Wednesday, July 24, 2013

Conquest of Europe - Cantiknya Innsbruck

 

Innsbruck adalah ibu kota negeri persekutuan Tyrol (Tirol) di barat Austria. Ia terletak di Lembah Inn di persimpangan dengan Wipptal (Sungai Sill), yang menyediakan akses kepada Pas Brenner itu, kira-kira 30 km (18.6 batu) selatan Innsbruck. Ia adalah kira-kira separuh jalan antara Munich (Jerman) dan Verona (Itali). Terletak di lembah yang luas di antara gunung yang tinggi, Nordkette (Hafelekar, 2,334 meter atau 7657 kaki) di utara, Patscherkofel (2,246 m atau 7369 kaki) dan Serles (2,718 m atau 8917 kaki) di selatan. Ia adalah di peringkat antarabangsa terkenal pusat sukan musim sejuk, dan menjadi tuan rumah 1964 dan 1976 Sukan Olimpik Musim Sejuk serta 1984 dan 1988 Winter Paralimpik. Innsbruck menjadi tuan rumah Winter pertama Sukan Olimpik Belia pada 2012. The Bruck berasal dari perkataan Brücke perkataan Jerman yang bermaksud "jambatan" yang membawa kepada "jambatan di atas Inn". Wikipedia





Kami berada di pekan ini untuk tempoh 2 jam. Tumpuan utama kami adalah kedai Swarovski insburk. Kedai batu permata bukan berlian tetapi cukup terkenal. Berada didalam bangunan 3 tingkat sangat mengujakan. Dengan kelipan batu-batu permata swarovski dengan perbagai bentuk dan warna. Harga dari 3.90 untuk sebatang pensel hinggalah beribu-ribu . Setelah berada sejam di sini, kami keluar untuk menikmati apple spritzle yang di katakan paling enak di Austria, tetapi bagi panda enak lagi yang di beli di Jusco. Harga pun 2.55 bersama kopi 2.80.


Harga cenderamata juga sedikit murah berbanding di Germany. T-shirt bolehlah di beli dari harga 9.90 dan kebanyakannya dijual dengan pakej, sehelai, dua helai dengan 18 dan 3 helai 25. Jika membeli lebih dari 75 boleh dapat VAT 10% bila keluar dari Eropah.


Dengan masa yang terhad, sempat kami melalui lorong-lorong yang penuh dengan cenderamata, pada masa ini juga ada persembahan dari askar-askar Austria. Negara ini memang terkenal dengan hasil seni muziknya seperti mozart dan teater. Banyak pangung-pangung teater yang di bina dengan bergitu indah.





Kami makan tengahari di Bergensel, salah satu lokasi terjunan sky di pekan ini. Di lokasi ini juga pengunjung akan dapat melihat seluruh bandar insburk dari bukit ini.



Perjalanan di teruskan ke Venice, Italy. Ia mengambil masa melebihi 4 jam. Kami melalui antara kawasan austria dan itali yang sangat cantik. Banjaran gunung-gunung yang masih di selaputi salji dan sungai-sungai yang mengalir deras. Lebuhraya yang sempit dan terowong-terowong yang panjang.

Melepasi banjaran-banjaran ini, pertama kali selepas 5 hari, kami baru dapat melihat matahari yang memancar sinar yang terang. Ladang-ladang angur dan plum yang luas sepanjang lebuhraya.



Jam 5 petang, kami tiba di Camping Fusina, bandar pelabuhan yang mengadap kepulauan Venezia. Cuaca yang baik, angin yang dingin amat menyamankan. Malamnya ada wet dress party yang di anjurkan oleh chotiki.com. Dapatlah kami mencuci mata di bulan Syaaban ini dengan gadis-gadis dan pemuda-pemuda Eropah berumur 18-35 tahun yang merangkak balik ke khemah terlebih minum.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com