Tuesday, July 7, 2009

Sahabat dari Brunei Darul Salam

P7033384

Sekadar gambar hiasan, diambil ketika dalam bas Manjung-KL 3.30pm 03.07.2009

03.07.2009 (Jumaat)- Paginya Panda ke Manjung bersama rerakan opis. Menghadiri hari Bersama Pelanggan di Plaza Setiawan, serentak dengan program anjuran MARA- Karnival Jualan Mega dengan taglinenya 'Jual Runcit, Harga Borong'. Program berlansung selama 3 hari bermula 3-5.07.2009. Lepas ini program akan berlangsung di Greentown Mall, Ipoh pada 24-26.07.2009, sebelum Panda bermesyuarat di Kundasang, Sabah pada 28-31 Julai 2009 dan terus berada di Kota Kinabalu sehingga pagi 2.08.2009 untuk sessi Chak-chak Cur (kalau sempat).

Petangnya jam 3.50pm, Panda meneruskan perjalanan dari Sri Manjung ke Kuala Lumpur untuk menyambut kehadiran Sabahat dari Brunei Darul Salam- Kal Omar. Program memang telah dirancang lama bagi membawa beliau jejas sekitar KL. Tapi Panda takder la nak drive (Jimat Bujet). Perjalanan mengambil masa 4 jam 30 minit menggunakan bas transnasional.

My creation

04.07.2009 (sabtu) - Panda dan Kal telah ditemani adik Panda sekeluarga memulakan cuti-cuti Malaysia ke Putrajaya, Dimulakan dengan mercu mellenium, kemudian ke Dataran Putra untuk Solat Zohor, PICC dan Alamanda. Kemudian menikmati senja di Bukit Belacan sambil menikmati panorama Luala Lumpur diwaktu senja (?) yang kelam.

P7053572

05.07.2009 (Ahad) - Kali ini, berada di sekitar Bukit Bintang, menonton Ice Age 3D di Pavallion, makan di Food Republic dan terus ke KLCC.

My creation

06.07.2009 (Isnin) - Selepas lunch, Panda mengiringi Kal ke LCCT, jam 4pm kembali ke Ipoh. Harap Kal enjoy his short life kat KL ni walaupun Panda bukannya pernah tinggal di KL lebih 2 minggu. Mana tau lepas ini Panda nak jadi orang KL lak...

08-10.07.2009 (Rabu-Jumaat) Panda kan ke KL lagi, ade bengkel penggiraan Muqasah di HQ, dan jangkanya petang Jumaat akan balik kampung (Kuala Rompin) sebelum Ramadhan. Program bulan Julai agak penuh buat Panda. Jejans jer...

2 comments:

  1. Salam,

    Blog yg menarik, saya link kan blog sdr pada blog saya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com