Sunday, May 9, 2010

Bandung

PZ261163


Perancangan selama setahun telah berakhir dengan jayanya. Seramai 17 orang delegasi dari Perak telah berjaya menghabiskan Rupiah dan RM di negara jiran, Indonesia. Walaupun pembeli tiket Airasia nya adalah 23 orang, pelbagai halangan dapat ditempuhi dan hanya 17 orang sahaja yang tinggal. Kos yang dikenakan adalah RM650/head on the ground all in. Kadar yang dikenakan adalah dalam USD tetapi memandangkan RM bertambah baik kadarnya dari USD, maka ini mengurangkan tekanan kepada Panda sebagai penganjur. Memandangkan trip ini lebih dari 4 orang, Panda telah menggunakan perkhidmatan agen pelancungan dari Surabaya iaitu :

PT Lintang Buana Wisata Nusantara - Indonesia
Jl. Siwalankerto Timur 1/42, Surabaya - East Java
Indonesia
Travel Agent Reg No.503/01.00.00053/436.4.17/2004
Association of Indonesia Tours & Travel Agency Member No.0228/XII/DPP/2005
Pacific Asia Travel Association Member No.569822
Ph +62(31)8434556
Fx +62(31)8437599

flick1


Ahad (25 April 2010) Penerbangan dari LCCT Sepang jam 9.40am dan tiba jam 12.00pm waktu Indonesia Barat, Kami disambut oleh 'tour Guide' bernama Beng-beng di lapangan Terbang Husen Sastranegara, Kawalan di Lapangan Terbang ini agak ketat, setiap beg diperiksa oleh Kastamnya. Katanya penerbangan kami ada penyeludup Narkoba (dadah). Kami dibawa ke restoren tempatan dengan dihidangkan makanan tempatan iaitu nasi Timbel atau hindangan orang Sunda. Tiada kuah tetapi sangat enak, nasi yang dibungkus dengan daun pisang, ayam goreng, danging goreng dan ulam-ulamannya. Sambalnya sangatlah pedas dan sedap.

Collages12


Kemudian kami dibawa ke Bandung Shopping Mall (BSM), Pusat membeli belah terbesar di Bandung. Oleh kerana pusat membeli belah moden, ia gagal menarik hati kami, selepas itu kami dibawa balik ke hotel untuk berehat. jam 6.00pm WIBkami dibawa ke jalan Dago (Dago Street), yang menawarkan pakaian berjenama bertaraf Factory Outlet. bandung memang terkenal dengan Factory Outletnya. Makan malam di sebuah restoren Padang di Jalan Dago, juga enak rasanya.

flick


Isnin (26 April 2010): Volcano Tour + Bandung City Tour
Setelah bersarapan di Hotel, kami terus ke Gunung Tangkuban Perahu, perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit menaiki bas, kami disambut oleh ratusan oncong-oncong ataupun penjual, yang membuatkan kami amatlah rimas Padangan pribadi Panda, Panda lebih sukakan Kawah Putih berbandi Sangkuban Perahu ini. Ini pengalaman kedua Panda ke Bandung.

New Folder21


Setelah 2 jam dilayani oleh oncong2 ini. dapatlah kami keluar dari tempat ini dan meneruskan perjalanan ke Ciater Hot Spring. Sempat juga berehat sambil merendam kaki di air hangat. Di sini siap ada Hot Spring waterfall lagi. Selepas makan tengahari perjalanan diteruskan ke Pusat bandar Bandun dan melalui beberapa bangunan bersejarah seperti Sate Building, Merdeka Building, Geological Museum, West Java Struggle Monument dan akhirnya kembali berbelanja di Factory outlet, sekitar R.E. Martadinata street ataupun dikenali dengan Riay Street.

Collages13


Selasa (27 April 2010) jam 9.30 am WIB kami ke tempat yang dinanti-nantikan iaitu Pasar Baru. Pasar 7 tingkat yang dipenuhi dengan fabrik, barangan kulit dan kasut ini menjadi kegilaan kami. Hingga waktu yang diperuntukkan selama 3 jam tidak mencukupi. Samapi perlu menggunakan perkhidmatan 'pengumuman' dikaunter perkhidmatan pelanggan. Selepas itu kami ke Cibaduyut Leather Home Industry untuk melihat hasil kerja tangan daripada kulit. Setelah itu ke Cihampelas Jeans Street & Factory Outlets di Jalan Setiabudhi .

PZ261066

Rabu (28 April 2010) Selepas sarapan kami kembali dari Bandung ke Bandung Airport untuk kembali ke Malaysia. Seronok dan pengalaman baru bagi Panda dalam mengendalikan pakej melancung ini.

Wednesday, March 3, 2010

Vientiane, Loas

PZ250497


Kali ini, Panda ingin berkongsi pengalaman Panda selama 3 hari 2 malam di Vientiane Loas. Penerbangan bermula jam 8.10am dari LCCT menuju Wanttay International Airport Vientiane mengambil masa 2jam 30 minit. Ini kali pertama Panda memulakan perjalanan secara solo walaupun telah biasa travel di tanah secara berseorangan.


loas


Panda tiba jam 9.40am (waktu tempatan yang lewat sejam dari Malaysia), Menggunakan teksi kupon dari lapangan terbang bersama-sama beberapa pakcik dari Malaysia. Kami dikenakan Caj sebanyak USD6 per trip. Perjalanan hanya 15 minit dari Lapangan terbang ke pusat bandar Vientiane. Satu bagusnya taxi di sini, walaupun tempahan di hotel lain, tetapi beliau sanggup menghantar kami mengikut destinasi tanpa caj tambahan. Pak cik-pakcik ke hotel ditepi sungai Mekong, tetapi Panda telah menempah Lao Heritage Hotel dengan kadar USD20 semalaman melalui website http://www.vientiane-hotel-link.com. Tuan/puan jangan risau, banyak lagi hotel yang menawarkan bilik yang lebih murah disini. Pemandu Taxi disini sedia membantu.


Collages11


Jam 12pm, perut dah lapar. Panda mundar mandir di Vientiane, mencari makanan HALAL sebenarnya. Terserempak dengan Tuk-Tuk (Pengangkutan awam yang menggunakan motosikal, ala-ala beca), pemandu menyediakan senarai harga untuk dibawa pelancung. Awalnya Panda sempat singgah untuk melihat pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancungan yang ada berhampiran hotel. Tetapi Cajnya agak tinggi iaitu sekitar USD58 ataupun Kip460,000 (USD1=Kip8,463 (25 Feb 2010) untuk satu hari trip di Bandar Vientiane ini. Harga bagi Tuk-tuk lebih murah sedikit, tetapi skill tawar menawar kena ada. Memandangkan Panda tak pandai sangat tawar-menawar, Panda bersetuju untuk melawat 3 tempat utama di vietiane iaitu Buddha Park, Pha That Luang - The Golden Stupa dan Patuxay dengan kadar Kip160,000 atau hamper USD20. Mahal kan?


Collages8


Buddha Park, sejauh 25 km dari Vietiane. Semasa menuju ke sini sempat melalui Friendship Bridge, penghubung antara Loas dan Thailand. Sekiranya melihat sebelah Thailand, Nampak lebih meriah. Buddha Park dibina sekitar 1958, di sini terdapat beberapa arca keagamaan Buddha dan juga Hindu. Tiket masuk adalah Kip5,000 dan untuk camera Kip3,000.


Collages9


Kemudian Panda dibawa ke Pha That Luang - The Golden Stupa, mercu tanda atau icon bagi Loas, Candia tau Stupa emas. Kuil ini berbeza dengan wat-wat lain yang terdapat banyak di Loas.


Collages10


Setelah kekeringan, Panda meneruskan perjalanan lagi ke Patuxay, Gerbang besar ditengah-tengah Vientiane. Dipuncak gerbang ini, pengunjung boleh menikmati keseluruhan pemandangan Bandar Vientiane.


PZ250622


Perut sangat lapar, Panda hanya meminum air oren dan mineral sahaja, Tuk-tuk menghantar panda terus ke hotel. Setelah terlelap seketika, Panda kembali mengerakkan kaki untuk mencari makanan. Jam telah menunjukkkan pukul 5.00 petang. Ada restoren Indian Food yang menawarkan makanan Halal, tetapi belum beroperasi. Sempat melalui Masjid Jamik Vientiane yang kedudukannya agak tersorok. Setelah 2 jam berjalan kaki, Panda menemui restoren Ali, dimana pemiliknya berkahwin dengan warga tempatan dan agak fasih berbahasa Melayu. Pada masa yang sama Panda bertemu Abby dan Penn warga Malaysia yang telah 3 hari di Loas. Mereka menawarkan panda untuk menyertai mereka dan mereka juga telah menempah makanan tempatan dari Pak Ali untuk makan malam. Kali pertama Panda di Indochina dapat menikmati makanan tempat, biasanya hanya Indian Food sahaja.


PZ250585


Malamnya, kami kunjung-mengunjungi ke hotel masing-masing dan terus menikmati malam di Vientiane. Sempat menikmati air kelapa di tepi sungai Mekong dengan suasana paling santai. Menikmati Soup Ikan dan Som tham berapi di restoren Ali dan akhirnya menikmati persembahan ala-ala Lady gaga di sebuh kelab sebelum kebali ke bilik hotel.

PZ260641

26.02.2010 (Jumaat), Kami berkunjung ke Morning Market dan Talat Market, malangnya seperti kebiasaan, Kamera panda kehabisan bateri tanpa warning, kamera kecil pun sama out. Jadi tiada gambar untuk hari ke dua. Untuk membeli-belah di Vientiane agak berbeza suasananya, tuan/puan tidak perlu gusar ditarik atau dimaki, perniaga disini tidak akan melayan tuan/puan selagi tuan puan tidak menegur mereka. Kekadang keliru samada mereka ingin berniaga ataupun tidak. Sekiranya tuan/puan ingin bershooping, lupakanlah Vietiane, tidak banyak pilihan berbanding Thailand ataupun Vietnam.

PZ260646

Petangnya, hari terakhir bagi menghabiskan wang Kip ditangan, kami telah mencuba urutan Lao ataupun Loa massage di Campa Spa. Urutanya sama seperti urutan Thai dan memang menyegarkan. Kosnya hanya Kip63,000 untuk sejam. Ini dikira agak tinggi, tetapi persekitaran spa sangan selesa. Purata harga untuk Loa massage adalah sekitar Kip50,000/sejam di rumah urut biasa. Kami juga sempat singgah ke Loa Nasional Museum.

PZ270678

27.02.2010 (Sabtu) – Penerbangan kami adalah jam 10.05am dari Wattay International Airport, dan tiba ke LCCT Sepang jam 1.40pm. Vietiane bukanlah satu tempat pelancungan ataun membeli belah, tetapi bagi Panda, ia sebuah Bandar yang menarik, tenang walaupun bulan Februari adalah kemuncak musim panasnya. Walaupun orang-orangnya tidak banyak tersenyum seperti orang di Saigon, mereka lebih tenang dan tidak memaksa pelancung atau pelanggan. Lonely Planet memaklumkan bahawa Vientiane adalah antara Bandar yang terselamat di dunia, Panda juga merasainya.

Kota Bahru...Again

New Folder18

Februari 2010, bulan yang agak sibuk dengan jalan-jalan. Sehinggakan Panda tidak sempat untuk memaparkan cerita-cerita baru. 8 Februari 2010 (Isnin) Panda ke Hulu Perak, sampai ke Pekan Pengkalan Hulu, melihat bangunan-bangunan agensi. Kemudian Tahun Baru Cina turun ke KL, untuk 2 hari, bila Panda merajuk, terus balik ipoh. 16-19 Februari 2010, kembalik ke KL untuk berbengkel. dan 21.02.2010 Panda telah ke Kota Bahru untuk mensyuarat unit Panda peringkat Malaysia.

New Folder19

Kali ini mesyuarat agak tenang, lebih tertunpu kepada KPI 2010 (Key performance Index) dan cadangan KRA (key result Area) untuk Rancangan Malaysia ke 10. Setengah hari mesyuarat, petangnya ke Pengkalan Kubur yang sunyi itu. Memandangkan Panda telah mengunjungi tempat yang sama sekitar November 2009 lalu, Keterujaannya tidaklah memuncak sangat.

New Folder20

Sempat juga Panda menikmati laksam, kuih akok dan nasi dagang kelantan yang lama Panda tidak nikmati di Perak. Terubat rindu...

Thursday, February 4, 2010

Thaipusam @ Ipoh

New Folder15

30 Januari 2010 (Sabtu) - Beberapa negeri di Semenanjung seperti Selangor, Penang, perak dan terbaru Kuala Lumpur memberuntukkan cuti pada perayaan ini. Cuma perayaan kali ini jatuh pada hari Sabtu maka tiadalah cuti gantian.

New Folder16

Siangnya Panda hanya berada dirumah dan mengelakkan untuk menempuh jalan di pusat Bandar Ipoh kerana banyak jalan telah ditutup bagi membolehkan perarakkan ini berlansung.

Collages7

Malamnya, Housemate Panda mengajak panda untuk menikmati kemeriahan program ini dan memberi peluang bagi panda untuk mengambil perarakan ini. program berlansung dari Ipoh Padang melalui Jalan Sultan Idris shah hingga bulatan taman Dr dan kuil di depan Taman DR berhadapan dengan bangunan YMCA.

New Folder17

Sebenarnay Panda pun dah tiada idea untuk dipersembahankan dalam blog ini, Panda pun makin berminat untuk ber 'cur-cur' bila usia makin meningkat. Banyak benda perlu dirahsiakan bila hidup memerlukan lebih privasi.... Anyway, enjoy...

Wednesday, January 20, 2010

Ho chi Minh aka Saigon, Vietnam- 3 days 2 nite

saigon 009

10 januari 2010 (Ahad) Panda dan dua gadis telah selamat menaiki pesawat AK880 ke Ho Chi Minh City, walaupun lewat hampir setengah jam. Penerbangan mengambil masa kira-kira dua jam dan kami selamat tiba jam 10.30 pagi waktu tempatan. Didalam penerbangan, Panda ditempatkan bersama warga Malaysia yeng telah tiga tahun bertugas di sana, banyak maklumat atau cerita yang dikongsi bersama. Ada yang menakutkan dan ada yang menggelikan hati.
New Folder
Kami menaiki teksi dengan membeli kupon di Lapangan Terbang, kadar yang dikenakan adalah USD8/teksi. Jaraknya tidak jauh, tetapi mengambil masa setengah jam ke Bui Vien St, Pham Ngu Loa. Lokasi ini dipilih kerana ia berada dikawasan pelancungan yang popular dikalangan backpackers dan berhampiran dengan pasar Ben Thanh Market yang popular di kalangan warga Malaysia dan pelancung luar. Kami tinggal di Nat Thao Guesthouse, 35/4 Bui Vien Street, District 1. Kadarnya USD17-USD25/nite. Selesa dan bersih.
saigon 219
Selepas checkin jam 12 tengahari, kami terus ke pasar Ben Thanh yang berada kira-kira lima minit perjalanan dari guesthouse. Apa yang ada disini? Pasar ini adalah surga fabarik. Menawarkan pelbagai jenis fabrik dan tenunan. Ramai warga Malaysia yang membeli berkodi-kodi kain. Lain-lain, terdapat hasil kraftangan tempatan, makanan dan juga barangan basah. Pasar ini agak bersih dan teratur.
New Folder1
Ketika bahagian belakang pasar, kami telah dipujuk oleh pembeca dengan menjanjikan kami untuk dibawa ke Hong Kong Market yang lebih murah. Meraka telah menunjukkan testimonial dari pelancung-pelancung asing yang ditulis dalam sebuah buku yang memuji perkhidmatan mereka. Bila ditanya caj yang dikenakan, tengan acuh tidak acuh mereka menyebut 50. Kami ingatkan Don50,000 atau lebih kurang USD4.

New Folder2
Dengan gembiranya kami menaiki beca untuk seorang mengelilingi bandar raya Saigon, kami di bawa keThe war Remnants Museum (Pameran kesan peperangan US/Vietnam), disini juga dipamerkan senjata dan jet-jet perjuang Amerika yang tertinggal ketika perang dahulu, kami melalui mahkamah rakyat, pinggiran Sungai Saigon, Saigon Post Office dan akhirnya ke Saigon Norte-Dame Basilica yang terkenal itu. Kami dibawa kembali ke pasar dan kami di charge USD65 bersamaan RM227.50 untuk 3 jam mengelilingi bandar Saigon. Murah tak (dengan Nada Marah)? Semua telah bengang, kami kembali ke pasar dang menghadkan barangan untuk di beli. Panda tidak membeli apa-apa.


New Folder3
Malamnya, Panda berjalan-jalan bersendirian menikmati kesibukkan bandar Saigon yang setiasa sesak.

Hari 2: 11 Januari 20101 (Isnin) Lawatan ke Delta Mekong dengan kos USD10.
New Folder8
Pakej menggunakan bas berhawa dingin, kumpulan kami seramai 23 orang yang majoritinya dari Malaysia (12), Australia (5), Itali (2), dan lain-lain dari US dan UK. perjalanan yang mengambil masa 2 jam ke Delta Mekong melalui jalan darat, kami sempat singgah ke pusat kraftangan bagi orang-orang kurang upaya. Sebenarnya lebih kepada untuk menumpang tandas. Tiba di Jeti Chuong Duong Tourist kami menaiki bot untuk melawat 4 pulau utama di delta tersebut, iaitu Unicorn Island, Phoenix Island, Dragon Island dan Tortoise Island.


New Folder4
Di Unicorn Island kami dibawa melawat kebun madu (pusat ternakan lebah), kami dihidangkan dengan air madu limau serta makanan ringan yang dibuat daripada madu, kemudian kami ke kebun buah-buahan tidak bermusim. Lokasinya adalah dusun Longan. Kami skali lagi dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti ciku, betik, nenas, limau barli dan pisang. Semuanya manis-manis sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian tradisional.
New Folder5
</ p>Setelah didendangkan dengan lagu-lagu rakyat dan menikmati buah-buahan percuma, kami dibawa menaiki sampan menyusuri anak sungai dengan menggunakan sampan. lebih kurang 15 minit kami dibawa ke bot dan terus ke pulau kura-kura untuk melawatperusahaan gula-gula kelapa atau lebih tepat gula-gula santan yang berbau tengik. Sekali lagi kami di jamu. Perut agak lapar, kemudian kami dibawa menaiki kuda untuk menikmati makan tengahari. Menunya nasi putih, sayur rebus dan daging babi goreng. Nasib baik kami bawa bekal sandwish dan maggi in the cup.
New Folder6
Jam 3 petang, kami kembali ke tanah besar dan dibawa ke satu tempat persinggah untuk menurunkan pelancung yang mengambil pakej dua dan tiga hari Delta Mekong. banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Delta Mekong ini.
New Folder7
Jam 5 petang kami sampai ke Saigon dan meneruskan aktiviti shooping nuntuk kali terakhir di pasar. Malamnya kami makan nasi goreng Pakistan berharga 40,000 don ataupun RM10 sepinggan. Tapi kuantitinya boleh dimakan untuk dua orang. Halal punya!
Hari 3- 12 januari 2010 (Selasa)

Hari terakhir, jam 9 pagi waktu tempatan, kami menyertai pakej untuk ke Cu chi Tunnel. Ia adalah jaringan terowong bawah tanah yang digunakan selama 10 tahun semasa perang Vietnam/US 1965-1975. Dimana orang-orang kampung yang menyokong komunis pada waktu itu menggunakan terowong ini untuk meneruskan kehidupan sewaktu diserang oleh US dan tentera kerajaan pada waktu itu. Kos pakej adalah USD5 dan untuk memasuki kawasan terowong di caj 75,000 don (USD4.80) untuk semua lokasi yang disenaraikan. Kami berpeluang memasuki terowong dan menggunakan senjata peninggalan Amerika.


New Folder9
Kami kembali ke Saigon dan tiba pada jam 3 petang, rehat seketika sebelum menaiki pesawat jam 7.40pm waktu tempatan. Kami tiba di LCCT Sepang jam 11.00 malam.


saigon 212
Perhatian buat pelancung yang ingin ke HO chi Minh ataupun Saigon ini, sila gunakan kemudahan yang disediakan yang mempamerkan tanda harga, tawar menawar amatlah digalakan. Bayar dahulu bagi mengelakkan dikenakan sebarang caj tambahan. Perkataan paling popular di sini selepas servis diberikan adalah 'TIPs-Tips'.... Sehinggakan hon motosikal pun berbunyi 'tips-tips'. Terdapat 5 juta motosikal di Saigon City dan penduduknya 9 juta orang. Untuk melintas jalan, kita perlu memandang kesua arah, kerana motosikal boleh datang dari mana-mana arah yang tidak disangka-sangka. Panda sendiri hampir dilanggar motosikal. Beca- tolong jangan percaya kepada mereka, begitu juga motorsikal, bincang harga dan bayar terus. Teksi di sini agak memuaskan dan boleh berurusan terus dengan hotel. Kalun kesian boleh bagi tips. Orang-orang Saigon memang comel dan manis dengan senyuman. Nasib baiklah panda hanya tinggal 3 hari sahaja, jika tidak....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com