Thursday, October 9, 2014

Hujan di Melburne (3 hari 2 Malam)


Setelah berada di dalam bas selama 12 jam, dari Sydney ke Melbourne sambil mendengar celoteh David (pemandu bas express fryfly) yang menerangkan seribu satu peraturan di dalam bas. Tetapi David seorang yang peramah dan sangat membantu. Cuma keadaan dalam bas kurang menyelesakan. Bau kari sangat kuat. Di Australia tidak di galakan memanggil seseorang dengan jawatan tetapi panggillah mereka dengan nama barulah mereka memanggil kita dengan Sir atau madam(menurut kata David). Jadi jangan suka-suka panggil encik driver ya... 


Kami tiba di Skybus stesen jam 7.00 pagi, suasana di Melburne juga sejuk dan berawan. Kami berjalan kaki dari Litle Bourke St. menuju ke Ibis Budget Melburne CBD. Jaraknya empat blok sahaja. Tetapi kedudukan hotel ini di Elezabert Street sangat strategik, di tengah-tengah kawasan perniagaan Melbourne dan berhampiran dengan Stesen keretapi utama di Flinders St. Hari pertama kami seharian di DFO South Wharf, mencuci mata dengan tawaran harga menarik barangan jenama. Di sini banyak menjual local branded dan beberapa jenama antrabangsa dengan harga yang agak berbaloi. Tambahan pula hari hujan, kami terperangkap terus di sini hingga malam.

 


Hari kedua di Melbourne, tumpuan terarah ke Queen Victoria Market di Queen Street. Pasar lama yang di bina pada tahun 1850an lagi. Tetapi harga lebih murah di Paddy Market Sydney. Kumpulan perniaganya juga terdiri dari orang Asia. Pasar ini ditutup pada hari Selasa dan Rabu. Waktu operasi bermula jam 6.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Jualan adalah barangan cenderamata hinggalah sayur-sayuran, daging (panda sukankan pasar daging yang bersih) dan juga barangan dapur.





Memandangkan hari sebelumnya hujan, kami mengambil peluang sekali lagi untuk bersiar-siar di sepanjang tebingan sungai Yarra yang sangat bersih dan cantik. Di tebingan sungai ini pengungjung akan dapat melihat langkap Melbourne bersama mercu tandanya. Melbourne adalah bandar kedua terbesar selepas Sydney di Australia. Dari segi binaanya, ia lebih modern dan menarik. Bangunan tertinggi di Australia juga terletak di Melbourne.



Pengungjung juga boleh menggunakan city cycle tram secara percuma, tram berwarna coklat ini akan mengeliling kawasan pelancungan dengan percuma. Pengunjung perlu tahu kemana arah tujuan di mana point untuk turun. Perkhidmatan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan dilanjutkan kepada jam 9 malam pada khamis, jumaat dan sabtu dengan kekerapan 12 minit. Jalan-jalan yang di lalui adalah Flinders Street > Harbour Esplanade > Docklands Drive > La Trobe Street > Victoria Street > Nicholson Street > Spring Street > Flinders Street.



Jika ingin melepak, singgahlah di Federation Square, bangunan unik dengan warna yang sangat menyerlah, bersebelahan Flinders Street Station. Waktu senja di sini juga menarik dengan pelbagai hiburan dengan skrin besar. 



Inilah aktiviti kami sapanjang berada di Melbourne, mengelilingi bandar dan memasuki pelbagai pusat membeli belah. Apa yang panda suka tentang Australia adalah harga parfumenya sangat murah, branded parfum bermula dengan AUD19.99. Tetapi harga makanan bermula dengan AUD10 untuk sepingan.



Perjalanan kami berakhir pada hari ketiga, menaiki shuttle dari CBD ke lapangan Terbang Melbourne dengan kos AUD18, pejalanan mengambil masa 45 minit ke 1 jam. Jika empat orang, boleh menaiki teksi dengan kadar AUD54.

1 comment:

  1. hai..1st time comment kat sini,
    saya pun baru pergi Melbourne around last month. Memang Melbourne agak cantik dan nyaman. rasa jatuh cinta dengan Melbourne. :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com