Monday, October 31, 2011

Perth 4 hari 4 malam - Fremantle


From fremantle
Hari kedua di bumi Perth, 22 Oktober 2011 (Sabtu) hari kelepasan am di Australia. Kami keluar seawal jam 7:30 pagi, suasana amat terang, seumpama jam 9.00 pagi di Semenanjung Malaysia. Waktu ini adalah pertengahan musim bunga, suhu diantara 16-22 C sangat sesuai untuk aktiviti luar.

From Screen Captures
Kami menggunakan perkhidmatan MRT dari Perth menuju Fremantle. Fremantle adalah bandah pelabuhan  bagi wilayah Australia Barat. KOs yang dikenakan untuk MRT adalah AUD9.30 untuk sekeluarga (maximum 7 orang*) kemana-mana hala bagi perkhidmatan TransPerth (Bas dan MRT) sehari. Bagi hari bekerja, tiket keluarga ini boleh di sapati selepas waktu puncak iaitu jam 9.00 pagi. Sebelum waktu itu, harga penuh perlu di bayar mengikut zon dengan minima AUD2.80 bagi zon 1 untuk kegunaan selama 2 jam sahaja. Sekiranya anda berkumpulan, di nasihati menggunakan tiket berkumpulan ini. Lebih menjimatkan.
From Collages
Perjalanan dari Perth ke Flamantle memakan masa 25 minit, kami tiba di Fremantle Raiway Station yang berada di pinggir laut. Cantik dan klasik sekali binaan stesen keretapi ini.
From Collages
Dari stesen keretapi kami melalui Market Street dan South Tce untuk menuju ke Flemantle Market, pasar yang di buka pada hujung minggu sahaja. Di Perth kebanyakan pasarnya di buka hujung minggu dan pasaraya besarnya tidak beroperasi pada hari Ahad.

From Collages

Flemantle Market ini menjual pelbagai barangan basah, makanan dan juga cederamata. Majoriti perniaga di sini adalah dari Asia. Seperti di Malaysia juga. Buah-buahannya memang mengujakan. Apple cuma berharga AUD2.90 untuk sekilo. Rasanya sangat sedap. Anggur tiada di Perth kerana tiada musimnya lagi.

From Collages
Flemantle Market


From Collages
Flemantle Market

From Collages

Selepas menikmati pai halal yang berharga AUD4.00 dan sangat sedap, kami melalui Parry Street menuju ke Fremantle Oval, iaitu stadium yang berbentuk bujur bersebelahan dengan Flemantle Prison yang terkenal dengan horror visit pakej nya. Caj untuk lawatan ke penjara ini adalah AUD25. Panda hanya mengambil gambar di luar sahaja.

From Collages

Kami terus menjelajah hingga ke Queen Street, Adelaide Street dan Philipmore Street. Jalan-jalan ini adalah jalan membeli belah dengan menawarkan pelbagai jenama tempatan. Satu lagi yang menari di sini, ramai warga tempatannya boleh bertutur bahasa Melayu/Indonesia. Termasuklah Mat Sallehnya.

From Collages

Kami terus menuju ke Eshed Markets. Pasar ini adalah pasar tetap yang menawarkan cenderamata berimej Australia buatan China. Pengunjung di nasihatkan untuk membeli belah cenderamata di sini kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Perth ataupun Mandurah. Anda akan menyesal jika tidak membeli belah di sini.

From Collages

Selepas menghabiskan beberapa puluh AUD, kami ke Western Australia Maritime Museum yang berada di Peter Hughes Drive. Bayaranya sekitar AUD20 tetapi ada bahagian yang percuma. Terdapat juga kapal selam untuk di masukki di sini dengan kadar bayaran yang berbeza.

From Collages
Dari Western Australia Maritime Museum, Panda menyusur pantai  melalui Bathers Bay atau Authur Head Reserve untuk melalui terowong lama yang dijadikan pelabuhan menangkapan ikan paus pada waktu dahulu. Di situ juga terdapat Round House di puncak bukit batu kapor tersebut.

From Collages
Dari Round House, kami menyusuri laluan keretapi ke Mews street untuk menikmati Fish n Chips yang terkenal di Australia. Kami memilih Kailish Fish Market Cafe. Melalui rujukan perniaga tempatan yang mengatakan ini satu-satunya yang halal di Fremantle. 

From fremantle
Harganya AUD15, aiskrim di sini juga sedap, AUD6 untuk dua scope. Sedap! Tetapi di sini tiada cili sos. Fish n Chips di makan dengan cuka apple ataupun serbuk garam perisa Ayam. Patah selera.

From Collages

Hujan membasahi bumi Fremantle menyebabkan kami mengambil keputusan untuk terus pulang. Fremantle amat unik dengan binaan bangunannya yang klasik. Terdapat sebuah universiti di sini, University Notre Dame yang anda pasti tidak perasan kewujudannya. kerana ia tidak berpagar dan berada dalam bandar Fremantle itu sendiri. Bagi Malaysia, anda akan berada berada di Malaysia kerana ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Indonesia atau Melayu baku. Sangat Klasik.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com