Wednesday, July 1, 2015

Transit di Geneva


Perjalanan pulang ke Moscow masih menggunakan Swiss Air, trasit di Geneva selama 5 jam. Di kesempatan yang sedikit ini kami keluar daripada lapangan terbang dan menuju ke pusat bandar Gevena. Kurang dari 30 minit perjalanan menggunakan keretapi. Swiss memang terkenal dengan keretapi yang mengelilingi negara dan ke seluruh Eropah.


Kami membeli tiket Euro10 untuk 2 orang bagi kegunaan hujung minggu mana-mana destinasi di Geneva. Tiket perlu di beli di kaunter. Jaraknya hanya 2 stesen sahaja dari Lapangan Terbang. Bandar Geneva berada di tepi Tasik Geneva yang luas lagi sejuk. Ini adalah kali ke dua panda menjejakan kaki di bumi Swiss ini.




Kami menyusuri tebingan Tasik Geneva ini dalam kesejukan petang. Seperti biasa kedai-kedai tidak beroperasi pada hari minggu. Kami hanya menikmati keindahan bangunan-bangunan yang ada di bandar ini.



Switzerland amat terkenal dengan ski-resort nya. Semasa di lapangan terbang, memang jelas kelihatan orang ramai mebawa beg-beg ski yang besar-besar dan terus menaiki kretapi ke resort-resort salji di pergunungan sekitar Geneva. 




Dari lokasi tertinggi di bandar ini akan jelas kelihatan gunung-gunung yang di liputi salji, di dalam kapal terbang pun panda boleh melihat garis sempadan antara kawasan yang bersalji dan kawasan berumput sejuk. Pemandangan di pergunungan amat menakjubkan sekali.




Masalah utama adalah tukaran asing bagi Swissfrance tidak lagi seperti 2013, kali ini nilai nya sama denga matawang euro tetapi harga di sini berkali ganda mahalnya. jika di Paris, pengunjung boleh menikmati sarbauck coffe dalam euro3, tetapi di sini harganya mencecah SF8. Nasib baiklah panda hanya transit di sini, jika tidak bocor poket.




Tamatlah perjalanan untuk 4 hari dan kali pertama keluar dari bumi Russia yang sangat sejuk. Bila dapat merasai kehangatan matahari rasa sangat bersyukur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com