Tuesday, July 1, 2008

Madinnah Munawarah

Penerbangan 18.6.2008 (Rabu) jam 14.55 dari KLIA, mengambil masa lebih kurang 8 jam, sempat transit di Riyard dan tukar plane....
Airport Riyard...

Flight yang aku naik sebelum tur...

Sampai ke Jeddah dalam jam 8.30 pm dan selesai semua urusan emergresen kira2 sejam kemudian, maybe jemaah dari Malaysia dapat layanan yang agak baik di sini, sbut sahaja Malaysia, siap dibuka satu line baru tuk kitaorang, group kitaorang lebih kurang 32 orang, aku berdua jer orang awam, yang lain dari program Umrah BERNAS. Pakcik2 semanya..alku la yang paling muda kat situ..

Perjalanan berikutnya melibatkan 6 jam, dariAirport Jeddah ke Madinnah, perbezaan waktu kira-kira 5 jam, jadi maknanya dah pukul 1am Malaysia. perjalanan agak memenatkan. kami berheni dua temat di RnR hiway yang 3 lorong, 1 untuk selesaikan pasal visa dan kedua untuk solat jamak Isyak dan Magrib. Yang menariknya, perniaga kat sini semua boleh cam orang Malaysia dan bertutur bahasa Melayu terutamanya pasal harga barang:-P

Kam sampai kira-kira jam 3 pagi di Madinah..Bestnya hotel kami 200m jer dari Masjid Nabi dan betul-betul depan perkuburan Baqiq (Makam Syaidina Aisyah dan para Sahabat ra.) Jadi tak sempat tido, sampai, masuk hotal, bersihkan diri, terus pergi Masjid untuk Solat Subuh di Al Haram 2...Masjid Nabi..

Paginya, lepas sarapan, terus kami ke Masjid Quba (Masjid ke empat terpenting Selepas Masjidil Haram, Nabi dan Al Aqsa) dan dikatakan barang siapa yang berwuduq dari rumahnya dan ke Masjid ini dan bersolat 2rakaat maka akan mendapat 1 pahala Umrah... Masjid ini adalah Masjid pertama dlam sejarah Islam....

Selepas itu kami lalu ke Masjid Qiblatain, iaitu Masjid yang ada 2 kiblat- Dimana wahyu perubahan Kiblat dari Masjidil Aqsa bertukar ke Baitullah. Tak singgah kerana masa tidak mengizinkan...

Perjalanan di teruskan ke Bukit Uhud, tempat perpeangan Uhud di mana Syaidina Hamzah telah syahid.... itulah bukitnya....
Setelah itu kami ke kebun/ladang kurma... meriah, aku makan free jer, sebab katanya kurma kat pasar Kurma lagi murah. Kreatif orang sini, kurmanya djadikan macam-macam benda, dari kuih, jeruk dan cokolat. Yang bestnya coklat kurma yang di jual di sini dari Malaysia... buat berat jer aku beli... buat balik Malaysia. Tapi xder lak aku jumper jual kat Malaysia....

Petang abik peluang untuk berjalan-jalan sekitar Masjid Nabi dan pekannya, cari bebarang skit... Memang meriah dengan barang-barang buatan China yang di jaul lebih murah dari Maydin di Malaysia. Tapi sebab nak dapat berkat tanah suci, beli la jugak, untuk dibawa balik buat buah tangan..


Kota Madinah yang lebih tersusun dan cantik..

Suasana waktu malam selepas Isyak, memang meriah...


Pagi Sabtu, kami Melawat sekitar Baqiq, Raudah dan Makam Nabi saw serta para Sahabat r.a. ALHAMDULLILLAH, ALLAH beri kesempatan untuk bersolat Sunat di Raudah walaupun agak pack dengan pengunjung dan orang MAlaysia ini lebih bersopan santun berbanding lain-lain bangsa di dunia ini (betul ker)... sebab tu lah diorang respek orang Malaysia kat sini, lalu jer mesti di tegur oleh Arab2 kat sini:-P termasuk bangla dan Pakistan....
Muka pintu perkuburan Baqiq, Menjadi idaman untuk di kebumikan di sini, walaupun pada masa sekarang, tempoh simpan mayat hanya 6 bulan sekiranya meninggal pada musim haji dan akan di pindahkan ke kawasan lain selepas itu...
Posing terakhir.... Harap akan kembali lagi ke sini dan akan di semadikan di bumi Madinah ini.. Amin....
Sabtu tur, 21.06.2008 lepas Zohor dah nak brangkat ke Makkah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com