Monday, October 21, 2013

Si Tanjung yang Gemok di Tanjung Pahang


Sebelum panda on the road lagi, suka kiranya untuk update entri kali ini. Lokasi adalah Tanjung Pahang yang berada di sempadan Pahang-Johor di Tanjung gemok, Rompin. 24km dari Kuala Rompin dan 1 km dari pekan Endau. 


Kedudukannya di Kuala Sungai Endau menjadikannya agak berlumpur, tetapi mempunyai panorama yang menarik dan cantik. Sekiranya cuaca baik, pengunjung boleh melihat Pulau Tioman dengan jelasnya dari sini.


Panda tiba di sini ketika matahari telah terpacak di atas kepala. Bahang mentari agak perit menjamah kulit pipi yang gebu. Pengunjung boleh dikatakan zero kecuali menjadi tempat memancing yang strategik.



Di sini juga terdapat kampung tanpa wayar. Papan tandanya berada di dalam semak samun di pantai ini. Sejauh mana keberadaan wifi di sini tidaklah panda mencubanya. 


Kenkangan masa banyak menganggu perjalanan hidup buat masa ini. seakan-akan tidak cukup 24 jam yang ada. Tidak sabar untuk menghabiskan semester, menulis journal untuk di dihantar sebelum akhir tahun ini. Tahun depan, tumpuan hanya untuk peperiksaan penuh pada Mac, dan pembentangan proposal pada awal Jun. Harap semuanya berjalan lancar.

Wednesday, October 16, 2013

Mencari sarung ketupat di Pasar Basah Endau


Sudah lebih sebulan tiada entry baru untuk blog ini, terlalu sibuk dengan kerja dan kelas. Tiada peluang untuk bergerak ke mana-mana. Semperna dengan Hari Raya Idul Adha atau lebih di kenali dengan hari raya haji ini, panda mengambil kesempatan untuk pulang ke desa. Walhal pada awalnya panda merencanakan untuk pulang ketika Devalee nanti.


Sehari sebelum Aidul Adha, panda mengambil kesempatan ke pekan Endau, sebuah pekan kecil di sempadan Johor-Pahang. 25 km dari pekan Kuala Rompin dan 64 km dari Mersing. Kedudukannya di muara sungai Endau bersebelahan dengan pekan Tanjung Gemuk di Sebelah Pahang.


Pekan ini amat signifikan kedudukannya sekitar 20-40 tahun lepas, tetapi semakin malap selepas berlaku beberapa kebakaran besar sekitar 80an dan 90 an. Kemudian peranannya di ambil alih oleh pekan-pekan sekitar yang lain. Pembangunannya kembali pulih apabila LKIM membina jeti pendaratan ikan terbesar di Semenanjung (?) beberapa tahun sudah.


Harga barangan di pekan ini masih lagi rendah berbanding di Kuala Rompin, cuma sarung ketupatnya sudah berharga RM5.00/10 sarung. Beberapa tahun sudah hanya RM2.00/ 10 sarung. Patutlah ketupat daun kelapa hilang nilai komersial bila betanding dengan ketupat plastik penyebab kanser (perlu penjelasan lebih lanjut).


Entri kali ini adalah cubaan pertama panda bersama baby baru panda. Banyak lagi yang perlu di terokai. InsyaAllah, jika tiada halangan, panda akan travel atas urusan kerja di sekitar Malaysia, harap banyak sumber untuk entri akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com