Tuesday, December 27, 2011

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA2011)


AlhamdulLILAH, pertama kali panda ke Langkawi bagi menghadiri LIMA 2011 edisi ke 11, di atas urusan kerja. Panda ke sana dengan penerbangan Malaysia Airlines MH1430,  Disember 2011 jam 0830 KUL-LGK. Penerbangan mengambil masa 55 minit.


Panda juga di tempatkan di Langkawi Lagoon Resort, tidak jauh dari Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat. 


Tugas panda adalah menjaga pavalion Malaysia Airlines. Masa agak terhad dan pergerakan adalah di sekitar Mahsuri exhibition Hall sahaja. Tidak berkesempatan untuk ke pameran Maritim di Porto Malai.


Dalam kesibukan mengendalikan kuiz LIMA-Malaysia Airlines yang menawarkan hadiah penerbangan ke Bali, Saigon dan Kuching, Panda semat mencuri peluang untuk menonton pertunjukan pesawat-pesawat perjuang dari Tentera Udara di Raja Malaysia.


Sempat juga bergambar dengan abang-abang pilot, akan menghairankan semasa di sana tidak pula kelihatan kakak-kakak pilot. Adakah profesion ini terhad kepada lelaki sahaja atau tiada pilot wanita yang datang?


Walau apapun, ia adalah pengalaman berharga buat panda dalam mengendalikan pameran berskala angtarabangsa dan besar. Sesuatu yang tidak patut di lepaskan. Melibatkan lebih 6 business unit dalam Malaysia Airlines dan bujetnya juga besar. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com