Friday, May 29, 2015

Palacio Nacional da Pena- 7 keajaiban Portugal


Setelah berhenti penat di Kota Moor, pendakian di teruskan ke Istana Negara Pena, salah satu dari 7 keajaiban yang berada di Portugal. Kunjungan ke Lisbon membolehkan Panda mengunjungi 3 di antaranya. 7 kajaiban di Portugal adalah - Castle of Guimarães, 10th century, Óbidos Castle, 1195, Batalha Monastery, 1385, Alcobaça Monastery, 1153, Jerónimos Monastery, 1502, Pena National Palace, 1838, dan Belém Tower, 1521(rujuk wikipedia-seven wonders of Portugal).



The Pena Istana Negara ( Portugis : Palacio Nacional da Pena ) adalah sebuah istana di São Pedro de Penaferrim , dalam perbandaran di Sintra , Portugal . Istana itu berdiri di atas sebuah bukit di atas bandar Sintra, dan pada hari terang ia boleh dilihat dengan mudah dari Lisbon. Ia adalah monumen kebangsaan dan merupakan salah satu ungkapan yang berlaku pada abad ke-19 Romantisisme di dunia. Istana adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Portugal . Ia juga digunakan untuk majlis-majlis negeri oleh Presiden Republik Portugis dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain.


Sejarah bangunan ini bermula seawal zaman pertengahan, apabila sebuah gereja khusus buat ur Lady of Pena telah dibina di atas bukit di atas Sintra. Menurut tradisi, pembinaan berlaku selepas apparition daripada Virgin Mary. Pada 1493, Raja John II , diiringi isterinya Queen Leonor , berziarah ke tempat ini untuk memenuhi nazar. Penggantinya, Raja Manuel I , juga sangat suka tempat kudus ini, dan mengarahkan pembinaan sebuah biara di sini untuk diabadikan kepada  Saint Jerome.
 







Kedudukan biara yang berada di atas bukit menyebabkannya sering terbakar akibat panahan petir, tetapi pada 1755, gempa bumi hebat telah melanda kawasan ini menyebabkan biara dan kawasan ini terbiar. Pada tahun 1838, sebagai raja permaisuri Ferdinand II, memutuskan untuk mengambil alih kawasan biara lama, estet-estet yang berhampiran dengan Kota Moors dan beberapa kawasan lain di kawasan itu. Raja Ferdinand kemudian menetapkan untuk mengubah tinggalan biara kepada sebuah istana yang berfungsi sebagai kediaman musim panas untuk keluarga diraja Portugis.

Kerja-kerja pembinaan semula telah diberikan kepada Leftenan Jeneral dan jurutera perlombongan Baron Wilhelm Ludwig von Eschwege . Eschwege, seorang arkitek  German,pengalaman luas berkaitan istana-istana di sepanjang Sungai Rhine German. Pembinaan berlaku di antara 1842-1854, walaupun ia hampir siap pada tahun 1847: King Ferdinand dan Queen Maria II campur tangan untuk terlibat sama dalam penetuan dekorasi dalaman istana. Raja mencadangkan gerbang bilik kebal mengunakan dekorasi Zaman Pertengahan dan Islam dimasukkan, dan dia juga mereka tingkap hiasan untuk façade utama.




Jika ada masa yang panjang, pengunjung boleh mengunjungi taman seluas 200 ekar yang dikenali sebagai taman istana Pena. Taman ini telah direkabentuk pada masa yang sama dengan pembinaan istana oleh Raja Ferdinand II, yang telah dibantu oleh Baron von Eschwege dan Baron von Kessler . Pelbagai tumbuhan termasuk Amerika Utara Sequoia , Cypress Lawson itu , Magnolia dan Barat Redcedar , Cina Ginkgo , Jepun Cryptomeria , dan pelbagai jenis paku-pakis dan paku-pakis pokok dari Australia dan New Zealand , tertumpu di Queen Fern Garden ( Feteira da Rainha ) telah ditanam di sini. Taman ini mempunyai sistem labyrinthic laluan dan jalan-jalan sempit, menghubungkan istana dengan banyak tempat menarik di seluruh taman.

~cerita di sesuaikan dari wikipedia Pena Istana Negara

Monday, May 25, 2015

Cantiknya Sintra- penatnya kaki mendaki....


Hari ketiga, setelah merasakan sebahagian Lisbon telah di jelajahi. Panda mengambil keputusan untuk ke penghujung benua Eropah yang hanya beberapa jam dari Lisbon. Pengungjung di nasihatkan membeli tiket harian yang berharga 15 sehari, ini lebih menjimatkan kerana pengungjung boleh menggunakan hampir semua kemudahan awam di kawasan Lisbon ini. Jika ada duit lebih tiada masalah untuk mengambil tiket berdasarkan trip.


Hari ketiga dan terakhir ini, adalah ke Sintra, kota romantik yang berada berhampiran laut dan memiliki Istana yang mesti di kunjungi di Eropah. Perjalanan dengan keretapi adalah sekitar 45 minit. Sepanjang perjalanan penumpang akan disajikan dengan pemandangan biasa eropah iaitu padang rumput dan semak samun. Banyak juga grafiti yang di lakarkan disepanjang tembok landasan keretapi.


Bandar ini telah mendapat taraf UNESCO World Heritage Site dan ia telah diduduki seawal 30BC dan menerima banyak pengaruh peradapan daripada Rom, Moor sewaktu perkembangan Andalusia dan Kristianisasi selepas abad ke 10. Jika Kita berada di kawasan Lisbon dan Sintra (Sekadar menyebut dua kerana ini adalah lokasi lawatan panda) pengungjung dapat melihat pengaruh Moorish dalam binaan bangunan-bangunan bersejarah di sini.


Papan-papan tanda maklumat pelancungan yang dipadamkan juga mezahirkan pengaruh Moorish ataupun muslim dalam kehidupan dan binaan masyarakat setempat walaupun kerajaan Muslim terakhir tamat pada abad ke 10 lagi.


Terdapat banyak Istana-istana peninggalan kerajaan terdahulu dan juga bangunan-bangunan yang besar mengambarkan kemewahan masyarakat di sini. Bandar yang berlatarbelakangkan bukit dan laut ini memberikan suasana yang tenang dan menawan. Pengunjung boleh menggunakan daily pass untuk pengangkutan awam bagi mengungjungi semua tarikan di Sintra dan juga copa de loca dan Cascais. atau membeli tiket bas konsesi 12.

The Palace of Sintra, for a long time the residence of Royal family during the summer

Dengan tiket ini, bolehlah mengungjung tempat-tempat menarik seperti The Castle of the Moors, on the hilltops of Sintra, The arabesque Monserrate Estate, The Palace of Sintra, Seteais Palace, dan The Pena National Palace. Sekadar beberapa yang boleh di sebut, Panda hanya mengunjungi dua sahaja. Jika ada masa yang terluang bolehlah tidur di sini semalam atau dua, kerana tidak cukup dengan day trip sahaja.




Untuk entri kali ini, pand aingin kongsikan gambar-gabar yang panda ambil ketika di The Castle of the Moors. Kota batu ini memang jelas kelihatan jika berada di bandar sentra. Kedudukannya yang strategik bagi kota pelindungan ketika zaman kependudukan orang-orang Moorish di Sintra. Bayaran yang dikenakan sekitar 15 untuk 2 tempat tarikan iaitu kota Moor ini dan juga Istana Pena.



Di dalam kota ini terdapat juga barangan ekologi masyarakat pra sejarah dan juga peninggalan orang-orang Moor. Di sini juga terdapat kuburan Muslim dan Kristian dalam satu liang kerana peperangan ketika kejatuhan kota ini. sedikit cerita kejatuhan kota ini dari wikipedia: 

During the Reconquista (around the 9th century), its principal centre and castle were isolated by Christian armies. Following the fall of the Caliphate of Córdoba, the King of Léon, Alfonso VI received in the spring of 1093, the cities of Santarém, Lisbon and the Castle of Sintra.[3] This followed a period of internal instability within the Muslim taifas of the peninsula, and in particular the decision by the King of Badajoz, Umar ibn Muhammad al-Mutawakkil who, after hesitating from 1090 to 1091, placed his territory under the suzeraintyof Alfonso VI of the Almoravid. Afonso took the cities and the castle of Sintra between 30 April and 8 May 1093, but shortly after their transfer Sintra and Lisbon were conquered by the Almoravid.[3] Santarém was saved by Henry, who Afonso VI nominated Count of Portugal in 1096, to replace Raymond of Burgandy.[3]







Walaupun kota ini kelihatan dekat dengan stesen keretapi, janganlah mengagahkan diri tuan-puan untuk memanjatnya. Kerana berjalan kaki dari bandar ke kota ini akan mengambil masa hampir 2 jam. Jangan bazirkan masa anda, banyak tempat yang perlu di lawati.

Friday, May 15, 2015

Lisbon

Da Libedade

Lisbon, setelah dua bulan membeku di Moscow, inilah kali pertama cubaan untuk keluar dari kesejukan salji di bawah paras beku. Destinasinya adalah penghujung benua Eropah. Sebuah kota yang berusia baratus-ratus tahun dan masih kukuh. Ketika menjejakan kali disini, rasa kehangatan suhu 15C amat mengujakan. Setelah 5 jam berada di udara menggunakan tambang promosi Swiss Air dengan transit di Zurich selama satu jam setengah.


Bermula di Aeroport de Lisboa, lapangan terbang utama Lisbon-pengungjung boleh menggunakan perkhidmatan bas Aero (Aero Bus) dengan konsesi tambang bermula €3.50/seorang atau €5.50 untuk dua orang selama 24 jam, destinasinya adalah bermula dari Airport-Entrecampos-Campo Pequeno-Av.Da Republica-Saldanha sehingga ke Cais Do Sodre. Semua 13 perhentian bas ini berdekatan dengan Metro station. Panda telah memilih apartment 1 bilik untuk 3 malam di kawasan Restauradores. Lokasi yang sangat strategik berhampiran dengan Hard Rock Cafe Lisbon dan perhentian bagi bas pelancungan Yellow Bus. Harga hotel sekitar €133.

Rossio

Hari pertama, Panda tiba dalam jam 3pm, setelah urusan daftar masuk ke hotel, kami memulakan langkah dengan meneroka apa yang ada di sekitar Restaurandores. Di seni terletaknya beberapa iconic bagi bandar Lisbon, di antaranya adalah Elevador do Lavra, Est. Do Rossio, Teatro D. Maria Castelo de S jorge, Se' Catedral dan Praca do Comercio.

Teatro D. Maria 


Nasib tidak baik, camera panda kehabisan bateri, hari juga semakin lewat jadi kami menikmati makan malam di Rossio- R Agussta, dataran yang penuh dengan kedai cenderamata dan restoren/bristo terbuka di sepanjang dataran pejalan kaki ini. Pengungjung muslim tidak perlu kuatir, ramai saudara kita dari bangladesh yang berniaga disini. mereka fasih berbahasa English untuk membantu dan mencadangkan makanan halal untuk di nikmati. Harga makanan adalah sekitar €10/plate.

Masjid Lisboa

Hari kedua, kami membeli tiket yellow bus untuk tempoh 48 jam berharga 25 satu. Tiket ini meliputi 4 laluan iaitu laluan Targus tour (biru) dan Olisipo Tour (purple) menggunakan bas double decker, Hill Tour (merah) menggunakan tram bukit dan Belem Tour (oren) menggunakan van mini.


Paginya, kami menggunakan bas laluan Tagus Tour, meliputi semua tempat yang ingin panda lihat ketika di Lisbon ini. Kami membeli tiket di depan apartment dan menunggu bas di hentian bas khas. Bermula dari Hard Rock Cafe Lisbon ataupun Restauradores-Av da Liberdade hingga berakhir di Praca da Figueira. Bas ini kadang kala melalui sahaja dan ada juga berhenti. Kami memilih tempat-tempat iconic sahaja untuk berhenti.

Presiden House






Mosteiro dos Jeronimos

Belem, kawasan istana lama yang dijadikan musium, di sini juga terletaknya Mosteiro dos Jeronimos. Bangunan cathedral, Musium arkologi dab musium laut. Dari ini boleh terus berjalan kaki  ke mercu tanda Lisbon iaitu Padrao dos Descobrimentos- monuments  of Discovery bagi mengenang jasa pelayar-pelayar Portugis.


Padrao dos Descobrimentos

Torre de Belem



Praca do Comercio

Se Catedral

Hampir seharian untuk Targus Tour, sempat juga panda menggunakan Hill Tour, tetapi alasan yang sama, bateri camera kehabisan. hanya gambar-gambar di istagram sahaja yang dapat di upload dengan pantas. Jika ke Lisbon, anda memerlukan sekurang-kurangnya solid 2 hari untuk area yellow bas sahaja. jika tidak, pasti tidak berbaloi membeli tiket €25 untuk 48 jam trip.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com