Tuesday, June 18, 2013

Menjejak kaki Ke Lands of Latin Christendom

from only Ogres Know


Setelah bertahun-tahun memendam keinginan, akhirnya panda berada di langkah-langkah terakhir untuk menjejakan kaki ke bumi Eropah. Hasil simpanan dari rezeki yang telah di tetapkan kepada panda sejak di Luf manfuz lagi... Kali ini panda bersama-sama group KL telah mendaftar dengan Kelana Convoy untuk menyertai Conquest of Europe. Pakej ekonomi 16 hari meliputi 8 negara Europe bernilai GBP669 dan GBP5 untuk sewa sleeping bag.


Tentatif perjalanan Kelana Convoy adalah dari kota London ke Amsterdam -  Volendam - Heidelberg - Fussen - Innsbruck - Venice - Barberino Designer Outlet - Rome -Pisa - Swiss Alps - Lauterbrunnen - Paris - London.

Misi akan bermula dari KLIA menuju ke kota Paris pada 20 Jun 2013 (KUL-CDG) jam 9 malam waktu Malaysia dan di jangka tiba di Paris Charles De Gaulle Airport pada 21 Jun 2013 jam 7.00 pagi. Ini akan terlaksana sekiranya mogok pengangkutan di Perancis tidak berterusan dan Malaysia Airlines tidak menangguhkan penerbangannya. Kos pergi balik KUL_CDG_KUL adalah RM2910, dibeli semasa MAS Travel Fair pada Februari 2013 yang lalu. Dari CDG kami akan terus ke Paris Nord untuk mengambil keretapi laju ke kota London. Kosnya GBP40. Tempahan awal di perlukan jika tidak harganya melambung hingga GDP85.


Di London kami akan menginap di MARA Hostel Baywater dengan kadar GDP25/bed, Kami hanya semalaman di kota London sebelum bergerak ke Amsterdam pada 22 Jun 2013 dan memulakan perjalanan yang termahal bagi panda.

*Tukaran asing GBP1 = RM4.96 / Euro1 = RM4.20 CHf1= RM3.44 (13 Jun 2013)

* Semua gambar di ambil dari blog dan web lain tanpa kebenaran pemilik. Hanya bertujuan hiasan semata-mata.

3 comments:

  1. have fun & enjoy the trip lah...!! tunggu story mory nanti..

    ReplyDelete
  2. saya dulu pun plan nak ikut kelanaconvoy ttp memandangkan umur pun bkn muda lg utk tido dlm khemah, kami melilih utk pegi sendiri. route dan date pun lbh kurang sama dgn kelanaconvoy. ciplak gitu...hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com