Saturday, July 18, 2009

Kuala Rompin

rompin 044

Kuala Rompin, Pahang

Panda baru sahaja habis menonton Nurkasih secara online. Tak sempat menonton waktu perdana tadi. Panda tergesa-gesa ke Sri Manjung bagi mengambil bahan pameran untuk Hari Kooperasi Peringkat Kebangsaan siang nanti di Stadium Indera Mulia, TPM akan merasmikannya. Mulanya booth yang diberikan hanya seluas 10'x10' tetapi bila tiba rupanya 1 khemah 20'x20'. Terpaksalah Panda kontek cawangan lain untuk dapatkan tambahan bahan.

My creation

Binatang apakah ini? pics diambil masa di kampung...

Minggu ini memang penuh, bermula hari Isnin 13.7.2009 sehinggalah tengahari Jumaat 17.7.2009 dipenuhi pelbagai mesyuarat. Panda pun sampai terlelap-lelap lah dok di meja meeting tersebut.
Minggu lepas, 8-10 Julai 2009 Panda berada di Kuala Lumpur, dalam misi belajar buat kerja, sambil-sambil harapannya nak la merasakan mega sales di Kuala Lumpur. Malangnya kaki Panda terseliuh, dan terpaksalah malam 9.7.2009 (Khamis) berada didalam bilik hotel bersendirian menahan sakit. Nak keluar makan pun tak dapat. Nasib baik pagi Jumaat bengkaknya hampir surut. Panda berjengket2 dari Hotel ke Ibupejabat.

My creation

Petangnya Panda bersama seseorang telah pulang ke Kuala Rompin, jadual yang singkat walaupun kaki sakit, tetapi masih boleh menekan klase kereta Panda yang hebat lagi panas macam sauna pulang ke kampung. Sempat juga singgah ke Kuala Pilah untuk brsama-sama Timbalan Menteri KKLW melancarkan program Basmi Kemiskinan peringkat Negeri Sembilan. Selepas itu kami menikmati ABC di stesen bas Kuala Pilah. Antara rutin Panda bila on the way balik ke Kuala Rompin. Kami tiba agak lewat, kira-kira jam 11.00pm ke Kampung Kolam, Kuala Rompin.

rompin 123

Sabtunya 11.7.2009 Panda bersama keluarga menikmati durian dan petangnya jejans ke Jeti Nelayan Kuala Rompin di Bandar lama. Setelah itu singgah sebentar di Pantai Hiburan untuk menikmati Lai Chi Kan susu bersama rojak petis yang tak berapa enak.

My creation

Ahad, Panda meneruskan perjalanan sejauh 550km (lebih kurang) dari Kuala Rompin-Kuala Lumpur-Ipoh didalam sauna yang boleh membekar lelemak badan...

My creation


18-19 Julai 2009, Panda akan berada di Stadium Indera Mulia Ipoh bagi menyertai pameran Agensi di Sambutan Hari Kooperasi Negara 2009. Mai la nak join..Panda sorang kat sana..

Tuesday, July 7, 2009

Sahabat dari Brunei Darul Salam

P7033384

Sekadar gambar hiasan, diambil ketika dalam bas Manjung-KL 3.30pm 03.07.2009

03.07.2009 (Jumaat)- Paginya Panda ke Manjung bersama rerakan opis. Menghadiri hari Bersama Pelanggan di Plaza Setiawan, serentak dengan program anjuran MARA- Karnival Jualan Mega dengan taglinenya 'Jual Runcit, Harga Borong'. Program berlansung selama 3 hari bermula 3-5.07.2009. Lepas ini program akan berlangsung di Greentown Mall, Ipoh pada 24-26.07.2009, sebelum Panda bermesyuarat di Kundasang, Sabah pada 28-31 Julai 2009 dan terus berada di Kota Kinabalu sehingga pagi 2.08.2009 untuk sessi Chak-chak Cur (kalau sempat).

Petangnya jam 3.50pm, Panda meneruskan perjalanan dari Sri Manjung ke Kuala Lumpur untuk menyambut kehadiran Sabahat dari Brunei Darul Salam- Kal Omar. Program memang telah dirancang lama bagi membawa beliau jejas sekitar KL. Tapi Panda takder la nak drive (Jimat Bujet). Perjalanan mengambil masa 4 jam 30 minit menggunakan bas transnasional.

My creation

04.07.2009 (sabtu) - Panda dan Kal telah ditemani adik Panda sekeluarga memulakan cuti-cuti Malaysia ke Putrajaya, Dimulakan dengan mercu mellenium, kemudian ke Dataran Putra untuk Solat Zohor, PICC dan Alamanda. Kemudian menikmati senja di Bukit Belacan sambil menikmati panorama Luala Lumpur diwaktu senja (?) yang kelam.

P7053572

05.07.2009 (Ahad) - Kali ini, berada di sekitar Bukit Bintang, menonton Ice Age 3D di Pavallion, makan di Food Republic dan terus ke KLCC.

My creation

06.07.2009 (Isnin) - Selepas lunch, Panda mengiringi Kal ke LCCT, jam 4pm kembali ke Ipoh. Harap Kal enjoy his short life kat KL ni walaupun Panda bukannya pernah tinggal di KL lebih 2 minggu. Mana tau lepas ini Panda nak jadi orang KL lak...

08-10.07.2009 (Rabu-Jumaat) Panda kan ke KL lagi, ade bengkel penggiraan Muqasah di HQ, dan jangkanya petang Jumaat akan balik kampung (Kuala Rompin) sebelum Ramadhan. Program bulan Julai agak penuh buat Panda. Jejans jer...

Wednesday, July 1, 2009

Cerita lama...kisah baru

My creation

Cerita lama, kejadian ini berlaku sehari sebelum Panda ke China, 29 Mei 2009 (Jumaat). Sudah sebulan berlalu. Cuma Panda nak sharekan saja kat sini. Bagi meraikan seorang rakan... Walaupun agak rushing nak kemas barang ke China dan masa yang sama mengiringi perkahwinan tuan Syed kita. Panda tak dapat menghadiri hari besarnya. Cukuplah menghadiri hari pernikahannya. Kata orang tunjuk muka.

My creation

Menariknya hari itu terdapat 9 pasangan yang dinikahkan secara serentak, Tuan Syed kita adalah pasangan pertama. Tetapi kena tunggu lama juga, kerana kghutbah nikahnya dibuat secara serentak, begitu juga taklidnya. Majlis yang bermula lepas Asar dan habisnya hampir waktu Magrib.

My creation

Bagus juga hadir program sebegini, boleh la ambil iktibar dan panduan mana-mana yang patut. Moral, kahwin masa permulaan cuti sekolah, Jadi Juru nikah xtanya banyak-banyak.

Hari ini 03.07.2009 (Rabu), Kesihatan Panda masih lagi kurang memuaskan... dah seminggu xbuat cardio. makin letih adalah. Cuma, Panda ala-ala dibawah pengaruh dadah lagi... Harap boleh sihat sebelum jumaat ni... Nanti takleh nak Chak-chak Cur weekend ni:-P

Tambahan pula malam ni nak nonton Transformer kat Jusco. Tiket dah beli seminggu yang lalu.

Sunday, June 28, 2009

Nur Kasih

"isteri orang ada intan berlian,isteri abang?"
"Isteri abang ada abang..."

Dah lama Panda tak menonton Drama melayu, kecuali Keliwon setiap khamis di TV3, bukannya kerana siri itu best, tapi untuk dikritik bersama housemate. Bagaimana Rasyid Sibir merosakkan reputasinya sebagai pengarah yang tersohor dengan cerita air mata, tetiba menghasilkan cerita hampas dan menyakitkan mata untuk ditonton..

Panda mula menonton secara tidak sengaja ketika makan malam di medan makan flat ashby bersama-sama PT Kinta dan bebudak praktikal... Tak sangka pula drama ini ala-ala berbeza, drama berlatar belakangkan Kampung yang indah, konflik anak dan bapa.... memang menyentuh hati. So weekend ini Panda ber marathon depan PC mendowload untuk meonton dari awal lagi. bermula episod 1 hingga 5. memang menyentuh hati... Terasa seperti masa dikampung. Apabila Ustaz Hassan meninggal, rasa macam masa bapa saudara Panda meninggal dulu... Sebab Panda tengah tido...

Some komen yang dibaca... Kalu drama ini di filemkan, tarafnya, kaedah penceritaanya mesti lebih kurang Ayat-ayat cinta atau gadis berkalung Serban dari Indonesia... Teknik cinemagrafiknya pun hebat... Apatah lagi lakonannya... Tahniah kepada warga pelakon, pekerja, pengarah dan penulis cerita dan skripnya... Tuan puan bolehlah menontonya di youtube ataupun di www.tv3.com.my/nurkasih

Takziah but Keluarga MJ dan FF yang meninggal jumaat lepas....

Monday, June 22, 2009

Pertandingan Bina Badan - Open Perak 2009

binabadan 335

Setelah dua minggu tiada aktiviti menarik yang boleh dikongsi di blog ini, Panda telah dicadangkan untuk menyertai kejohanan Bina Badan terbuka Perak 2009, bukan sebagai peserta, tetapi untuk mengasah bakat dalam mengambil gambar event. Pada 20 Jun 2009 (Sabtu) yang lalu, seharian Panda di Ipoh Parade bersama-sama berpuluh-puluh orang yang lain berebut-rebut mengambil gambar.

My creation

Kejohanan yang melibatkan beberapa kategori, bermula dengan terbuka (peserta amatur yang tak pernah naik pentas), kemudian remaja (bawah 21 tahun), light weight, bawah 65kg dan heavy weight)

My creation

binabadan 341

Aksi penonton juga mencuit hati. Disamping berebut-rebut mengambil gambar. Bagi yang tahu akan mengomen macam masuk AF jugak la. Panda pun hanya kenal beberapa pengujung dan peserta sahaja. Itupun tidak lah pula bertegur sapa ketika di gym.

binabadan 290

Aksi sang Juara, dari TLDM Lumut dan akan mewakili Perak bagi pertandingan peringkat Kebangsaan. Beliau memenangi peringkat bawah 65kg dan Champion of the Champions...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com