Thursday, May 23, 2013

Si Buncit di Phuket 4 - James Bond Island




Setelah itu, kami kembali ke perahu dan menuju ke Talu Talu Island untuk acara berkayak. Pakej panda tidak termasuk aktiviti ini, jadi panda hanya berada di atau bot besar sambil menikmati minuman sejuk didalam kehangatan mentari. Sekiranya berminat boleh menyertai aktiviti dengan tambahan B200 tidak termasuk tips. Tips adalah untuk pengayuh kenu. Sediakan dalam B400-B500 total. Atau boleh beli pakej yang berharga B1000 dari penjual pakej di Patong. Pastikan anda meneliti ilternari yang ada sebelum membuat bayaran.




45 minit di Talu-Talu, kami meneruskan perjalanan ke James Bond island, pulau ini menjadi terkenal apabila ia dijadikan lokasi bagi filem James Bond lakonan Roger More dalam siri "The Man with the golden Gun". Panda pernah menonton film ini ketika masih kanak-kanak dahulu. Walaupun dalam filem tersebut memaparkan Pulau ini sebagai tempat melancarkan peluru berpandu, hakikatnya pulau ini kecil sahaja.




Kami berada disini selama 30 minit untuk bergambar, kemudian kami kembali ke Phang Nga untuk ke Patong. Sepanjang perjalanan panda tidur kepenatan. Malamnya kami kami ke Jungceylon mall menikmati makan malam yang mahal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com