Friday, October 14, 2011

MAS-PINTAR II


From New folder

3 Oktober 2011 (Isnin) - Panda telah melapor diri ke tempat baru. Ini adalah kali ke 4 dalam tempoh tujuh tahun panda berkhidmat bertukar tempat kerja. Kali ini agak istemewa kerana panda bertukar merentasi Jabatan di bawah program cross-assignment GLC & JPA.  

From New folder
Panda telah mendapat 2 tawaran, tetapi kerana minat yang medalam, panda telah memilih untuk bersama-sama sistem penerbangan Malaysia di Jabatan Luar. Tempoh penempatan silang ini adalah setahun dengan pilihan satu tahun tambahan berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.

From Collages

Assignment pertama panda, pada hari ke 2 selepas melapor diri adalah program MAS-PINTAR. Program ini dilaksanakan hampir kesemua GLC utama di bawah khazanah. maklumat lanjut bolehlah dirujuk di PINTAR Faundation. Bagi orang awal, atau panda sendiri tidak mengetahui akan perkara ini sehinggalah terlibat.

From Collages
Program ini adalah siri ke dua bagi tahun 2011 dan melibatkan 130 orang pelajar dari 10 buah sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:


Bil
School
Total Students
Total teachers
1.
Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad-Kuantan
15
2
2.
Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya, Jerantut Pahang
15
2
3.
Sekolah Kebangsaan Sabak Kota Bharu, Kelantan
15
2
4.
Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar Alor Setar, Kedah
15
2
5.
Sekolah Kebangsaan Satri Jaya Kuching, Serawak
15
2
6.
Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Keningau, Sabah
15
2
7.
Sekolah Kebangsaan Keruak, Besut Terengganu 
15
2
8.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Cheng  Chemur Perak
15
2
9.
Sekolah Kebangsaan Bario, Serawak (MASWing)
5
1
10.
Sekolah Kebangsaan Baklalan Serawak (MASWing)

5
1

Total
130
18


From Collages

Pelbagai aktiviti di jalankan sepanjang 4 hari 3 malam (4-7 Oktober 2011). Ini termasuklah lawatan ke Pusat Sains Negara, Zoo Negara, Malaysia Airlines Akademi, MAS E & M dan Simulator. Kami berkesempatan untuk melihat bagaimana kabin krew MAS mendapat latihan meliputi layanan, kecemasan, grooming,  dan juga rawatan kecemasan. di M & E kami berpeluang melihat kapal terbang di baiki dan juga mencuba untuk memandu kapal terbang.

From Collages

Pada malam terakhir semua peserta program membuat persembahan kebudayaan berdasarkan negeri masing-masing. Memang meriah apabila kanak-kanak membuat persembahan.

From Collages


From Collages


Sudah lama panda tidak melayan pelajar primary school, walaupun kewujudan panda di sini sekadar memeriahkan suasana dan membantu apa yang patut. Tapi ia memberi pengalaman yang berharga yang lari dari kebiasaan panda lakukan sejak beberapa tahun yang lepas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com