Monday, July 9, 2012

Kansai - Osaka siri 2


Hari 2, Tido di tilam Jepun memang melenakan, hampir lebuh waktu subuh. Selepas bersarapan Maggi in Cup yang di bawa dari Malaysia. Kami memulakan langkah dari Hotel Taiyo yang bersebelahan Dobutsuen-mae Subway station. Kami berjalan kaki ke Tennoji untuk ke  Shitennoji Temple (Chushingaran, Honbo Garden).


Berjalan kaki hampir 30 minit dan kedudukan temple ini di belakang bangunan moden. Tetapi masih terpelihara. Ini adalah temple Buddha yang pertama di Jepun yang di bina oleh Putera Shoutoku. Ia menempatakan hampir 500 khazanah negara dan harta kebudayaan yang penting.
Subway yang paling hampir dengan temple ini adalah  subway Tanimachi Line iaitu Shitennojimae Yuhigaoka Station. Cuma mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Bayaran masuk adalah Y300.



Selain dari Temple Buddha, di sini juga menempatkan sebuah taman Jepun yang sangat cantik dan bersih. Taman yang di kenali dengan nama  Hambo garden.


Dari Shitennoji Temple, kami ke Osaka Caste Area, menggunakan  subway Tanimachi Line di stesen Shitennojimae Yuhigaoka dan berhenti di Tanimachi Station. Lokasi pertama adalah Osaka Museum of History (Y600). Muzium ini terletak bersebelahan dengan bangunan penyiaran Jepun, NHK Osaka.


Di sini menempatkan perjalanan kehidupan rakyat Osaka bermula dari zaman dahulu, berlatar belakangkan Istana Maharaja Naniwanimiya di zaman Nara hinggalah zaman semasa Osaka. Setiap zaman di tempatkan di tingkat yang berasingan bermula dari tingkat 8 dan menuruni tingkat demi tingkat.


Selepas itu, kami ke Osaka Castle Nishinomaru Garden (Y200). Taman ini amat popular pada musim bunga kerana ia akan di penuhi oleh bunga-bunga sakura yang berwarna putih dan merah jambu. Memandangkan panda mengunjungi puncak musim panas, hanya kehijauan sahaja menyelubungi taman ini.


Osaka Castle (Y600) terletak di tengah-tengah taman ini. Istana ini menempatkan warisan  kebudayaan zaman Toyotoni Hideyoshi dan Osaka Castle sendiri. Kedudukannya yang berada di puncak membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandaraya Osaka. 


Di sini juga teretaknya Musium lama Osaka yang tidak lagi di gunakan. Hokoku Shine atau  gerbang jepun yang di buat dari kayu.


Dari Osaka Castle, kami menaiki subway ke Umeda Station, dan menukar stesen untuk ke Chekune, menggunkan Hanshin Line, kadar bayaran sekitar Y160 kerana Hashin line adalah keretapi jarak jauh yang ke luar Osaka. 


Tujuan kami adalah untuk berkunjung ke Masjid Jamek Osaka. Kedudukan Masjid ini berada di luar kawasan perniagaan Osaka. Dari stesen keretapi ke sini mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Kami berhajat untuk solat jamak takhir Asar. Alhamdullillah, rezeki kami, dapat berjemaah Asar pada jam 5:15 petang. Masjid ini bersolat lewat dari waktu Asar yang masuk ada jam 3:15 petang. Ini memberi peluang muslimin yang bekerja dapat solat berjamaah sama. Di tingkat bawah masjid ini terdaat juga barangan halal yang di import dari Asia Selatan dan juga Indonesia dan Malaysia.



Setelah solat, kami ke Bay Area dengan harapan untuk menaiki Tempozan Giant Ferris Whell, tetapi rezeki tidak menyebelahi kami kerana ia di tutup pada hari ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kami hanya mengambil gambar personal dan  ke Natural Open Air hot spring and Spa Suminoe. Dengan Y2,700 Osaka Unlimited Pass, panda dapat gunakan  Y5,350 untuk bayaran masuk dan kos subway yang percuma. Berbaloi-baloi.

Thursday, July 5, 2012

Kansai - Osaka siri 1

Photo

Setelah menunggu 15 bulan, akhirnya impian untuk menjejakkan kaki ke nagara matahari terbit terlaksana. Pada 27 Jun 2012, pesawat D7532 berlepas dari terminal LCCT jam 0130 menuju ke Kansai International Airport (KIX). Perjalanan mengambil masa 6 jam 30 minit.



Kami tiba kira-kira jam 0830 di KIX, proses immergresen yang agak pantas oleh kakitangan yang berdedikasi warga Jepun. Untuk makluman, visa di perlukan untuk memasuki negara ini. Visanya adalah percuma, tetapi pemohon perlu mengemukakan penyata bank terkini yang di sahkan oleh bank, surat pengesahan kerja oleh majikan, ilternari lawatan dan beberapa benda lagi.

Photo

Kami mengambil masa agak lama di KIX bagi menentukan mood perjalanan ke Osaka, bagi pelancung asing, banyak kemudahan perjalanan yang di sediakan. Tetapi yang paling utama adalah keretapi. Pelbagai pakej di sediakan seperti Kansai Pass, JR Pass dan Osaka unlimited Pass. Kami membeli Osaka unlimited Pass untuk 2 hari bernilai Yen2700. Jika sehari passnya Y2000. Kadar tukaran semasa adalah Y1000 = RM40.10. Pemilihan ini di sebabkan oleh penjimatan yang di tawarkan. Pelanggan boleh mengunakan semua jaringan kemudahan subway train dan 28 tempat menarik dengan percuma, dan diskaun untuk 13 tempat-tempat menarik lain. Dari KIX kami menuju ke Shi Imamiya menggunakan  Nakai Main line dengan tiket Y890 sehala.


Kami daftar masuk ke Hotel Taiyo yang mengambil masa 5 minit perjalanannya dari stesen Shin Imamiya Nakai Main Line, Jika anda menggunakan JR, tiketnya Y1300, lebih mahal. Kadar penginapan kami adalah Y15,500 + servis caj USD2 untuk tempahan melalui bookhostel.com. Kami berada di Osaka untuk 6 hari 5 malam.


Selepas mendaftar masuk, tanpa membuang masa kami terus menuju ke Tennoji and Shinsekai. Cuma 10 minit perjalanan dari Hotel. Kawasan ini meriah dengan warna merah puth. Laluan pejalan kakinya di penuhi dengan restoren makanan Jepun yang pelbagai. Di sini juga terdapatnya Tsutenkaku Tower (Y600) atau pun di kenali sebagai Naniwa's Eiffel Tower di kalangan penduduk Osaka. Dari sini anda boleh melihat sebahagian kota Osaka.


Selepas itu, kami ke Tennoji Zoo. Keadaan di zoo ini sangat bersih. Haiwan-haiwannya gemuk-gemuk tetapi kesunyian. Rasanya Zoo Negara lebih besar dan menarik. Memandangkan zoo ini di dalam pakej Osaka Unlimited pass, jadi kami masuk ajer la. Jika tidak bayarannya Y500.


Kami ke pintu belakang dengan harapan dapat mengunjungi Shitennoji Temple, Osaka Human Right Museum (Liberty Osaka) dan Osaka City Museum of Art. Tetapi hasrat itu terpaksa di tangguhkan kerana masa yang terhad. Kami menaiki subway di Tennoji menuju ke Umeda.


Umeda adalah pusat bagi kebanyakan stesen keretapi di Osaka termasuk JR Line (menuju ke Lapangan Terbang Utama, Kyoto, Nara dan Kobe), Hanshin Main Line, dan Keihan Electric raiway. Tujuan kami ke sini adalah untuk menikmati tarikan utama iaitu Kita Area. Disini terdapatnya pusat membeli belah utama Hankyu dan juga HEP FIVE Ferris Wheel yang berwarna merah, Floating Garden Observatory, Osaka Museum of Housing Living, Osaka Science museum, Osaka of Oriental Ceramics dan Natural Hot Spring Naniwa no Yu.


Semua ini terdapat dalam kawasan Kita, dan apa yang panda tulis ini adalah yang termasuk dalam pakej unlimited Pass, yang berbayar panda tidak masukkan walaupun banyak terdapat di sekitar. Panda juga tidak memasuki semua tempat tersebut, bergantung kepada masa dan waktu operasi.


Di kawasan Kita, kami mengunjungi HEP FIVE Ferris Whell (Y500) dan ke Floating Garden Observatory (Y700). Kedua-dua lokasi ini berda di tempat yang tinggi. Pengunjung boleh melihat sebahagian bandar Osaka yang besar ini.

Malamnya, kami mengunjungi Natural hot spring Naniwa no Yu (Y700). Kami menaiki subway dari Umeda ke Tenjimbashisuji 6-chome untuk ke sini. Tiada gambar di benarkan di sini. Kepenatan berjalanan dan kekurangan tidur terhapus dengan kehangatan air panas.

Saturday, June 16, 2012

Makan 'Ketam' di Pulau Ketam, Kelang


14 Jun 2012 (Khamis), Kuala Lumpur telah mula hilang di dalam kekelaman asap jerebu. Kesan dari musim panas monsun baratdaya dan 'jiran' yang sedang berpesta api. Walaupun ketika melintasi kawasan sepang dan Kuala Langat banyak terlihat kempulan-kempulan asap yang menjulang ke udara.


Idea untuk ke Pulau Ketam ini tercetus apabila melihat gambar-gambar yag di poskan oleh rakan-rakan mukabuki di tembok-tembok mereka. Ia melahirkan cetusan baru kepada panda. Tambahan pula panda teringin untuk memakan ketam dengan harapan pulau ini ada menyediakan menu ketam bercili.


Bersemperna dengan kehadiran Alfean aziz dari Kuching Serawak, yang akan menghadiri seminar di Mannes Canada dan New York pada 15 June ini. Sebagai membalas jaya layanan beliau ketika panda mengunjungi Borneo beberapa tahun sudah. Panda terfikir untuk membawa beliau ke luar Kuala Lumpur.


Kami memulakan perjalanan jam 12 tengahari dari Kuala Lumpur dan tiba di Pelabuhan Kelang pada jam 1.00 tengahari. Tiket boleh dibeli di jeti Pulau Ketam dengan harga RM7 sehala. Menggunakan bot laju sepeti di Serawak, perjalanan mengambil masa 45 minit ke Jeti Pulau Ketam. Sekiranya dari Kuala Lumpur, kita juga boleh menaiki Komuter yang menuju ke Pelabuhan Kelang. Stesennya di hadapan jeti Pulau ketam dan Jeti Dumai Indonesia.



Kami tiba jam 2 petang di Pulau ini, apabila melangkah ke sini, panda dapat  rasakan berada di satu zaman yang amat berbeza. Penduduknya masih lagi ramah. pengangkutan utama adalah basikal yang unik. Teringat zaman 80'an dahulu, waktu panda masih bersekolah.



Memandangkan hari ini hari berkerja, banyak premis perniagaan yang tidak beroperasi. Punca ekonomi utama pulau ini adalah nelayan dan pelancungan. Terdapat beberapa hotel yang menawarkan pakej-pekej pelancungan yang menarik seperti lawatan ke kelong dan memancing.



Terdapat beberapa tokong yang boleh dilawati. Tokong-tokong ini di warnakan dengan warna yang terang dan menarik. Bagi pengunjung muslim, terdapat pusat Islam untuk mendirikan solat. Klinik, balai polis dan Sekolah juga terdapat di sini.


Pulau ini tidaklah semeriah Pulau Pangkor, tetapi untuk lari dari kesesakan Lembah Kelang dengan jarak yang pendek, ia adalah tempat yang sesuai. Orang-orang di sini juga biasa dengan pengunjung. Mereka juga ramah.


Makan? Tidak pasti ada restoren muslim atau tidak, tetapi restoren di sini menawarkan makanan laut dan di katakan tidak menawarkan makanan yang 'No Pork No Lard'. Nampak menarik melihat ketam bercili, udang Lipan goreng dan udang karang. Tetapi kami tidak makan di sini.


Kami kembali ke Tanah Besar jam 3.15 petang. Ferri di sini boleh dikatakan setiap satu jam perkhidmatannya. Tiba di pelabuhan Kelang jam 4 petang.

Wednesday, June 6, 2012

Kisah Penjaga Parking yang Naik A380



5 Jun 2012 (selasa), panda pada awalnya di arahkan untuk 'menjaga parking' di tempat letak kereta terbuka di KLIA. Tetapi di saat akhir position panda telah di upgrade ke terminal utama KLIA, jadi tidaklah berpanas panda di tempat letak kereta tersebut.


Program bermula seawal jam 8.00 pagi, dengan urusan daftar masuk penumpang di kaunter B, panda menunggu tetamu-tetamu yang datang menggunakan shuttle bas. Ada juga beberapa blogger yang telah dijemput hadir bagi memeriahkan suasana. Hanya sempat berkenalan dengan Blogserius sahaja. Yang lain tidak sempat bersembang pun.


Disenaraikan sekitar 500 orang menyertai penerbangan Joyride ini. Panda pun tidak pasti apa makna Joyride dalam bahasa melayu, bila di terjemah oleh Pakcik Google, ia hanya tulis 'menaiki kegembiraan'. Tapi pengalaman menaiki pesawat baru, sama seperti bila anda membeli kereta baru, anda akan mengajak seluruh sahabat andai dan jran-jiran untuk menumpang sama dan mengalami kehebatan kereta baru anda. Seperti demikianlah maksub joyride ini.

Kelas Ekonomi

Apa yang uniknya, walaupun nama panda tiada dalam senarai tetamu untuk menyertai penerbangan, hanya sekadar menjaga parking. Rezeki menyebelahi panda, ada tetamu yang tidak muncul walaupun urusan daftar masuk telah di tutup, dapatlah panda yang memegang status menunggu untuk menaiki pesawat A380.

Kelas perniagaan (Business Class)

Panda di tempatkan di kelas ekonomi yang dihujung ekor pesawat A380 bernombor 79C.  Apa yang menarik di sini adalah skrin hiburannya lebih besar dari kapal terbang yang lain. Bersaiz 10', seperti menonton di Samsung Tab 10.1. Apa yang menarik lagi, waktu pelepasan, taxi dan mendarat, penumpang boleh menyaksikan sendiri tayangan pergerakkan kapal terbang dari kamera di ekor pesawat. Selain itu, satu port USB juga di sediakan, bolehlah mengecaj apa-apa yag boleh di caj menggunakan USB ini.

Bersama Tun Mahathir

Bersama Ahmad Jauhari (Malaysia Airlines GCEO)

Walaupun di tempatkan di kelas ekonomi, panda berpeluang mengunjungi kelas perniagaan, panda mengikut krew pengambaran dan pengurus krew kabin. Semasa menikmati kemudahan di Kelas Perniagaan, kami di kunjungi oleh tertamu kehormat iaitu Tun Mahathir, sempatlah panda bergambar bersama beliau.

Pulau Langkawi


Penerbangan selama 2 jam 30 minit, bermula di KLIA ke Langkawi dan mengelilingi pulau Langkawi sebanyak 2 kali dengan ketinggian 5,000 kaki (?) dan kembali ke KLIA, Kemudian berehat seketika, jam 3.30 petang, kami sekali lagi terbang mengelilingi lembah kelang dengan ketinggian yang sama.


Ini adalah pengalaman yang mengujakan ramai orang, berada dalam A380, the BIG Flight (buat masa ini) dan juga bagi Malaysia Airlines, syarikat penerbangan ke 8 di dunia yang memiliki pesawat ini. Walaupun usaha untuk mendapatkannya telah di mulakan sejak tahun 2003 lagi.


Penerbangan penuh pesawat A380 ini akan bermula pada 1 Julai 2012 antara Kuala Lumpur ke London. Kekerapan 3 kali seminggu. Kekerapan A380 pada setiap hari apabila pesawat kedua yang di jangkakan tiba pada Julai. Malukmat lanjut bolehlah berkunjung ke laman sesawang Malaysia Airlines.


Penerbangan berakhir sekitar 4 petang, satu lagi mengalaman menarik adalah terbang di latitud rendah menjadikan pesawat lebih berayun. terutamanya yang berada di belakang persawat. Kami di belakang juga sempat menyaksikan similator menyelamatkan pesakit jantung ketika dalam penerbangan. Perkara yang amat jarang berlaku.


Akhirnya, penumpang mendapat sijil perhargaan dari Malaysia Airlines. Kawan-kawan, seronok naik kapal terbang ini. Lebih-lebih lagi kepada penjaga parking.

Friday, June 1, 2012

Krabi - Cerita akhir


Sekadar menggulung cerita kerabi, hamir sebulan untuk ke pengakhiran siri ini. Sejak 2 menjak ini kehidupan yang tidak tentu arah menyebabkan akiviti-aktiviti lazim menjadi sukar untuk di teruskan. Hampir 14 minggu tdak menonton television apatah lagi siaran tv nasional.


Walaupun di tahap tepu ini, ada teman-teman sekelas mangajak ke luar nega menggunakan keretapi, tetpi tidak dapat dipenuhi kerana keperluan -keperluan untuk menghadiri seminar dan bermacam rupa program lagi.

phat tai

embali dengan cerita Krabi. Apa yang panda sukakan bila berada di Thailand adalah makanannya yang mempunyai rasa yang sangat 'lengkap'. Masam, manis, masin di adun sebegitu rupa. Sesuai dengan lidah manusia. Mat Salleh beratur untuk menikati ayam panggang, pulut mangga ataupun phat tai.


Satu lagi, mereka akan maklumkan kepada pelanggan sekiranya di dapati pelanggan mempunyai pewatakan muslim bahawa mereka tidak menyediakan makanan 100% halal. Air buah-buahannya juga pelbagai, dengan Bath40 boleh menikmai kelapa lemon shake yang menyegarkan. Satu lagi keunikan adalah barangan seprti buah-buahan boleh di tinggalkan di gerai tanpa penjaga. Tertanya-tanya juga dalam hati tidak ada pencuri kah di sini?



Selain itu, jika berjumpa telur ayam bakar jangan lupa untuk mencuba, selain keladi purple yang digoreng ranggup. Aiskrim cendol un sedap.


Foto diatas adalah tempat menunggu bas,

Panda pun tidak sabar menuggu utuk trip berikutnya. Akhir bulan Jun ini. Visa pun masih belum dibuat permohonan. Perlu sedikit rehat sebelum meneruskan ke semester yang berikutnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com