Monday, August 11, 2008

Batang Padang


5 August 2008 (Tuesday)-Alamak cerita lapuk lak, dah seminggu berlalu. Sory la.. masih penat dan program agak penuh + takder mood nak write-in... Yelah, seperti kata perpatah:-

Cinta itu ibarat teh ais, makin lama makin tawar-bukannya Teh Ooo, makin sejuk makin manis.

macam tak relaven jer ngan cerita aku... Tak pa lah atleast tambah peribahasa zaman urban lagend ni... Pada hari tersebut, aku melawat projek pertanian lagi, kali ini projek ternak cacing dan tanaman jangung. Pemohonan pembiayaan projek cacing ini adalah yang pertama aku lawati dan proses. Ada 8 kotak jer, maklumlah modal ciput. Pontensi? aku pun tak pasti. jangan Jadi macam projek lintah dah la, yang dapat untung penganjur kursus, kalau statement aku salah tolong betulkan, sebab aku bercakap atas dasar pengalaman. Fakta? Takder kajian lah lak....

Projek yang aku lawat ni baru jer nak start, Tapi telah mendatangkan hasil walaupun baru. kerana tinja cacing pun mahal, RM20/5kg. 1 kotak boleh hasilkan 5 kg seminggu. Just bagi makan tinja kambing jer yang satu guni 25kg cuma RM maksimum...

Anak cacing, tempoh matang 6 bulan sebelum didagangkan secara komersial, dalam tempoh yang sama akan betelur 4-5biji setiap bulan. Dalam tempoh 6 bulan, setiap kilo induk akan menghasilkan 6kg lagi. Setiap kilo berharga RM100-RM450 berdasarkan saiz dan qualiti.

Inilah tinja cacing yang di jadikan baja organik. Dan sangat bagus untuk menyuburkan tanah. Maklumlah Tanah kat lembah kinta ini tanah lombong dah tak virgin gitur... Jadi kena la bagi subur skit..Statement....

Dari Kebun cacing aku terus ke Tapah ataupun daerah Batang Padang, Kat sini tengok projek jagung walaupun sebatang jagung pun xder lagi. Projek baru. Jadi pergi melawat tapaknya sahaja. Takde jagung tapi adalah pokok serai (lemongrass) dan pisang...

Ni part yang aku nak cerita betulnya, dalam perjalanan balik dari behrang ke Tapah (jalan lama) ada satu gerai yang menjual anika lauk dari burung unta, lokasinya berhampiran dengan petronas pekan sungkai, sebelah gerai buah-buahan arah ke utara. Sekiranya datang pada hari rabu, anda akan dapat makan tulang burung unta. Hari lain makan daging jer la.



Kitaorang order Sup burung unta dan masak kicap, Harga ala2 berpatutan lah, Rasanya? entah lah, aku punya barometer rasa kata baisa2 jer, cuma dagingnya ala2 makan daging lembu muda, lembut dan Ok lah..bagi orang yang tak pernah makan burung unta ni.

Hari ini aku ke Parit, nanti lain kali aku cerita lah, meeting yang paling banyak fail diselesaikan, sehari suntuk sampai oppoinment aku petang ni pun terbatal atau ditangguhkan.

Sok turun Kl lah.... 2 hari meh, jadi tak online la 2 hari ni:-P

2 comments:

  1. mmm... burung unta lazat dan berkrim!

    ReplyDelete
  2. mcm sedap lah plak kalau dah mcm daging lembu ek?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com