar ini menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding Victoria Market di Melbourne.




Di China Town ada Malaysia Restoren. Restoren ini di beri nama Mamak, pengunjung beratur untuk menikmati roti canainya. Tapi pekerjanya bukanlah mamak, semuanya adalah dari Asia Timur. Tidak di pastikan status ke HALAL an nya. Setakat ini Malaysia restoren di luar negara yang Panda temui adalah restoren menawarkan local cuisine yang sangat terkenaliaitu Ba Ku Teh. Ba Ku Teh melambangkan makanan Malaysia di luar negara. Panda tidak tersinggung pun.



Selepas hampir 3 jam di Paddy's Market, kami memasukki Harbour Street untuk menuju ke Hard Rock Cafe Sydney. Di jalan ini pengujung muslim boleh mendapatkan makanan Halal samada dari selatan Asia atau Timur. Tapi kami tidak berhenti makan di sini. Perjalanan mesti di teruskan. Kami melalui Chinese Garden Frindship dan Tumbalong Park di Darling Harbour. Hard Rock Cafe berada di Harbourside mall.
 

Setelah hampir sejam membelek barangan di Hard Rork tanpa membeli apapun, harganya standard di mana-mana di dunia, bezanya berdasarkan tukaran asing, laluan kami berikutanya adalah Pyrmont Bridge yang merentasi Darling Harbour Jambatan Kayu yang flexible ini akan di angkat apabila kapal melaluinya. Kami sempat meyaksikan keunikan jambatan ini ketika jam 2 petang.
 

Dari sini kami terus ke Market Street yang tiada pasar pun di jalan ini, terus ke Elizabert Street dan kembali ke hotel untuk mengambil barang-barang yang ditinggalkan.


Kami meneruskan perjalanan ke Central Station di Pitt Street untuk menaiki bas ekspress ke Melbourne menggunakan Firefly express. Perjalanan akan mengambil masa 12 jam dengan 3 kali berhenti di lebuh raya Sydney-Melbourne. Harga tiket adalah AUD60 seorang dan tempahan melalui internet sahaja di laman sesawang firefly. Bas adalah standard Europe dengan kapasiti melebihi 50 orang. 



Tempoh 2 hari satu malam adalah tempoh yang singkat. Kos yang tinggi di Sydney banyak membataskan pegerakan. tetapi ia memberi pengalaman yang manis untuk panda datang lagi ke sini. Mungkin selepas AUD1 menjadi RM2.50. Trend menunjukkan sedemikian dan USD semaku=in meningkat hari kehari. Disini baru terasa bertapa lemahnya Ringgit Malaysia hingga tidak di kenali kecuali di Thailand dan Saudi Arabia dan beberapa negara lain (untuk mengelakan di caras oleh penyokong tegar).

2 comments:

  1. Saya ke Melbourne dari Sydney dengan Tiger Air cuma AU$57 shj untuk tempoh sejam setengah...

    ReplyDelete
  2. Panda, prasan x hrc sydney mcm hambar sket if nk compare dngn hrc2 lain...? Mmg bnyk mkan halal kt mall tu. Saya sempat jamu selera kt situ.. sekejap nya panda kat sydney

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com